Iklan Percuma Perosak Imej Negara, originally uploaded by KHAIRUL AMRAN.
Serabut mata nengok dinding-dinding, tiang lampu, pokok dan trafic light
jadi mangsa mereka yang tak punya akal yang cukup. Bersepah-sepah iklan
haram ini. Semacam tiada pemantauan. Setakat ni PBT yang aktif membenteras
iklan haram ni cuma MBPJ dan MPAJ. Tahniah Dato’ atas arahan anda.
Memanglah tak dapat dinafikan, semua orang nak promosikan produk
masing-masing. Kalau boleh free lagi bagus. Iklan free? Mana nak carik?
Dinding dan pokok la jawabnya. Tapi itu tak beretika bang. Nampak sangat
bisnes korang tahap cipan. Takkan tak mampu nak bayar ruang iklan.
Bila iklan bersepah-sepah, maka mulalah kita naik menyampah. Bandaraya yang
indah bertukar menjadi comot. Pelancong nengok pun geleng kepala. First
impression mereka terhadap rakyat, buruk, selekeh dan tak beretika. Ini dah
mencemarkan imej. So.. Mintak tolonglah kepada yang nak tampal iklan kat
pokok tu supaya fikir dua kali. Jangan jadi perosak imej negara. Kan lebih
elok kalau pasang iklan di tempat yang betul.
Meletakkan iklan yang betul akan meningkatkan sales. Percayalah wahai
sahabatku. Tak percaya cuba buat ni. Kalau korang nak iklankan rumah sewa,
cuba letakkan iklan tu kat ruang iklan di masjid atau kawasan perumahan. So
takder la orang yang menyewa tu ntah hapa2 ntah. Bolehle membantu persatuan
penduduk atau pihak masjid. Bayar la sikit untuk letakkan iklan kat sana.
Tak rugi pun. Contoh lain kalau nak buat iklan kelas tuisyen, cuba terus
cari target market. Pergi ke sekolah (kat pintu pagar pun takpe). Bagi iklan
tu pada mak bapak direct. Disamping boleh memberikan kepercayaan kepada
parents anda boleh terus mengayat mereka. Untung-untung boleh jadi guru
tuisyen untuk anak-anak mereka nih. Nampak tak idea ni.
Tak payah la pasang iklan kat tempat yang boleh mencacatkan pemandangan tu
lagi. Kita terus ke target market. Amacam boleh ke? Kita kan boleh! Malaysia
BOLEH!
Mirul says
Mereka ni bukan takder duit, tapi sayang duit. Sanggup rosakkan pemandangan.