Bismillahirrahmanirrahim.
Pejam celik, pejam celik, dah 3 tahun dah post ni 10 Sebab Kenapa Jangan Beli iPhone. Post ni sebenarnya ditulis secara sarkastik. Bagi yg faham, faham lah.
Begini… Saya ni seorang dari sejumlah ramai programmer yg menulis app utk Android dan iOS. Apa yang saya tahu, saya share.
Dalam post saya, ada bahagian yang merupakan cadangan penambahbaikan, ada juga rungutan, ada juga pujian. Saya tuliskan dengan gaya sarkastik sebab memang cara saya berbual pun begitu.
Saya ambil point saiz skrin; saiz skrin iPhone yang kecil (iPhone 5s dan terawal). Kalau skrin iPhone dibina besar secara tergesa-gesa, Apple perlu besarkan skrin iPad dalam masa yang sama. Apple perlu mengekalkan jurang ukuran skrin kedua-dua device ni. Jadi Apple perlu teliti dalam hal ini. Tapi apa yang saya tekankan ialah, skrin yang lebih besar ialah demand. Tanda ukurnya ialah phone android saiz besar mendapat sambutan yang menggalakkan. Manakala phablet pula hanya hot untuk tempoh tertentu sahaja. Bila Apple rilis iPhone dengan skrin 4.7″ dan 5.5″, itu tindakan yang selamat.
Selain itu saya mengambil kira pertimbangan tentang kepenggunaan; mudah bawa, keselesaan penggunaan, privasi, app dan penjagaan.
Device perkomputeran yang biasa saya bawa sejak di sekolah menengah ialah kalkulator saintifik Casio fx570. Itulah saiz device mobile yang ideal.
Tentang privasi,dari satu sudut, Apple meminta lebih. Walaupun ada alasannya, kaedah pengurusannya masih tak sesuai. Contohnya bila kita aktifkan iCloud, sebahagian kandungan privasi dalam iPhone secara default seharusnya dilumpuhkan sehingga pengguna sendiri memberi izin utk diaktifkan. Sebaliknya Apple bikin Photos dan segala bagai di-sync terus dengan iCloud dan pengguna pula terpaksa tergesa-gesa lumpuhkan mana yang perlu, contohnya Contact dan Photos. Tentang privasi ni dalam pos terdahulu sebetulnya saya perli untuk kedua-dua platform. Saya tuju kepada iPhone, tapi Android pun dua kali lima juga.
Tentang app pula, adalah rumit bagi programmer seperti saya untuk beri keselesaan kepada pengguna dengan limit yang ada dalam iOS. Skrin kecil (bagi iPhone terdahulu) menyulitkan keselesaan multi-touch. Bukan semua orang jarinya runcing dan halus, ada ramai juga yang jarinya besar-besar. Legalah bila akhirnya iPhone hari ni dibina dengan skrin yang lebih praktikal saiznya.
Tentang penjagaan pula, barang yang dibina dengan finishing yang halus dan teliti tentulah akan buat pengguna lebih concern bila tercalar. Atas pengguna lah nak jaga macam mana. Itu saya perli; sudi beli, sudilah jaga.
Begitu juga tentang Home button. Seolah-olah Apple terdengar pula teguran saya. Home button untuk iPhone 7 bukan jenis tekan-tekan.
Tentang iPhone 7, saya belum sempat hadap lagi. Kumpulan Research yang saya sertai ni masih beri fokus kepada research yang gunakan iPad Pro, Photogrammetry dan Creative-Contents. Harap semuanya berjalan lancar dan dapatlah saya cuba idea baru yang mengambil pakai teknologi terbaru yang ditawarkan dalam iPhone 7 dan 7 Plus.
Leap motion, Kinect dan Faro pun tak sempat hadap lagi. Hahaha… Aduhai…
Khairul Zamri says
Ini semua mainan teknologi dan inovasi. Mereka membina dan membawa kita seiring dengan peredaran terkini tapi terpulan kepada kita nak ikut atau nak guna apa yang perlu sahaja. Saya pun masih guna 5S.
Ahmad says
memang dunia teknologi semakin canggih ………
Nurol Huda says
Persaingan teknologi yang semakin deras
imnajmi says
bila iphone7 kuar ramai juga netizen men sarkastik kan isu lubang jack dan juga earphone huhu.. rasanya lambat laun, mesti ada pengeluar telefon buat jugak hehe