Terkebil-kebil tengok cebisan suratkaba semalam. Itu pun member yang tag kat facebook. Sayu hati bila diperlakukan begini.
Orang yang dipilih ingatkan dapat membela, tapi makin menekan. Nasib badan la wahai sahabat. Itu yang majoriti harapkan. Terima dan redho je la.
Pengumuman itu secara tak langsung memberi indikator kepada lepasan SPM agar jangan cuba-cuba nak jadi cikgu andai tak mampu menjadi orang cemerlang. Kalaupun terliur sangat nak masuk Institut Pendidikan Guru (IPG), bersedialah untuk tidak bekerja.
Bukan baru cadangan seperti itu dikeluarkan. Malahan 3-4 bulan sebelum pilihanraya lagi dah ada desas-desus. Bila ada khabar angin, Persatuan Majikan Swasta pun dah buat pengumuman “tidak akan mengambil graduan pendidikan bekerja”. Suratkaba mana yang melaporkan saya dah lupa. Tapi memang ada kenyataan itu.
Alasan yang diberi mungkin ada logiknya. Ramai guru tidak berkualiti dikeluarkan oleh IPG dan Universiti. Akhirnya generasi akan datang menjadi tak berkualiti juga.
Sekarang masuk IPG atau Universiti kursus pendidikan tidak menjanjikan anda sebagai seorang guru. Itu hakikat yang terpaksa ditelan. Malahan bila dah grad nanti, tiada satu pun syarikat swasta teringin nak ambik anda bekerja. Ini realiti. Jadi pilihlah kursus yang sesuai.
Masa masih ada. Kalau dah dapat tawaran, boleh fikirkan semula. Peluang pekerjaan lain lebih banyak. Kursus selain dari kursus bidang pendidikan menjanjikan lebih banyak peluang pekerjaan. Yang lagi bestnya, graduan lain-lain bidang juga boleh potong line graduan pendidikan ni melalui saluran-saluran gelap untuk jadi guru.
Nampak tak? Graduan pendidikan tak ada peluang kerja syarikat swasta, tapi graduan selain pendidikan ada peluang bekerja di sektor pendidikan.
Terimalah nasib!
titan says
but, jika betul-betul nak belajar untuk jadi guru, IPG still the best place. Not university.
Cikgu Hairul says
Yup betul tu. sistem tarbiah dalam ipg lebih meyakinkan. Tapi tak cukup ke 5 tahun untuk menjadikan seorang pelatih itu menjadi cemerlang? Kenapa setelah berhempas pulas 5 tahun, tiba-tiba kerana tak cemerlang maka tiada penempatan? Kan lebih adil kalau start dari pengambilan ditapis lalu dilatih dengan gigih agar mereka cemerlang? Itu persoalan yang selalu main dalam otak..
titan says
ini semua politik,. Orang kuat kat universiti dah setat guna kuasa mereka. Kena plak budak-budak universiti pun dah start bising kenapa mereka susah dapat penempatan. Thats why, budak-budak IPG terpalit sama dalam isu ni..
kena faham. IPG dan university memang SANGAT berbeza dari pengajaran dan juga silibus serta pendekatan.. Jauh sangat. Langit dan bumi perbezaannya. Kalau nak compare..dekat IPG, 5 tahun belajar, universiti? 4 tahun sekurangnya. Kalau yang DPLI/KPLI..paling lama pun setahun aje belajar kat universiti. Jadi, kalau betul nak compare dari segi kualiti..budak2 IPG jauh meninggalkan budak universiti walaupun pointer diorang mungkin 3.7-4.0 ke atas. Budak IPG nak score 3.5 ke atas pun, belajar cam nak mampus gak dibuatnya. Bukan senang tu..
kakiblog says
hanya yang berjiwa pendidik boleh menjadi guru terbaik…contohnya cikgu Hairul.Insya Allah.
Cikgu Hairul says
Insyallah.. Sedang berhempas pulas melawan takdir.
kodinz says
Cikgu sekarang ramai sangat kot. Dulu ada member kena tunggu 2-3 tahun sebelum dilantik jadi cikgu lepas abis.
Cikgu Hairul says
Alasan ramai mungkin tak masuk akal lagi dah sekarang ni.. Mana-mana sekolah mengalami kekurangan guru, lebihan tugas guru, dan macam-macam masalah lagi.
titan says
alasan ramai tu susah dah nak terima. kebanyakkan sekolah memang kurang guru.
Juan says
saya kurang jelas lah dalam hal ini
Cikgu Hairul says
Penjelasannya camni: Kalau dulu, pelajar yang belajar di IPG rata-rata akan keluar sebagai seorang guru. Boleh dikatakan automatik la. Tapi sekarang polisi kerajaan berubah. Mereka bila grad tak ditempatkan secara automatik di sekolah-sekolah. Apa yang perlu graduan ni buat ialah memohon ke mana-mana sekolah swasta dan menunggu peluang di sekolah kerajaan. Kalau nak bekerja di bidang lain, boleh… tapi masalahnya awal-awal lagi majikan syarikat swasta dah buat pengumuman tidak akan mengambil graduan bidang pendidikan bekerja di syarikanya untuk jadi apa je la selain guru. (ada ke syarikat swasta ambik pekerja untuk dijadikan cikgu?)
Apa yang sangat sedih, bayangkan graduan yang ambil kursus Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup…. Apa yang mereka belajar tak berkait langsung dengan mana-mana industri. Kalau ada pun syarikat swasta yang mempunyai kekosongan dalam bidang-bidang tersebut, ramai lagi graduan bidang itu yang lebih berkelayakkan dari universiti tempatan. Kena diingat, silibus di universiti dan di IPG berbeza. Di IPG, pendidikannya berorientasikan mengajar. Manakala di universiti, orientasi pendidkannya berasaskan industri.
Harap-harap penjelasan ini cukuplah. Kalau ada yang kurang, boleh tanya kat pakar-pakar. Tq
Amar says
Indikator yang mereka gunakan mungkin benar dalam hal tertentu, tapi mereka tidak pula menjurus kepada penyelesaian. Ia adalah suatu perbincangan yang sangat panjang. Dalam hal ni saya kira mereka telah terlepas pandang akan kesan yang akan diterima kelak. Graduan Pendidikan mahu atau tidak terpaksalah bermutasi untuk menyesuaikan diri, untuk survival. Nampaknya kali ni kena lebih berhempas pulas.
Cikgu Hairul says
Kesan tak kena pada ahli keluarga mereka takpe. Rakyat yang akan terima dulu.
hubtips says
sebab dia nak amik yang benar2 berkualiti untuk tingkatkan standard…
Cikgu Hairul says
kalau nak ambil yang “benar-benar berkualiti” mesti dari awal. Bukan di akhir pengajian. Ini bukan pengajian yang main-main. Ia melibatkan masa depan. Bayangkanlah, dengan belajar bidang pendidikan, syarikat swasta tak berminat nak ambil bekerja dalam masa yang sama dia tidak dijanjikan penempatan. kan terseksa batin tu..
titan says
dari segi kualiti. Majoriti budak IPG lagi berkualiti. Tanyalah mana-mana IPG. Memang ada yang KO gak. Tapi kita lihat dari sudut majoriti. Majoriti memang berkualiti. Berkali-kali diorang pergi praktikal. Bukan sekali dua kali..
Izzuddin Fauzi says
Bukan IPG sahaja yang kene macam nie… Kolej Jururawat KKM pun bakal menempah nasib yang sama…
Cikgu Hairul says
Kalau macam tu dasarnya, sungguh bagai dikata. Kecelaruan sedang berlaku sekarang.
Jusmad M says
Peluang kerja yg paling banyak skg adalah dlm sektor pertanian tak kira dari jenis pertanian apa. Skg dlm sektor Oil Palm Plantation paling bnyk peluang kerja mula daripada level non-executive ke executive bergantung kpd kelayakan dan pengalaman kerja dlm bidang tersebut…Nak tukar selera kerja sila cuba ke sektor pertanian pula…
Sobri Mansor says
Kecelaruan ni berlaku sebab dasar kementerian yang sentiasa berubah-ubah. Tiap kali tukar menteri, mesti ubah dasar. yang jadi mangsa adalah orang bawahan la. Bila tukar dasar, maka macam-macam benda yang kena bertukar. Itu yang aku nampak.
Rina says
Banyak lembaga pendidikan tinggi yang dulu menjanjikan setelah keluar darinya dan sekarang tidak, kalau di Indonesia mungkin seperti perguruan tinggi TELKOM (kerja di Telkom), STAIN (kerja di kantor Pajak), dulu lulusannya langsung bekerja namun sekarang tidak semua
student ipg says
agak kecewa bila tahu keadaan macam ni. Tapi, apakan daya..belajar di IPG harus diteruskan. Saya berharap kos pendidikan khas yang saya ambil di IPG ini dapat memberikan peluang pekerjaan sebagai guru di kemudian nanti. hal ini kerana, tidak ada lagi pengambilan untuk menjadi guru pendidikan khas kini. Apa-apapun, andai ada rezeki sebagai seorang guru yang ditetapkan oleh Tuhan, tiada siapa dapat menghalang. berdoa dan sentiasa bersedia dengan PLAN B. =)
mth3 says
apa yg saya tahu, transformasi pendidikan negara yang sedang berjalan sekarang, tawaran pengambilan guru dilakukan oleh pihak kementerian, pelajar tidak perlu memohon, kementerian akan tapis dan memilih sendiri cikgu mereka.
mcm mana mereka memilih tu saya tak tahu, kena tanya org kat KPM, tapi jika konsep nie dilaksanakan bukan ke ianya membuka ruang seluas-luasnya untuk mengamalkan kronisme??? sebab tawaran dikeluarkan oleh KPM.
Golongan guru semakin ramai sebab semankin banyak sekolah dibuka, tu la logiknya.
Cikgu Hairul says
lagi satu yang terpilih pulak cuma dari golongan scorer. kesannya nanti bila mengajar, ada student kurang faham cikgu yang memang pandai ni sukar nak trace kat mana kelemahannya. Yelah.. dia tak pernah mengalami masalah kurang faham dulu masa belajar.
kurang guru=kurang la kerajaan nak bayar gaji cikgu= banyak la pembangunan (bangunkan bangunan) boleh dibuat= banyak la kontraktor dapat habuan = dapat la jadi negara maju cepat sikit.
ana hakimah says
salam, sy masih x faham sbnrnye… sy plajar lepasan SPM 2013, sy nak tanye ttg graduan yg cemerlang 2, ye tengok result mase spm or b4 graduate? kene cemerlang spnjang study kat ipg ke/ ye pilih dah mase tgok result SPM?…
YUSLIANA YUSOF says
assalammualaikum. saya lepasan spm 2013. saya baru lepas pergi ujian kelayakan calon guru di ipg, minggu lepas. kemudian ada temuduga 2 minggu lagi . saya berminat sangat nak jadi cikgu. jika saya gagal ke ipg , bagaimana saya nak teruskan hasrat utk menjadi guru ? melalui KPLI ? mohon penjelasan.
terima kasih 🙂
Amran says
Wslm, kalau ipg tak lepas, boleh mohon di universiti pulak. Banyak ipta yg tawarkan program pendidikan ni. KPLI buat masa ni sy rasa dah tak ditawarkan lagi.
Vinana says
hai .. nak tnya ..kalau misalnya guru ipg gagal dlm temuduga spp or pergi mngajar ke sekolah swasta ..ada tak kena byr apa2 dgn kerajaan ? i mean, kan slama kita study di ipg, ipg la yg tanggung kita.. so kita kna byr mereka semula ? mcm ptptn ..kalau ada, brapa ea?
KHAIRUL AMRAN says
Kalau gagal ntvu tak pe nak mengajar di swasta, tapi kalau dapat tawaran ke sekolah kerajaan dan kita tolak sebab nak mengajar di swasta tu yg kena bayar.
Vinana says
dr pngalaman abg ..xpyh nk byr pa2 la ea utk krajaan? sbb sy plan nk pegi skola swasta abis je kat maktab..taun ni is my last yer..mcmna ea if sy xdtg temuduga spp tu? ade pe2 tips x utk guru ipg nk g skola swasta ni ..huhu mohon bg tips
Vinana says
owh cmtu ..means klu kita x diterima n gagal interview xpyh byr pa2 ea?
FAUZIAH MUSTAPHA says
Assalamualaikum.sy perlukn pencerahan.sy dpt tawaran ipg,asasi tesl kt uitm dn mechanical engnering kt unitem.mne harus sy pilih
KHAIRUL AMRAN says
Wslm.. Kalau tanya saya, saya akan pilih mechhanical eng. ipg macam yg saya katakan dlm artikel, itulah cabarannya. Manakala asasi tesl juga kalau keluar nanti mesti nak jadi cikgu juga kan? Persaingan dan ragamnya masih sama. Pilihan selamat mech eng. bila dah habis nanti kalaupu masih berminat menjadi guru tak ada masalah. Mara bila2 masa memerlukan guru bahagian technical yg bukan daripada bidang pure pendidikan. Walaubagaimanapun kalau Cik Fauziah tak kesah dengan kerenah kementerian, ipg juga satu pilihan yg boleh dipertimbangkan. Cuma masa belajar nanti banyakkan menyertai aktiviti kokurikulum dan aktif di kampus supaya apabila polisi kerajaan menekan kita, kita mampu berbuat sesuatu.
mimiy says
Assalammualaikum. Em saya masih kurg jelas dgn konsep ipg sebenar. Ipg dgn form 6 mana lg layak? Sbb saya tkda mnt lgsg kemahiran. even skrg dunia kemahiran.
KHAIRUL AMRAN says
IPG untuk jadi cikgu. Kalau kat form 6 boleh channel ke banyak lagi bidang. Lepas abis form 6 nanti lebih banyak bidang boleh kita masuk berbanding masuk ipg.
Wardah says
salam…sy nk tanya pendapat.. sy lepasan diploma mekanikal n nk sambung degree..antara ijazah pendidikn mekanikal and degree mechanical eng ,mana yg lgi better sy ambil? sy berminat utk jdi cikgu dlm bidg teknikal.. sbb ada yg kata ambil pendidikn lum tentu jdi cikgu..
joeysabah says
Belajar di ipg kalau tidak dilantik terus oleh kpm pun masih boleh memohon dan menunggu daripada langsung takde baik ada kelulusan….dlm setahun ramai guru2 senior yang akan bersara jadi graduan ipg masih ada peluang kerana kpm telah menghadkan pengambilan ke ipg setiap tahun tuk mengelakkan lambakan graduan ipg menganggur….rasanya pelbgai dasar baru kpm yg harus diteruskn oleh generasi baru….so jgn terlalu memikirkan ttg lantikan automatik sbb yg pasti bila kita ada ilmu kemahiran dan kepakaran maka peluang itu pasti ada…
ila says
Tidak blh di nafikan keluaran ipg lbh berkualiti dr keluaran institusi lain dlm kerjaya perguruan. Sbbnya kita blh cari sndri dlm google. Pndpt sy tiada lg pngambilan automatik lpsan ipg bkn d sbbkn tidak cemerlang sebaliknya tumbuhnya ipts yg d miliki oleh org kenamaan yg ingin mengaut keutgan. Jika kluaran iptsnya sukar jd pndidik akn mnyebbkn business mrk x utg. Jd mrk2 ini guna keptgan mrk mndptkn keistimewaan d beri kpd student ipts tersebut dgn menarik keistimewaan student ipg. Itu yg sy dgr dr cerita seorg pnsyarah ipg yg d paksa mngajar student ipts. Walahualam.
Guru Malaysia says
Asalnya Pendidikan diniagakan.
Bina kolej/ kolej Universiti. Ajak budak masuk. Tak cukup duit apply ptptn. Bayar yuran. Kolej untung. Belakang pengurusan kolej ada politikus ambik untung. Dah berapa buah institusi Pendidikan bungkus di Malaysia? Budak mahasiswa pun di dajalkan. Contoh AUCMS?
Sekarang banyak skolah dari kerja. Skolah dan institusi macam kilang. Barang banyak. Pasaran tiada.
Jadi perlu ambil satu mekanisma untuk mengkaji pasaran. Bukan keuntungan. Kurang Guru, KPM tubuh IPG. Habis IPTA/S sekarang mahu jadi Guru. Tuntut dengan KPM.
Kurang oil and gas. Kurang pilot. Kurang askar. Kita dah ada institusi khas untuk tubuh, kaji dan lantik. Jangan sebab kita ada Ijazah matematik (contoh) argue dengan abang2 askar yang dapat kerja.
Nasihat saya, hati2 memilih kerjaya.
Mix-UMS says
IPG dan University memang jauh beza, sbb IPG dilatih utk.ajar sekolah rendah, dan University dilatih untuk ajar sekolah menengah, pasal kualiti tu memang beza, pelajar IPG lebih berkualiti untuk ajar sekolah rendah, pelajar universiti.lebih berkualiti ajar pelajar.sekolah menengah…apa la guna mau bertekak pasal kualiti, periksa diri sendirila dulu smada brkualiti atau tidak..
#pelajar university x hanya fokus dgn pddkn shj, tp dlm bidang yg mnyeluruh, kadang2 prgi luar negara, buat itu ini,
so x boleh la ckp pljr university.ni low kualiti..#namanya juga university..so, kluaran universiti yg x ada kualiti tu yg x brsungguh-sungguh, sma jg dgn pljr ipg lain yg x brsungguh-sungguh
AZMAN says
Apa pandangan kalian tentang bidang pendidikan TVET?
amy says
Tuelah sepatutnya KPM dan KPT adekan usahasama untuk menyalurkan guru yang telah lama berpangalaman yang telah ade PhD atau Master untuk masuk ke fakulti pendidikan setiap universiti supaya mereka dapat berkongsi pengalaman sebagai pendidik dan mendidik bakal guru pada masa akan datang.. so adelah kekosongan tempat disekolah supaya guru baru boleh masuk mengganti guru2 nie
KHAIRUL AMRAN says
Dulu memang ada. Ramai juga pensyarah saya yang bermula dari seorang guru. Cuma sekarang tak tau la macam mana prosesure pengbilan pensyarah tu.
Zufay says
Camne eh nak cakap, ipg ni, Rase nye okay tak Kalu Sy ambik, dan bila Sy boleh, Sy belajar sungguh 2. Ke Susah jugak jadi Cg.
And satu lagi, lepas ipg boleh sambung bidang lain tak
Khairul Amran says
Ok tu ok, cuma tidak dijanjikan penempatan di sekolah kerajaan. Boleh cuba mintak sekolah swasta yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Lepas ipg, sambung bidang pendidikan juga. Nak sambung bidang lain kena start dari bawah.
Pihin Hassanal says
Semua kawan2 sy yg merupakan senior sy dah posting. Tak perlu pun nak buat permohonan utk ditempatkan di sekolah2 yg diinginkan. Mmg KPM yg akan tentukan sekolah mna yg perlu dihantar. Cuba dalami IPG ni bukan drpd andaian atau bacaan umum tpi rasailah sendiri belajar di IPG
Khairul Amran says
ini bukan andaian. artikel ini telah ditulis lama dahulu. kalau senior tuan baru posting tanpa buat apa2 permohonan maknanya dasar kerajaan telah berubah. cuba rajinkan membaca ikut konteks ayat. artikel ini bukan al quran yang valid sepanjang zaman.
lepasan says
emmm..saya lepasan spm tahun ini..saya berminat menjadi guru.. kalau syarat pngkhususan subjek BI dminta A tpi result BI dapat A- ada harapan kena terima??
..dan di ipg ..subjek yang nak ambil tu kna pilih sendiri ye.?
spm saya dapat 5A 3B 2C
dan saya aliran sains sacara ksuluruhan layak tak saya masuk ipg ni ;/
harap maklum balas..
Emma says
salam.. sy mrupakan pelajar spm 2016 dan baru-baru ini hebahan keputusan upu telah pun dikeluarkan dan syukur saya ditawarkan diploma pengurusan teknologi pejabat di uitm tetapi dalam masa yg sama sy juga tengah menunggu keputusan ukcg sy yg telah sy hadiri pd 11 April yg lepas di mana telah dinyatakan keputusan layak ke peringkat interview ipg akan diumumkan pd 15 Mei iaitu pada pukul 5 p.m. tetapi sehingga sekarang sy masih tidak dapat log in ke akaun sy untuk menyemak sama ada sy lulus atau tidak. Adakah sy gagal utk ke interview itu sy kurang pasti ttpi sy masih menunggu lgi kerana kemungkinan ada berlaku komplikasi sedikit. So, berbalik kpda cerita upu sy pula, sy telah diminta untuk membuat keputusan sama ada utk menerima atau menolak tawaran dri uitm tersebut sebelum 26 Mei. Jadi di sini sy ingin meminta pendapat cikgu mana patut sy pilih? Dip Pengurusan Teknologi Pejabat atau pun panggilan untuk ke temuduga ipg? Terima kasih 🙂
imza6 says
Assalamualaikum. Saya cuba ringkaskan saja komen saya dengan beberapa soalan yang ingin saya ajukan dan maaf jika pertanyaan saya ni off topic sikit.
1. Berkaitan beza IPTA dengan IPTS, sekiranya saya melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di IPTS, adakah saya boleh mohon berkhidmat sebagai guru di sekolah kerajaan atau lainnya berkhidmat under JPA/KPM?
2. Jika saya melanjutkan pelajaran ISMPendidikan di IPTS, boleh ke saya sambung buat Master di IPTA/UA?
3. Kalau saya further study di IPTS dan selepas tamat satu semester, boleh ke kalau saya nak mohon masuk IPTA? Maksudnya ialah adakah permohonan saya ke IPTA akan terjejas sbb sedang menuntut di IPTS?
Memandangkan saudara Hairul merupakan seorang cikgu, mungkin byk tahu tentang selok belok pendidikan. Cukup setakat ni dulu. Harap dapat respon daripada Cikgu Hairul dengan segera.
Terima kasih.
Khairul Amran says
1) Boleh
2) Boleh
3) Boleh, tapi kena mula dari awal. Tak boleh sambung semester.
SPM LEAVER says
Salam… Hari tu sy ada pergi temuduga IPG and pada 22/06 saya tak berjaya ditawarkan utk melanjutkan pengajian d IPG lalu saya meneruskan dlm bidang Kejuruteraan Elektrikal kt Politeknik, tetapi tiba2 semalam sy mndapat panggilan daripada pihak IPG bahawa saya telah ditawarkan utk melanjutkan pengajian d IPG. saya amat keliru dan utk bidang saya yg sekarang ni sy dh mula sukakannya dan dh lama tak trfikirkan IPG. Apa yg patut saya lakukan? Ramai senior kata sijil diploma politeknik amatlah laku dlm bidang pekerjaan suatu hari nanti… So Politeknik atau IPG?
Khairul Amran says
Nasihat saya, teruskan dengan poli. Nanti dah habis, boleh juga mohon jadi cikgu sebab kpm sekarang buat permohonan secara terbuka. Semua boleh mohon. Jika ada degree pendidikan dari ipg sahaja, belum tentu syarikat swasta nak ambil bekerja.
Pihin Hassanal says
Nasihat saya, pilihlah IPG. Dah bole nampak masa depan.
Khairul Amran says
ya.. zaman ini (2017). tahun depan belum tentu lagi. dasar kerajaan berubah-ubah.
Pihin Hassanal says
Senior2 IPG semua dah posting dengan baik dan jayanya pada tahun 2017. Takda seorang pun yg masih duduk menganggur 1 2 tahun. Ipg ni tak sama dgn Universiti. Pelatih Ipg diberi elaun oleh KPM iaitu suatu bentuk bayaran utk melaksanakan tugas berlatih menjadi sorg guru utk dihantar di sekolah2 kerajaan kelak Maksudnya, sebelah kaki guru pelatih sudah berada di sektor kerajaan, erti kata lain iaitu pra-perkhidmatan. Cuba fikir sejenak, Kerajaan dah penat2 bagi elaun kpd pelatih ipg, jadi rugi la kan kalau kerajaan tak ambil pelatih tu berkhidmat dalam kerajaan.
Khairul Amran says
itu zaman 2017, 2006?
Pihin Hassanal says
Serius. Sy tak setuju dgn artikel cikgu hairul ni. Sgt berbeza dan tak betul.
Siswa pendidik
Ipg keningau.
Khairul Amran says
boleh sahaja tidak setuju. kita lahir berbeza zaman. kita melalui pengalaman berbeza. saya menulis ikut apa yang saya alami zaman saya habis belajar. kalau zaman ini telah berubah, alhamdulillah. semoga situasi bertambah baik.
Amin says
Apa2 pun ipg juga patut menjadi pilihan masa kini jika inginkan peluang pekerjaan yg terjamin. Kerana pengambilannya telah pun dihadkan dan bnyk ipg ditutup jadi peluang lebih cerah. Dan pengajiannya ditaja jadi logiknya pelajar ipg akan diutamakan. Jika pelajar ipg sendiri pekerjaannya tak terjamin kerajaan ibarat mensia2kan duit yg digunakan utk taja pelajar2 ipg.
Khairul Amran says
insyallah dengan menteri baru ni, harapannya agar semua bertambah baik.
Meon says
Ehhh. Kira apa.. Biar lah orang nk jadi cikgu. Kalut gi mna.. IPG ka , Univ ka , form 6 ka , diploma ka , janji mengaji.. Tok tok guru dok pesan , masa muda selagi boleh mengaji , mengaji. Pastu mesti orng kata , “ngaji ngaji jugak , nnty nk keja pa ” .. Hahah relek.. Ingt x Allah dah jnji bahawa Allah mengangkat drjat orng beriman dan orng di berikan ilmu. So , yakin dan pegang btoi ii , REZEKI MILIK ALLAH , bukn kat swasta ka kerajaan .. Klw Allah izin swasta ambik budak IPG , ambik lah depa , klw Allah x izin , xdk rezeki lah. So , jngn pegang sangt kerja mai dri Swasta atau len ii.. Semua dri Allah.. Jngn lah hncurkan harapan budak IPG nk jadi cikgu. Adoii.. Spoil lahh. Jngb lupa sabda Nabi , bila matinya anak Adam akan terputus segalanya kecuali 3 perkara 1) anak soleh 2) sedekah jariah 3) ilmu bermanfaat kepad ormg lain .. Biar lah masuk IPG pon .. Dh cita ii , nk buat gena.. Dapat keja x keja , tu kes lain.. .jnji nk jadi cg.. Pastu orng kata plk ” bagi ilmu bermanfaat bukn cg sja , x jadi cg pon boleh bagi ilmu bermanfaat” haha.. Manusia x leh lari dri mulut orng.. Huhu.. Nk buat gena.. Lumrah kehidupan.. Pandai ii lah pikir.. So , jngn hncurkan harapan budk yg nk masuk IPG dan jngn ingt swasta ja keja bnyk.. Sbb rezeki milik Allah.. Haaa. Satu gi , ingt , lahirnya syarikat swasta atau kerajaam , semua mai dri cikgu skolah rendah juak kn.. Semua blajaq kt skolah jgk kn.. So , nk lari mna.. Berjasanya cikgu nii.. Ok , saja ja nk merepek dlm nii .. Assalam. aku_pendosa_ingin_kesyurga