Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Jangan Menyombong Di Tempat Orang

Jangan Menyombong Di Tempat Orang

18 November 2013 by Cikgu Hairul

Masuk kandang kambing mengembek. Masuk kandang harimau mengaum. Ungkapan yang memang terkenal dan patut kita jadikan pedoman. Maksud lainnya, jangan menyombong di tempat orang.

Jom kita melawat Makkah. Kita pergi untuk melihat siapa kita di mata dunia sambil-sambil membina motivasi terhadap segala cabaran yang akan datang kepada kita.

Pilgrims queue upon their arrival at Jeddah airport

Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, itulah lapangan terbang luar negara pertama pernah saya sampai. Lapangan terbang ini memang cantik. Sesuailah dengan tempatnya, negara pengeluar minyak dunia.

Pada saya, petugasnya agak sombong. Walaupun ramai beragama Islam, namun bila melihat orang luar, mereka agak kureng sikit. Macam tak sesuai dengan kecantikan Airportnya dengan akhlak yang mereka tunjukkan.

Apa yang dah jadi? Masa dalam perjalanan balik ke tanah air, saya terpaksa menunggu sehingga 4 jam untuk naik ke kapalterbang. Puncanya? Kesombongan petugas imigresen. Mereka memperlakukan tetamu Allah sedemikian rupa. Tak mampu digambarkan dengan kata-kata. Sampailah kemuncaknya, pilot datang ke kaunter immigresen mencari penumpang.

Baiklah, kita sangka baik je. Mungkin itu khidmat terbaik boleh mereka berikan. Negara orang, tempat orang memang kita kena ikut kehendak orang. Tak payah nak membantah sangat. Buat-buat muka kesian depan mereka. Patuh aja apa yang mereka arahkan. In Sya Allah kita akan selamat.

Itulah yang kami lakukan semasa dalam “tahanan”. Bukan kita nak masuk pun, kita dah nak keluar dari negara mereka. Beribu-ribu ringgit dah kita berikan kepada usahawan-usahawan mereka, itu pun masih nak berkerenah bagai untuk melepaskan kita pergi.

Kepada siapa lagi mereka nak tunjuk ego kalau bukan kita. Sedangkan kalau kat Malaysia sendiri pun, ada juga pegawai-pegawai yang semacam itu, inikan pulak di tempat orang. Biarlah mereka nak tunjuk ego, iya tak?

Akhirnya semua orang selamat sampai ke tanah air…

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Amar says

    18 November 2013 at 00:44

    Ibarat kata orang kampung pisang… Sabor aje ler….

    Reply
    • Amran says

      18 November 2013 at 14:04

      Orang kampung pisang? heheh

      Reply
  2. jaymiee says

    18 November 2013 at 07:09

    biasa la tu….setiap manusia kan ada ego….yang penting selamat pergi dan balik,

    Reply
    • Amran says

      18 November 2013 at 14:06

      Wah dah ada blog bro.. heheh. Selamat berblogging. Dah selamat ni kira ok la nih.

      Reply
      • jaymiee says

        19 November 2013 at 17:29

        saja buat hobi masa lapang…haha

        Reply
  3. syokbah says

    18 November 2013 at 07:57

    tempat orang jgn tunjuk hebat…. buruk padahnya

    Jemput datang ke website baru saya syokbah.com
    Terima kasih!

    Reply
    • Amran says

      18 November 2013 at 14:06

      Ok.. nanti saya terjah.

      Reply
  4. blogger lelaki says

    18 November 2013 at 08:30

    orang ni ada macam2..dekat Malaysia pun dah tak terlayan..inikan pla sampai ke negara lain

    Reply
    • Amran says

      18 November 2013 at 13:58

      kalau dilayan, kita boleh jadi sasau.

      Reply
  5. Mizz Aiza says

    18 November 2013 at 11:56

    agaknya memang lumrah kebanyakan manusia begitu.. yang mampu kita lakukan hanyalah bersabar di atas kerenah mereka itu..

    Reply
    • Amran says

      18 November 2013 at 13:57

      itulah yang sebaiknya. kalau kita buat keras kepala pun apa gunanya. tak menjamin ia jadi lebih baik.

      Reply
  6. Mus says

    18 November 2013 at 12:06

    fuh.. bukan sekejap 4 jam tu

    Reply
    • Amran says

      18 November 2013 at 13:51

      itu kes jemaah umrah. kalau dengar kes jemaah haji lagi la sedih.

      Reply
  7. Raudzah says

    18 November 2013 at 21:16

    Kita pun bad experience dengan dia orang last. Alhamdulillah ok at last. Tapi ada yang sangkut few hours..kesian dia orang…

    Reply
  8. suri says

    19 November 2013 at 00:01

    sy selalu lepak gak ke KLIA suami ada urusan dengan imgresen saya duduk tempat awam ada banyak kerusi tu.btw kalau duduk sahaja sambil tunggu kerjanya selesai bosan gak tapi bab tengok telatah mereka memang ada sebahagian sahaja yang begitu bila datang ke malaysia.tapi masa nak balik sahaja tengok pekerja klia di sana pramugara/pramugari mak uik sombong nak senyum pun susah.saya suka pergi LCCT pekerja dia senyum sahaja tapi tulah pakaian seksi hee..
    bila zaman makin miden orang akan mula lupa nilai hormat menghormati, senyumkan pada hal benda bukan kena bayar pun.
    wahualam.

    Reply
  9. puteri kasih says

    19 November 2013 at 00:24

    biasalah manusia ada pelbagai kerenah…sepatutnya mereka yang tunjukkan layanan yang baik kepada ‘tetamu’..tapi apakan daya ..kita bersabar jelah. Yang penting kita selamat pulang ke tanahair kan 🙂

    Reply
  10. TehR says

    19 November 2013 at 00:51

    alhamdulillah
    selamat pergi dan selamat kembali

    dugaan dalam perjalanan hidup
    menuntut dan mendidik kita untuk sentiasa bersabar dan bersyukur

    Reply
  11. Izzuddin Fauzi says

    19 November 2013 at 07:15

    Bagi sy la – sek-sek Arab memang gitu… Kaso… Tak reti nak tunjuk baik…

    Reply
  12. UmmiKami says

    19 November 2013 at 09:14

    Assalamu’alaikum Cikgu…

    Ibarat kata pepatahlah…masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing kenalah mengembik….pandai dan bijak membawa diri di tempat orang…..kan

    Jom kita berpantun….. ^___^

    Reply
  13. hafiz says

    20 November 2013 at 09:43

    Takpelah yg penting dapat pulang dgn selamat

    Reply
  14. Rahmat Ariffin says

    20 November 2013 at 21:49

    Kat Malaysia nie ada yang macam tu juga…tak semua pegawai yang berurusan dengan pelanggan sentiasa senyum dan ramah, ada yang nampak agak sombong, mungkin diorang stress dengan kerja kot…

    Reply
  15. Liza Razak says

    1 May 2018 at 23:23

    Lecehnya mereka sombong sangat..huhu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in