Dalam hal pendidikan, kita jangan membuta tuli ikut apa majaroti orang kita buat. Hantar anak ke sekolah, suruh pegi tuisyen hari-hari, bila besar paksa anak masuk universiti, dengan harapan mereka ikut macam apa yang kita nak mereka jadi.
- Sejarah membuktikan orang kita gagal dalam merancang pendidikkan anak-anak.
- Ramai di antara kita gagal menjadikan anak seperti yang kita impikan.
- Walaupun kadar celik huruf bertambah sejak merdeka, namun masih ramai malas membaca.
- Sudah ramai orang kita masuk universiti, namun bila keluar perangai masih macam orang tiada pendidikkan.
- Ramai kononnya cerdik pandai, tapi ramai juga merasa dia saja yang pandai.
- Ramai orang tak habis belajar, tapi boleh buat duit juta-juta setiap jam.
Nampak?
Maknanya tak salah kalau aku cakap, majoriti orang kita tak pandai merancang pendidikkan.
Jadai kenapa perlu ikut majoriti lakukan? Kenapa terlalu ikutkan sentimen yang dimainkan?
Jika anda terlalu mengikut apa yang orang buat, maka anda menjadi sama seperti yang terjadi hari ini.
- Ketika ramai ibu-bapa berlumba-lumba menghantar anak ke tadika seawal usia 4 tahun agar cepat pandai membaca, kita beri kasih sayang agar masa umur anak 7 tahun, mudah kita nak ajar dia membaca.
- ketika ramai memilih sekolah terbaik untuk masuk darjah satu, inilah masa terbaik kita survey sekolah-sekolah lain yang juga claim mereka terbaik dalam mendidik anak muridnya.
- Ketika orang ramai memilih universiti luar negara bertaraf antarabangsa, elok tinjau-tinjau universiti tempatan yang tak kurang hebat pencapaiannya di peringkat antarabangsa.
- Ketika orang lain sibuk mencari ilmu dunia, kita kena cari ilmu agama, nescaya dunia akan mengejar kita.
Dalam banyak situasi, ikutan majoriti hasilnya cuma biasa-biasa sahaja. Jangan mudah terpengaruh dengan majoriti. Sebab majoriti tak semestinya betul. Minoriti tak semestinya sesat. Berbeza sedikit dari majoriti, untuk hasil yang lebih wow nanti.
Leave a Reply