Setiap hari saya lalu jalan ni. Persimpangan AU3 di hadapan Masjid Al Ridwan Ulu Kelang menyaksikan kesesakkan luar biasa. Sudah dua minggu kejadian ini berlaku. Mungkin tiada yang melaporkan atau entah apa. Ia masih berlaku sampai hari ini.
Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 0800 pagi tapi kontraktor ini masih giat menyudahkan kerjanya. Setiap hari macam ni. Entah pukul berapa mereka mula kerja saya kurang pasti. Yang pastinya mereka ni mesti mula kerja malam tadi. Mana ada kontraktor potong jalan mula pukul 0500 pagi kan?
Ini adalah laluan yang sesak. Jalan ini menghubungkan MRR2 dengan AU3,4 dan 5. Ini juga adalah laluan ke sekolah sekitar Lembah Keramat. Sepatutnya kontraktor ini menyelesaikan kerja-kerja mereka seawal 0600 pagi. Setahu saya kalau kontraktor DBKL atau JKR mereka akan patuh akan undang-undang tersebut.
Ternyatalah ini adalah kontraktor TM. Mereka melaksanakan kerja-kerja penaiktarafan dengan memotong jalan. Kalau dah tau kerja tu boleh menganggu lalulintas, silalah siapkan awal. Asik nak menyusahkan orang je.
Kalaulah ada pemantauan dari pemunya kontrak, mesti kejadian ni takkan berlaku. Masalahnya tiada pengawasan dan pemantauan di temat kerja oleh pemunya kontrak. Yelah kontraktor ni kerja waktu malam. Para pegawai ni pulak kerja cuma siang hari. Engkau buat kerja engkau, aku buat kerja aku sudah. Mungkin itu yang terungkap oleh mereka. Cukup bulan dapat gaji cukuplah.
titan says
payah nak cakap bab jem ni. Bukan diorang tak nak buat kerja awal..mungkin ada sebab tertentu yang membuatkan diorang kena buat kerja masa tu..diorang pun tak nak susahkan orang lain..
Cikgu Hairul says
Diorang wat keja seawal 11 malam. Malam tadi tengok dorang wat keja tu. Rupanya memang patut dia abis kul 6, tapi sebab nak kejar duedate, tu yang keja sampai 8 pagi tu..
Zaini says
Betul tu. Perkara macam ni biasa terjadi kalau buat kerja kemudian ada masalah lain yang jadi.
Kontraktor ini kalau boleh nak siap cepat tapi aral datang bukan melintang je. Bersilang,memanjang, atas dan bawah.
Sabahan Bloggers Club says
Cikgu boleh try tulis aduan di forum utusan. Saya pernah buat aduan sebegini, memang lepas tu laju jer kerja siap. 🙂
Cikgu Hairul says
Tiada keberanian untuk mengkomplen di akhbar.. wakaka. kat blog sendiri takpe.. sekadar meluahkan rasa kan..
Zil-el-Saif @ The Encik Saif says
bukan tiada keberanian tu, tapi ada rasa simpati kot..
Sabahan Bloggers Club says
email sahaja ke [email protected].
kadang-kadang kita perlu bersuara di media massa untuk memperjuangkan hak kita.
izwan says
saya biasa email kes pemandu teksi tak nak guna meter & memilih penumpang di berita harian.memang ada respons daripada LPKP..
sayacomel says
biasalah tu. kerja..kekadang terpaksa menyusahkan orang lain..