Keluar dari masjid tadi cuaca redup tapi berbahang. Panas dan berpeluh-peluh sampai rasa macam nak masuk dalam kolah. Tengok di langit, jerebu tengah melanda. Putih menyelubungi bumi. Hari Jumaat pulak tu. Rasa insaf sekejap. Adakah ini harinya?
Tazkirah dan khutbah hari ni cerita tentang Israk dan Mikraj. Dah berulang-ulang cerita tu. Tanpa bosan, tanpa jemu. Pengajarannya tak seperti yang dijangkakan. Sedikit tersentuh bila ustaz kata masih ramai yang tahu kesah Israk Mikraj tapi tak ambil pengajaran. Ya Allah, janganlah Engkau masukkan aku dalam golongan itu.
Apa kaitannya jerubu dengan tazkirah tadi? Masa Rasulullah diangkat ke langit ada satu peristiwa yang Rasulullah jumpa iaitu baginda bertemu seorang tua bongkok. Jibril menerangkan itulah perumpamaan dunia. 1400 tahun dahulu usia dunia sudah diumpamakan orang tua si bongkok tiga. Sekarang?
Manakala asap tebal menyelubungi bumi itu adalah sebahgian tanda-tanda kiamat. Sepontan rasa dalam jiwa, adakah cukup amalanku?
Itula pasal,.. 2-3 hari ni asyik pening je kepala sebab panas sangat
tekak pun mula rasa sakit. kena banyak minum air masak nih.
dunia dh tua..byk kerosakkan pula dilakukan manusia..
kadang-kadang bila ada musibah atau bencana macam ni baru nak teringat Allah. Ini semua akibat dari tangan-tangan manusia.
Beberapa hari ini saya fikirkan ia kabus! Rupa-rupanya jerebu. Ciss!
saya baru perasan hari ni. mungkin semalam tak berapa teruk. hari ni agak teruk juga di kl ni.
bumi ni dah tua sangat dahh umurnya..
iyelah.. masa zaman Nabi dulu pun dah bongkok tiga. sekarang dah 1400 tahun lebih. mesti lagi bongkok. tu yang banyak musnah sana sini. tulang dah reput, gigi dah mula tercabut.
manusia sentiasa menyusahkan dunia yang memang telah berusia ni
sudahnya menyusahkan diri sendiri
apa yang kita buat, akan kembali juga pada kita. what you give, you get back. itu aturan hidup.
tak dpt nk jogging pasal jerebu ni lah
saya dok area utara ni tak sampai lak jerebu.. setiap kejadian tentu ada hikmahnya tersndiri untuk kita fikir
jerebu kali nie sebab apa ea? baru je sembuh dari demam, kena pula batuk2..agaknya sebab jerebu