Masuk MPH Aeon Jusco Wangsa Maju hari ni untuk beli peralatan sekolah. Tahun baru semua nak baru. Walaupun alat tulis lama masih boleh guna, tapi nak juga beli seketul dua.
Bila masuk kedai buku, mulalah terpikat dengan macam-macam jenis buku. Belek punya belek berkenan dengan buku Sebelum Aku Bernikah tulisan Hilal Asyraf.
Hati teringin sangat nak beli. Tapi macam ada satu bayang-bayang yang cakap, ‘jangan hanya pandai beli je…’
Hakikatnya ada dua tiga buah buku lagi yang dibeli awal bulan haritu. Bukak sikit dah mula bosan. Bukan sebab tak seronok tapi sebab isinya berat sangat. Susah nak baca dengan santai.
Saya hentikan dulu niat membeli. Habiskan dulu koleksi buku yang belum dibaca.
beckhrooy says
betul, kena fikir dulu sblm beli
budak felda says
setuju..utama keperluan daripada kehendak hehehe
anif says
Selesaikan misi membaca kesemua buku yang ada.. baru boleh tambah koleksi. Tak baik membazir! Hehe..
Leeza Dayasari says
pernah beli byk buku cerita , akhirnya tak baca. sbb tak best.
ohcikgu says
baca dulu muka surat awal-awal dan hujung-hujung sebelum beli. leh agak buku tu best ke tidakkk..
TehR says
setuju
memang tak boleh tamak dalam memiliki sesuatu
topo says
ooo ingatkan bro beli buku menyurat pada sahabat tu.. baru nak mintak review hehehe
Sop says
dah lama x baca buku secara maya..
lebih selesa baca ebook atau dr web 🙂
Sop says
dah lama x baca buku secara maya..
lebih selesa baca ebook atau dr web 🙂
Amirez says
samalah dengan saya. masuk kedai buku, macam2 buku nak beli tapi buku yg dah beli sebelum tu tak habis baca pun lagi. ada yg cuma baca sekerat, lepas tu tinggal tak baca tapi dah baca buku yg baru beli. kena ubah tabiat ni…
hairulafiz says
suka beli majalah kereta je bila pergi kedai buku
Achik Ezz says
memang suka beli buku..dan biasanya memang habis baca..
cume novel je belum habis baca…menyesal beli! novel sumer cerita budak2 remaja yang baru nak bercinta..tak best!