iPad 2 dah keluar. Teringin aku nak dapatkan satu. Serius best.. Macam-macam
boleh dibuat dengan iPad ni. Sebagai cikgu tentunya untuk kemudahan kita
dalam P&P. Macam mana nak buat dengan iPad?
IPad menyediakan kemudahan untuk presantation. Boleh juga edit atau buat
documen macam powerpoint, excell dan word. Gunakan kelebihan tu untuk buat
BBM. Sambil duduk-duduk tu bolehla cari bahan kat internet untuk buat
powerpoint sebagai BBM.
Wallohh… bila dah siap power point tu, masuk kelas dengan penuh yakin….
Dalam kelas takdok projektor. Memang buang masa beli menda nih.
Heheheeheheh. Bila ntah sekolah nak sediakan projektor. Kalau ada pun cuma
kat bilik multimedia. Takkan nak ajar menukang kat dalam bilik multimedia.
Takper-takper, gunalah iPad sebaiknya. Ianya boleh jadikan bahan bantu untuk
kumpulan pelajar yang kecil antara 5-7 orang. Sangat efektif tau. Kita ni
mengajar tak la sampai 25 orang satu kelas. Boleh la buat kumpulan kecil dan
ajar ikut kumpulan guna iPad ni. Kalau kelas sampai 40 orang kena la tunggu
kerajaan bagi projektor dalam kelas.
Cikgu-cikgu yang agak ada duit lebih tu (rezeki jual buku), bolehla belikan
projektor sebijik. Untuk kemudahan kita juga. Pastu gunala ipad ni.
Satu lagi yang best tentang iPad ni ialah, ia sangat sesuai untuk membaca
ebook. Boleh simpan ebook tu banyak-banyak. Bila ada masa lapang membaca la.
Penat baca ebook, baca la Al Quran sebagai penenang jiwa. Takder la asik
beborak kosong je.
Pesanan : Harta sendiri usah dijadikan seperti harta sekolah. Harta sekolah
juga jangan digayakan seperti harta sendiri. Heheheheh
Amar says
Belilah satu. Adapter sambung ke projector tu cuma tambah lagi USD 39 jer.
Cikgu Hairul says
Nantilah dulu.. Tengah senak perut ni. Kalau ada yang nak bagi free macam kat Denaihati.COM tu ok gak.