Sombong satu penyakit hati yang kritikal. Sama taraf macam penyakit kanser payudara. Sama juga macam sakit kanser servik sampai mewajibkan pelajar perempuan umur 13 tahun ambik suntikan HPV. Penyakit ini bukan sebarang penyakit. Penyakit yang boleh merosakkan diri dan masyarakat. Penyakit yang akan mengakibatkan seluruh anggota badan juga turut sakit. Pengidapnya akan merasakan dirinya lebih mulia dari semua makhluk.
Manusia sombong sebab merasakan dialah empunya segala-galanya. Dari atas sampai bawah dia punya. Tu yang boleh menyombong lagi berbangga diri. Melakukan ibadah sikit pun dah berbangga. Buat baik sikit pun dah rasa diri tu hebat. Siap buat banding beza lagi dengan orang keliling. Nak menampakkan yang dia tu baik sangat. Merasakan dia sorang je ada kudrat.
Beringatlah wahai teman, sahabat, kawan.. Dalam tubuh badan kita ni semua pinjam. Harta pinjaman buat apa kita nak bangga. Cuba kita balik kampung bawak kereta besar, satu kampung tahu itu kereta yang kita pinjam. Mesti kita tak menyombong kan. Kalau masih juga menyombong nak letak orang tu katogeri mana ye?
Untuk buang sifat sombong, merasalah bahawa apa yang kita ada itu cuma pinjaman. Bila-bila masa sahaja boleh ditarik oleh Yang Empunya Dunia. Sentiasalah bersyukur dengan pinjaman ini. Gunakan sebaiknya kerana ia cuma pinjaman. Kalau kita gunakan dengan cara yang tidak betul, masa pulangkan nanti, rosak apa nak jawab dengan Yang Empunya Dunia?
Tak baik sombong-sombong ni..
Tapi biasanya orang sombong ni tak sedar yang dia sombong!
Dan bila ditegur pun dia tak boleh terima. Itu dah kes teruk tu.. Yang boleh mengubah cuma Hidayah Allah je.
kdg2 org pendiam x semestinya sombong.. 🙂
sombong penyakit hati..boleh diubati jika muhasabah diri.. 🙂
takkan jumpa ubat tu kat klinik-klinik biasa..hehe
ubatnya ada pada diri sendiri
banyak2 istighfar dan muhasabah diri
yup..
bodoh sombong rasanya lagi teruk … 😀
Betul tu bro.
salam… somb0ng… amat2 perlu dijauhi..
saya berharap saya tidak tergolong dalam kalangan org sedemikian….
Amin.. Harap2 macam tu la kak.
Masa pulangkan nanti harta pinjaman rosak
Wah, memang payah nak jawab ni
Dan pastinya akan kena marah
Marah dan seksa.. Perh pedih!
Hi. Saya tak sombong dengan cikgu 🙂
Bagus bagus bagus.. hehehhehe
Biasa org sombong ni org yg kuat perasan…hehehe
ni la lagi best, baca syarahan imam ghazali .. mmg menusuk kalbu la.
kadang2 un nak tego org yg sombong mengunung ni un bukn main lagy payah,sudhlah sombong teguran kita un dibuat bodoh je. Mcam la kita beri nsihat tu boleh diadunkan sekali dengan tepung kejenakaan. Pdahal tegur mmg ikhlas, dia pula msuk kanan kuaq kiri.. hmm.. ( sabo je lew.. TT)