
Saya baru dapat peringatan dari wordpress dashboard. Versi terkini 3.3.2 boleh dimuat turun atau boleh upgrade terus melalui dashboard.
Setelah membuat backup, tanpa berfikir panjang saya terus tekan button update. Saya tak fikir panjang sebab wordpress 3.3.2 ini didakwa telah mengemaskinikan sistem keselamatannya. Saya taknak mimpi ngeri berulang lagi. Sebab tu lah saya update tanpa prasangka.
Sekarang baru perasan yang versi ini tidak membenarkan kita mengubahsuai theme. Kalau versi lama kita boleh masukkan apa-apa kod bagi menggantikan plugin di dalam theme, tapi sekarang fungsi itu dah dibuang. Mungkin juga saya tak jumpa lagi.
Pada saya, fungsi yang dimatikan itu amat penting. Di sinilah segala mak nenek css pelik boleh kita masukkan. Kalau menggunakan defult theme je, kadang-kadang ia tak sesuai dengan kehendak kita. Bila dah dimatikan fungsi tu rasa menyesal pulak upgrade ke versi 3.3.2.
Pengajaran dan Peringatan.
- Baca review dari pengguna lain sebelum update versi wordpress.
- Semak dulu theme yang kita gunakan samada ia sesuai dengan versi wordpress terbaru ni.
- Backup sebelum update. Ini langkah paling penting.
Sangka Baik.
Saya sentiasa menyangka baik setiap perubahan yang cuba dibuat di wordpress ini. Mereka lebih tahu tentang produk mereka. Kita cumalah sebagai pengguna je, pengetahuan kita sangat cetek tentang wordpress. Mungkin ada kebaikkan yang kita tak tahu disebalik pengemaskinian versi wordpress ni.
Sekarang ni wordpress juga dah ada wordpress 3.4 Beta 3. Sapa berani cuba, boleh download dalam laman web mereka. Jadi bahan kajian.. Berkhidmat untuk semua. Satu amalan yang mulia. Ada berani ke?
Tak apalah, satu fungsi dimatikan. Banyak lagi fungsi baru yang perlu dipelajari. Dah upgrade ni, guna je la. Lagipun tak bercadang nak masukkan apa-apa code dalam theme tu.
Sebagai pengetahuan am je bagi benjy sebab benjy guna platform blogspot.
Owh.. Napa tak pindah ke wordpress lagi? Jom la pindah.. Sama2 merasa betapa getirnya duduk dalam hosting berbayar. Hehe
saya pun baru sedar tentang notification tu..sebab tu nak cari review pasal orang yang dah try update versi terkini..jumpa blog cikgu ni..
emmm tak tau lagi bila nak tukar..
Owh ye ke.. Cepatnye google mengindex.. Tak sangka pulak. Kalau nuriz takde nak ubah isiperut theme tu, upgrade la. Sebab penambahbaikan lebih banyak dari isu yang saya jumpa ni. Mungkin isu ni saya je hadapi. Orang lain tak jadi masalah.
Aku dah upgrade dah. Takat ni semua okay je. Sebab tu aku suka guna theme yg guna Framework, senang nak buat customization.
Tu la kan.. Mudahnya kalau theme tu dah cukup serba serbi. Tapi yang suka menggodek2 ni, bagi je la apa pun.. Mesti nak usik isi perut.
Nak buat camana, lumrah manusia memang tak dapat ditahan,.. 🙂
dah upgrade gak.. tangan ni suka betul tekan button upgrade .. hehe 🙂
Setakat ni kalautakde nak godek apa2 memang ok bro. Interface pun lawa. Funcyion pun ditambahbaik.
aku dah update. lambat. hehe..
Yang dah update terima je la ye.. Lagipun takde isu apa pun yang besar. Cuma bab nak edit theme je yang tak boleh.
dh update juga..tp x baca lak change log die yg x leh edit theme..huhu
lazaac upgrade ok jer cikgu.. setakat ni leh jer main tukar2 code dlm theme ni.. mungkin cikgu pakai theme framework kowt..
Owh ye ke.. Kat mana ye nak masuk ke bahagian edit theme tu? Biasanya kat belah bawah Apperance tu kan? Tapi sayanyer takde la.. Ke dah bertukar tempat?
ai sudah terlanjur upgrade ini bagaimana pakcik?
Takpe.. Teruskan je. Masalah tu baru saya jumpa penyelesaiannya. Rupanya ada plugin yang disablekan edit theme tu.. Hehehe