Rezeki acapkali difikirkan dalam bentuk pendapatan bulanan, kewangan dan harta-benda. Nikmat selalu dikaitkan dengan kesenangan. Antara kedua-duanya nampak macam sama. Pada saya Rezeki dan Nikmat kedua-duanya tak sama tapi punya ciri yang hampir sama. Malas nak memeningkan kepala, kedua-duanya saya anggap sama.
Orang dahulukala memasak dengan menggunakan kayu api. Mereka belajar menghidupkan api dengan batu dan kayu-kayu kering. Hasil masakan adalah makanan yang mereka masak dengan menggunakan kayu, api dan periuk batu. Ya! ilmu menghidupkan api adalah rezeki bagi mereka.
Sekarang manusia hidupkan api dengan memetik. Lahirlah pemetik api. Lahir juga perbuatan memetik suis. Ilmu menghidupkan api berkembang dengan pesat sehingga kadang-kadang kita tidak terfikir . Adakah mereka mendapatkan ilmu tersebut dengan mudah? Tentu tidak.
Hakikatnya di dalam dunia ini, tak ada yang mudah. Semua menjadi mudah dengan ilmu. Dengan ilmu segala-galanya mungkin.
Untuk mendapatkan ilmu, pengorbanan amat penting. Wang ringgit, masa dan tenaga wajib dikorbankan. Bukan itu sahaja, nafsu manusia yang sentiasa mengarah kepada kejahatan juga menjadi penghalang besar untuk kita mendapatkan ilmu.
Bayangkanlah seseorang yang tidak berilmu hidup di atas muka bumi ini. Hidupnya tanpa arah tujuan. Perbuatannya serba tak kena. Segala-galanya menjadi kabur. Amat malang kalau rezeki yang satu ini Allah tarik dari hidup kita.
Tempat mendapatkan ilmu
Ilmu perlu dicari. Di awal tadi saya ada mengatakan ilmu adalah rezeki. Rezeki kan perlu dicari. Ia tak datang bergolek. Tak juga datang melayang.
Kalau duit yang menjadi kekangan, banyak tempat menyediakan pengajian percuma terutamanya di masjid-masjid. Kalau masa menjadi kekangan, banyak video dan mp3 yang boleh kita tengok dan dengar. Sambil bawak kereta pun boleh dapat ilmu. Kalau malas yang menjadi penghalang, saya tak boleh nak kata apa la.
Di kejiranan kita, pusat komuniti desa dan agensi-agensi kerajaan banyak membantu dalam memberi ilmu percuma. Bukan untuk orang lain. Untuk kita juga. Rugi kalau kita tak rebut peluang yang ada. Pokok pangkalnya terletak dalam hati. Nak tak nak je. Kita memilih untuk mendapat rezeki dalam apa pun bentuknya. Semua terpulang kepada kita.
wmhafiz says
Perkongsian yang menarik ni.
Sama jugak macam rezeki yang lain, ilmu pun perlu dikongsi. Barulah ilmu2 lain senang datang kat kita nanti.
Jebeng Otai™ says
betul tu..pucuk pangkal nak seribu daya x nak seribu dalih..
cik tom says
yup betul tue..rezeki bukan dlm bentuk wang ringgit je..