Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Ipad Terbakar

Ipad Terbakar

21 September 2011 by Cikgu Hairul

gambar dari google

Apa yang buatkan aku terasa nak bako je ipad ni:

Kesatu: Gigi birunya hanya boleh digunakan untuk menghubungkan fon telinga, air printer dan keyboard.

Kedua: Aksesori seperti fon telinga, air printer dan keyboard yang boleh dihubungkan pun hanyalah beberapa model dan tentunya harganya teramatlah mahal.

Ketiga: Update blog menggunakan perisian wordpress tersangatlah mengecewakan. Bukan je nak update blog guna aplikasi, malahan gunakan web base pun sungguh mengecewakan.

Keempat: Banyak fasiliti dari web yang sediakan perkhidmatan percuma mengedit gambar tidak berfungsi. Contohnya di picnik.com. Memang belum support. Maknanya aku kena juga menggunakan photoshop untuk edit gambar.

Walllaupun banyak yang aku kurang puas hati tapi ada banyak perkara ipad memudahkan hidup aku.

Kesatu: Sesuai diusung kesana-kemari. Apa-apa tugasan seperti report dan presantation dapat dibuat walaupun tengah duduk dalam bas.

Kedua: Aku bebas dari aktiviti merompak hak orang lain. Dalam ertikata lain, aku terhindar dari menggunakan software piret. Semua yang aku nak guna aku beli secara sah. Kalau nak buat ebook, presantation atau sebagainya hasil kerja aku tu 100% halal. Kurang unsur- unsur subhah.

Apapun kalau ipad ni terbakar dan hangus mau meraung akumacam kematian bini. <<— bajet sayang bini la tu.

 

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. wandisini says

    22 September 2011 at 11:17

    salam. kira macam tak berbaloi lah beli iPad ini?
    kalau syangkan isteri, belikan juga dia iPad.haha.. 🙂

    Reply
  2. Pacifista says

    22 September 2011 at 13:50

    aku dalam perancangan nak beli ipad ni tapi kalau ko dah kata macam tu,fikir 2,3 kali jugak ni…

    Reply
  3. Amar says

    25 September 2011 at 07:27

    1. Gambar di atas ni mungkin fake jer sebab masih boleh on walaupun terbakar (nampak keyboard).
    2. Sila update wordpress 2.9. Menulis blog dengan dua jari berbanding 10 jari memang terasa kekoknya.
    3. iPad ada banyak App utk edit gambar. Tak semestinya guna Photoshop (PS Express).
    4. Masalah bluetooth tu memang keterlaluan.
    5. Kalau isteri pun suka iPad, belikanlah satu lagi. Hahaha.
    5. Praktikalnya iPad ialah scanner bergerak yang boleh scan dokumen dan OCR.

    Reply
  4. bluedianthus says

    29 September 2011 at 16:55

    Suka ayat terakhir, bajet sayang bini..hehe.. Saya pula belum terfikir nak beli iPad.

    Reply
  5. Abg G says

    7 October 2011 at 11:54

    Jailbreak ls tuan…..! Pasti banyak apps dan tweak yg memudahkan.. Sanat menarik dan barulah kita tahu nilai ipaf sebenarnya..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      7 October 2011 at 15:44

      Jailbreak =ambik harta orang tanpa kebenaran

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in