Dengan adanya iPhone X (Ten) di pasaran tentu ada yang bertanya mana iPhone 9? iPhone 9 tak ada, tapi iPhone 9s ada. Saya pengguna iPhone 9s. Terlebih dahulu, lihat dulu spesifikasi iPhone 9s di sini.
Specifications:
Model: iPhone 9S
Storage: 48GB
Screen: 7.5”
Front Camera: 2.4MP
Rear Camera: 13MP
Sim card: Dual Sim card (4G/3G)
iOS: Dual boot, iOS 11 for Native mode, iOS 7 for Legacy mode.
Security sensor: TouchID
Apa yang saya suka dengan iPhone 9s ni ialah kebolehannya yang menyokong dua simcard seperti android. Sebab dah jadi kebiasaan hari ni orang ada lebih dari satu nombor phone. Apa tujuannya? Sebab telco masing-masing berlumba buat promosi dan sukar untuk pengguna setia dengan satu-satu telco. Mana yang offer cantik, itulah pilihan. Ada orang yang simcardnya ada lebih dari 4 pun. Semua diusungnya. Dengan penggunaan dua simcard ni, WhatsApp pun ada dua juga. Mewah betul.
Dual boot. iPhone 9s dengan dual boot ni menawarkan sistem boot dengan iOS terbaru iaitu iOS 11 dan iOS Legacy iaitu iOS 7. Saya boleh pilih nak boot ke mode terbaru atau mode classic. Nak moden pun boleh, nak old school pun boleh. Dan lagi, bagi yang mengada-ngada boleh juga masukkan dua AppleID serentak, satu dalam iOS 7 dan satu lagi dalam iOS 11.
Split keyboard. Ramai sedia maklum iOS memperkenalkan split keyboard dalam iPad supaya mudah menaip dengan dua tangan. Disebabkan iPhone 9s ni menyokong dual boot, dia juga menyokong split keyboard seperti iPad malahan keyboard nya juga boleh memaparkan dua layout serentak. Saya boleh guna layout Qwerty yang ramai orang pakai, dan dalam masa sama saya boleh gunakan layout Colemak atau Dvorak. Cuma letih sikit la nak memandang dua keyboard serentak yang dah split tu. Mata ke kiri ke kanan, letih betul. Saya tak rasa pengguna iPad pun teruja sangat nak guna split keyboard ni memandangkan ia meletihkan mata dan tengkuk.
Cuma sedih sikit iPhone 9s ni ialah front cameranya cuma 2.4MP. Nak selfie, tak sesuai langsung. Tapi rear camera boleh pulak 13MP, boleh ambil gambar banyak-banyak. Storage pun 48GB, boleh simpan gambar dan video banyak-banyak.
iPhone 9s ni menyokong multitasking walaupun empunyanya tak lah multitasking setara mana. Minimum dua paparan dan dua task dapat jalan serentak, malah task yang diberi juga dipapar dalam dua paparan serentak. Sesuailah dengan screen nya 7.5 inci.
Multitasking dalam iPhone 9s ni bukan sekadar sambil surf internet boleh tengok video macam android tu. Lebih lagi dari tu pun boleh. Contohnya saya boleh boleh menonton YouTube dengan sambungan 3G sambil berbual dengan panggilan video tanpa lagging dengan sambungan 4G. Hebat.
Bukan tu sahaja, kalau offkan satu dari mode, dan guna satu saja, bateri dapat bertahan lebih lama. Contohnya offkan mode iOS 7 dan hanya active kan mode iOS 11. Off kan satu dari mode ni akan jimatkan bateri. iPhone boleh bertahan sehingga dua hari. Kalau off kan data lagi jimat.
Ada lagi yang lebih hebat. Disebabkan iPhone 9s ni screen nya 7.5” tentu susah nak masukkan dalam kocek kan? Haaaa anda salah. iPhone 9s ni boleh dimasukkan dalam dua kocek yang berbeza. Jadi saya split kan iPhone 9s ni masukkan dalam kocek seluar, dan masukkan juga dalam kocek baju. Canggih kan?…
Sebagai drawback kecanggihan iPhone 9s ni, bila saya split macam tu untuk masukkan dalam dua kocek yang berbeza, jadilah dia iPhone 4 16GB dan iPhone 5s 32GB. Okay, saya gerak dulu yer.
Ira says
Info yang memang bagus untuk pengguna iphone.
Thenewsia says
Wahh, memang ramai yg tak tahu pasal ni, sebab ramai yg teruja lebih kat iphone X
Ikhwan says
saya masih setia dengan ip5s.