Masih belum reda isu air di Selangor. Masing-masing mahu menjatuhkan satu sama lain. Nak duduk semeja menyelesaikan masalah rakyat jauh sekali. Setiap isu yang memberi manafaat kepada mereka diolah dan dimanipulasi sebaik mungkin untuk meraih undi. Ada sapa kesah? Isu lebih besar ialah kualiti air yang sangat mendukacitakan.
Saya pernah membuat lawatan di logi air fasa dua sungai Selangor beberapa tahun lepas. Sedikit sebanyak ada input berguna untuk saya. Saya pun pernah tulis bagaimana air terawat terhasil. Semua itu memberikan gambaran jelas kepada saya, isu sebenar air di Selangor.
Air yang sampai di rumah kita pada asalnya boleh diminum terus. Tak caya? Percayalah.. Ini bukan propaganda kerajaan. Ia adalah sesuatu yang betul. Tetapi kenapa penapis saya jadi macam tu? Tak la pelik sangat. Ini semua datang dari saluran paip yang terlalu kotor. Mana datang kotoran tu? Kalau ikut logik, punca air yang bersih kenapa pulak boleh menyebabkan saluran paip tu kotor. Bukankah hari tu SYABAS dah tukar semua saluran paip yang menelan belanja beratus juta. Macam ada something tak betul je kan?
Itu bahagian mereka. Tugas kita cuma menapis air free yang diberi je kat rumah. Setiap bulan kena bersihkan penapis air. Kalau tak dah tentu berkarat juga salur darah saya seisi keluarga. Pasang penapis air yang biasa-biasa je pun tak apa. Bukan untuk orang lain, untuk kesihatan diri kita juga kan.
tebalnya karat tu bro
Tu la pasal. Kena rajin mencuci.
berkaitan yang makanan di Bali tu, memang hakikat susah sgt…
leeza makan nasi padang jer… tiap2 hari.. naik muak.. 1 kedai tu jew….
plus, amek driver islam.. so better…
teruk bebenor ni….
Memangbteruk. Kalaulah takde penapis.. Camna la badan kita ye.
janji kena tapis..kira ok dah tu..
Penapis biasa pun dah ok. Janga guna tapis santan sudah. 🙂
kalau leh guna, apa salahnya. haha..
Paip banyak yang dah terlalu lama. Tapis sendiri jela jawabnya. 🙂
Betul tu bro. Paip kita sebenarnya zaman british lagi. Tapi banyak yang dah ditukar. Cuma mungkin tak menyeluruh.
Sekarang ni mana-mana rumah pun majoriti dah beli penapis air. Terpaksa beli walaupun mahal sebab tak nak minum air yang tidak berkualiti. Tp yang tak mampu beli mcm mana pulak?? Hhmmmmmm.. 🙂
Kalau tak mampu beli, kena beli juga la. Biasa-biasa je pun takpe. Untuk kesihatan diri sendiri tak boleh berkira sangat.
pergh mmg kronik..mungkin syabas hanya tukar salur utama @ yg dh lebih usia sahaja..ataupun mslh ni dtg dri salur agihan rumah ke rumah..
Mungkin juga.
tak terkata satu apa saat mata ternampak banyaknya kotoran halus dalam penapis air di gambar paling atas tu. Boleh tahan tebalnya.
Itu yg kita nampak. Yang dah terlepas dalam perut tak tau nak buat camna.
isu air pun nak dipolitikkan.. apa nak jadi ngan msia.. huhu
Kita nak jadi negara maju la Donny. Barulah namanya maju.. heheh
Bila la nak selesai isu ni yer..huhu..
lepas salah satu pihak menang ler..
Itulah air yg kita minum…
Yang menghasilkan karat yg tebal di otak…
Patutlah malas belajar…
Kalau karat emas,dah lama jadi kaya.
tapi ni karat penyakit…huhuhu
karat tu dah ditapis. tak sempat masuk otak. hehehe
paip yang ditukar tu paip besi juga kalau tak silap…jadi ketahanan nya memang tak lama…
sekarang ni untuk paip dirumah atau kedai biasa HDPE atau ABS akan jadi pilihan sebab lebih bersih dan selamat…
Sebaiknya guna filter yg sesuai. Air paip mmg bersih biarpun sumbernya kureng bersih 😀 Cuma kandungan klorin jer yg agak tinggi, so penggunaan water purifier digalakkan.