Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Jangan Mudah Tergadai

Jangan Mudah Tergadai

18 December 2011 by Cikgu Hairul

Musim pilihan raya dah nak dekat. Tengoklah sana sini, jalanraya yang masih elok diturap. Para pemimpin datang majlis perkahwinan rakyat jelata. Orang tua dan sakit dilawati pemimpin tertinggi. Rakyat dari pemimpin sampailah ke budak sekolah dapat durian runtuh. Tak ketinggalan juga program-program yang dikatakan untuk rakyat banyak dianjurkan.

Media-media sibuk memperlekehkan orang itu dan orang ini. Habis cerita dalam spenda pun keluar. Baik kawan baik lawan, hantam menghantam macam dah tak terkawal. Iinikah budaya yang ingin kita serapkan kepada bangsa Malaysia?

Kalaulah semua ini dilakukan semasa awal kemenangan kerajaan dulu mungkin tiada prasangka buruk rakyat. Bila ianya dilakukan hanya bila pilihanraya nak tiba secara terang-terangan itu seperti membeli undi.

Fenomena ni dapat dilihat bukan sahaja pemerintahan kerajaan persekutuan malahan kerajaan pembangkang juga tak kurang hebatnya. Dua- dua sama. 2×5 je. Tak payah la nak mengata antara satu sama lain. Tak payah nak gebang dan kutuk mana-mana pihak. Bila dua-dua mengutuk, ternyata dua-dua golongan terkutuk.

Aku bukanlah seorang yang suka akan politikus. Tapi bukanlah bermakna benci sampai tak ambik tahu langsung. Kita kena bijak menilai. Kalau akal kita tak sampai untuk menilai, carilah pedoman dan panduan dalam al Quran dan Hadith. Memang akal kita mempunyai kemampuan yang terhad. Carilah kebenaran dengan panduan.

Beberapa ringgit yang mereka hulurkan tu diharap bukan jadi penentu kepada penilaian kita. Jangan mudah dibeli. Jangan mudah tergadai.

P/S: untuk ingatan sempena pilihanraya umum ke 13 yang akan berlaku bila-bila masa sahaja.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. wandisini says

    21 December 2011 at 11:56

    kemungkinan pilihan raya bulan mac time cuti sekolah

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      21 December 2011 at 15:16

      Owh ye ke.. Bersedialah buat pilihan. Banyakkan solat istikharah.

      Reply
  2. ohcikgu says

    29 December 2011 at 09:51

    kalau perasan..banyak betul duit yang diberi pada rakyat hujung tahun nih..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      29 December 2011 at 09:55

      Mana diorang dapat duit tu yer? Kata hutang bertrilion… Jangan mereka mencetak wang sewenang-wenangnya sudahlah.

      Reply
  3. hafizmd says

    30 December 2011 at 16:33

    Mmg bahaya juga ni.

    Tp bahaya lidah yg berkata lagi bahana.

    Harap yg terbaik akan diletak ditempatnya. InsyaAllah

    Reply
  4. Oh! budu says

    1 January 2012 at 10:10

    a’ah.. pru cam dah nak dekat jak.. masih guna dakwat.. hehe 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 January 2012 at 10:25

      memang betul2 dekat.. semua parti politik tercungap2 meraih undi.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in