Bismillahhirrahmanirrahim.
Untuk meneliti suatu objek, kita akan lihatnya dari pelbagai sudut; samada dengan memusingkan objek tu 360 darjah atau kita berjalan mengelilinginya. Itu jika objek telah tersedia di depan kita, jika dalam komputer atau smartphone, bagaimana?
Kita boleh hasilkan model 3D, bila kita kuis di skrin smartphone; model itu akan berpusing dan kita dapat lihat ia dari sudut pandang yang lain. Jika dalam perisian komputer seperti Catia atau Pro-E kita boleh kawal sudut pandangnya dengan scroll menggunakan mouse.
Persoalannya, bagaimana model 3D ni dihasilkan? Jika kamu pernah terfikir tentang perkara ni tapi tak pernah selongkar atau cari bahan bacaan dimana-mana untuk mencari jawapannya… Disebabkan beberapa alasan seperti kesibukan aktiviti harian atau kerana tak mempunyai keinginan yang kuat, itu maknanya kamu memiliki sifat kemelayuan yang utuh. Itu tak mengejutkan, Melayu memang begitu. Kalau kamu memilih untuk terus jadi Melayu macam tu, kamu boleh abaikan penulisan ni. Kalau kamu memilih untuk tambah pengetahuan, sila teruskan membaca.
1. Kaedah paling asas menghasilkan model 3D ialah melukisnya dalam perisian CAD (Computer Aided Engineering) seperti Pro-E, Maya, 3D Studio Max, Blender dan banyak lagi. Kaedah ini dapat menghasilkan model yang sangat terperinci tapi mengambil masa yang cukup lama bergantung kepada kepakaran dan ketelitian yang diperlukan.
2. Kaedah imbasan laser. Jika model yang ingin dihasilkan tu telah ada di alam nyata, kita boleh gunakan pengimbas laser seperti Faro. Pengimbas akan pancarkan cahaya laser pada objek dan data laser diplot ke dalam perisian yang kemudiannya menghasilkan model 3D. Peralatan Faro cukup mahal.
3. Kaedah algoritme imej. Kita boleh gunakan smartphone yang ada di tangan kita hari ini. Kita snap suatu objek dengan mengelilingi objek tu. Biasanya kita perlu snap sekitar 70 hingga 80 keping gambar untuk suatu objek. Jadi kita hampir-hampir merakam semua sudut yang kelihatan. Gambar-gambar ni akan diproses dan dicantum menggunakan kiraan algoritme menjadi satu fail sahaja, iaitu model 3D. Model 3D yang terhasil boleh digunakan dalam hampir semua perisian CAD yang tersedia dalam pasaran hari ni.
Ingin cuba? Sekarang juga sila download app yang bagus ni dari App Store:
1. 123D Catch dari Autodesk. App ni percuma. Pertama kali cuba, saya dapat hasil model 3D yang mengecewakan. Selepas beberapa percubaan dan kawalan cahaya, saya dapat hasil yang lebih baik dan berpuas hati dengannya.
2. Trnio dari Sketchfab juga tidak kurang hebatnya. App ni juga percuma. Tugas merakam objek dengan Trnio perlu lebih kesabaran tapi pemprosesan algoritme Trnio lebih pantas. Dan Trnio menawarkan fungsi suntingan.
3. Project Memento untuk Windows PC. Ini ialah antara yang terbaik buat masa ini. Memento menerima apa saja imej yang dirakam dari smartphone atau DSLR atau kamera kompak; asal gambar, boleh saja. Memento juga menawarkan fungsi suntingan, malah lebih baik memandangkan ia dijalankan di PC, bukan smartphone. Memento ditawarkan secara percuma kepada Developer sehingga March 2015 ni. Begitulah dari apa yang saya maklum.
blogger lelaki says
aku pernah guna autocad tu buat model 3d..tapi yg simple aje la
Najib Ariyan says
saya pun pernah belajar menggunakan autocad ni jugak… tapi belum pernah menggunakan…saya belajar untuk tahu saja dari UTM
titan says
dah lama tak main benda-benda macam ni.
dulu rajin gak masa kat universiti.
Dr Fattah says
untung siapa tahu guna perisian 3 dimensi.
Inspirasi Huda says
Dulu masa kerja di printing pernah juga tengok kawan guna perisian ni. Memang menarik dan bertuah bagi yang mahir menggunakannya.