Apple sangat hati-hati sebelum masuk dalam kancah Augmented Reality (AR). Akhirnya Apple tampil dengan ARKit. Google pula turut mencuba ARnya sendiri dengan Project Tango. Secara kolektif Project Tango gagal tapi dengan beberapa pembetulan Google gunakannya untuk hasilkan ARCore.
Tindakan Apple memasukkan ARKit ke dalam iOS dan tindakan Google memasukkan ARCore ke dalam Android tentunya memberi tekanan kepada Developer AR Framework sedia ada seperti Vuforia dll.
AR perlukan reference untuk pamerkan visual ARnya. Framework terawal gunakan pattern dari material bercetak dan bentuk object sebagai reference utama AR. Kemudian pertingkatkan lagi dengan extended tracking. Method menggunakan material bercetak sebagai reference membuka idea AR kepada penggunaan AR dalam majalah, brochure, flashcard, fabrik bercorak dll dalam definisi suatu produk yang boleh dipegang (yang boleh dijual tentunya). Ini memberi ruang yang luas kepada beberapa developer seperti Layar, CraftAR, AugmentAR dll membuat keuntungan luar biasa walaupun itu bukanlah sasaran atau inovasi sebenar AR.
Langit tak selalu cerah. Dengan adanya ARKit dan ARCore, idea-idea AR yang menggunakan material bercetak terkandas dan akan ditinggalkan. Mahu atau tidak developer Framework AR seperti Vuforia, Layar, AugmentAR, CraftAR dll terpaksalah jadi follower kepada Apple dan Google (orang baru) dalam kancah AR. Mereka perlu kurangkan harga lesen dan pakej mereka. Mereka perlu pertingkatkan framework mereka ataupun rela saja berkubur hidup-hidup.
Kekuatan utama ARKit dan ARCore ialah Apple dan Google menguasai platform OS device itu sendiri. Tentunya dalam persaingan jangka panjang pihak yang menguasai platform memiliki semua kelebihan.
ARKit dan ARCore ialah AR yang menggunakan persekitaran sebagai reference. Jauh lebih maju berbanding AR yang menggunakan material bercetak sebagai reference.
Secara personal, saya melihat perubahan iklim AR ini ialah apa yang telah lama dinanti-nantikan. Dan inilah AR sempurna sifat yang diperlukan. Iklim baru ni akan buat majalah AR, brochure AR, buku AR, flashcard AR menghadapi era kepupusan.
Developer app lebih selesa bila app boleh dijual sepenuhnya dalam bentuk digital tanpa material bercetak yang mudah difotokopi. Tak perlukan code tambahan untuk activation produk.
Ada pros, ada cons; letaklah kita di posisi pros.
Mama Hakim says
Makin lama tek nologi makin canggih
tapi makin pintarkah penguna pengguna handphone
Gum Arabic Al-Manna says
Pemaju aplikasi selalu memilih untuk membangunkan aplikasi Apple terlebih dahulu sebelum membangun untuk android google.