Mual dengan kerenah mereka. Dari dulu, kini dan selamanya masih tak senang dengan kita. Mengaku serumpun, sebangsa, seagama tapi tidak mampu hidup aman bahagia.
Sentimen budaya menjadi hangat. Gegarannya turut terasa di alam maya. Godaman tak berkesudahan, hentaman blogger berpanjangan sepertinya luak dua pertiga negaranya diambil kita.
Lain ceritanya di luar sana. Jerit pekik sudah biasa. Kata kita macam-macam sehingga tak mampu diterima telinga. Yang kita pun satu juga! Berkira-kira itu kita punya tanpa panjang pikirnya. Walau betul itu diamalkan sebahagian kita, tapi ia masih layak dikongsi bersama, bukan dikata seratus peratus kita punya.
Tiada kerja, kita membelanya, sudah bekerja, kita pulak diperkosa. Tak semua,tapi segelintir pelaku akan merosak senegara.
Tak berbaloi perang sebab mempertahankan budaya. Budaya pulak bukan selaras dengan agama. Setakat budaya berfoya, jantan betina bersama, puja memuja syaitan durjana, apa rasionalnya? Terlalu banyak budaya yang tak diamal lagi gara-gara pengamal sudah mati. Pewaris semakin cerdik pandai. Budaya tak ikut agama sudah semestinya tidak mendapat tempat di hati mereka. Jangan salahkan orang lain mengamalkan budaya kita yang telah diubahsuai menjadi lebih baik. Salahkan diri sendiri sebab gagal mentransfomasi budaya sendiri menjadi baik.
Esok lusa pasti ada lagi kedengaran bait-bait kata nista. Sebab bola pun nak bersengketa, Sebab kerja pun nak mencerca, sebab sinetron pun lancang mempersenda.
Kita tak merasa apa-apa. Sebab kita bangsa beretika. Setakat beri kata dua tu pun dah cukup berbisa. Sekat kehadiran, sekat makanan, sekat kebanjiran, merayu-rayulah mereka. Tak percaya? Berlaku sekejap pun dah bertongkang-tongkang mati kebuluran. Macam tiada tempat lain nak cari makan. Negara jijik ini juga kalian datang.
Bukan niat saya mahu mempersenda. Cuma mencari titik sama antara kita. Serumpun, sebangsa, seagama. Tidak usahlah bersengketa. Bumi Allah milik bersama. Gelaran Almarhum juga pengakhirnya kita.
p/s : umpama membelai rakun, memberi makan pada rakun. akhirnya tangan kita digigitnya.
shraqs says
Bila ada sifat dengki,.. inilah yang jadi bro… susah nak terima hakikat.
Achik Ezz says
pergh..kagum baca ayat2 cikgu ni. ada gaya bunga sastera, sindiran halus tu…hebat! bukan nak keji jauh sekali menghina…tapi apa yang tertulis tu memanglah ada benarnya.. serumpun sebangsa dan seagama…
Leeza Dayasari says
bila tak nak kalah dan sentiasa mahu menang dgn menjatuhkan.. susah.
Hazmin Hamudin says
Memang geram dengan mereka tu. Tak tau mana yang tak kena sebenarnya. Padahal di sini punya bersepah kaum dorang tu mencari rezeki dengan aman. Ikut hati gempur je dorang tu.
faizul says
Ayat yang sinis dan pedas, cantik susunannya macam menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak.
Yang penting mesej sampai.
Jebeng Otai™ says
rakun mungkin agak sopan skit..kdg2 kita boleh menilai mereka mengikut kawasan..biasanya yg tinggl dipulau2 kecil rajin bekerja..berbanding yg ddk di bandar besar mereka..
TehR says
sebahagian mereka memang begitu
sebahagian kita juga turut seperti itu
alangkah moleknya kita sama2 berkongsi untuk hidup di bumi ini sementara menunggu mati
cik tom says
pergh mcm bc artikel sasterawan negara…
aree says
Kat Pasar Malam pun bersepah dok nega…huhuhu
hairulafiz says
sama juga seperti melepaskan anjing yang tersepit….