Setelah mengalami trauma melanggan perkhidmatan Hosting yang tak berapa famous, aku mencari-cari beberapa hosting yang dapat memberikan aku kepuasan maksima dalam berblogging. Maksud aku adalah hosting yang stabil dan tak selalu mengalami gangguan.
Pertama sekali aku menjenguk Hostgator. Perkhidmatan dari luar Malaysia ni memang best. Pakejnya juga menarik kerana ianya memenuhi keperluan aku. Pakej paling aku minat ialah hatching plan. Tapi boleh hoskan 1 domain jer. Tak memenuhi keperluan la pulak. Aku ada 3 domain so kena reject. Pakej kedua ialah Baby Plan. Pakej yang ni agak mahal sket dari hatching plan. Benda yang paling best kat sini ialah semuanya unlimitted. Bila dikira semula harganya lebihkurang RM800 untuk 3 tahun. Fuhhh..
Last sekali barulah aku cari hosting di Malaysia. Sebelum ni pernah guna khidmat hosting dalam negara. Hasilnya sangat mendukacitakan. Dalam Seminggu mesti ada sekali atau dua kali server down. Sapa tak hangin bila tengah update blog tiba-tiba server down.
Masa tengah survey jumpa JomHosting dot NET. Tertarik dengan pakej yang amat murah. Dengan RM10 setahun pun boleh sewa hosting kat sini. Sebagai permulaan aku mencuba Pakej Mini. Dengan RM25/ tahun, 500MB Space dan 20G Bandwith memang sesuai untuk aku yang tak berapa ada duit ni. Lepas sebulan guna terasa best la. Support team dia memang superb. So dengan tenang aku mengupgrade la Pakej aku sekarang.
Kini aku selesa dengan perkhidmatan JomHosting dot NET. Secara peribadi aku sujjestkan JomHosting dot NET untuk kegunaan korang. Selamat berblog.
najmi ahmad says
saya juga menggunakan perkhimatan jomhosting.net..
setakat ini memang perkhimatan yang diberi memang puas hati…
Mirul says
Betul tuu
sofea says
yeke?
klu cmtu bk cuba juga lah… 🙂
Mirul says
Dah cuba ker?
SHameem says
email ok ?
Cikgu Hairul says
setakat ni email ok jer. Kenapa dengan email?
Yaya says
Saya dah beberapa bulan dgn jomhosting. servis mereka sangat lah teruk. beberapa jam dalam sehari website saya tak dapat di akses, jadi saya tidak mengaktifkan kedai online saya.
bila submit tiket, jomhosting selalu cakap tiada masalah. kalau anda tengok di facebook ramai orang tidak puas hati dengan servis mereka. skrng saya dah menggunakan hosting lain, biarlah mahal sedikit tapi yang penting lebih stabil.
saya sangat tidak puas hati dengan servis jomhosting.
Cikgu Hairul says
Saya pun dah bertukar ke sealserver cik yaya. Tak tahan dengan servis mereka yang sangat menyayat hati. Sekarang ni selesa dengan sealserver.
kartikel.com says
jomhosting haritu kena hack kan server dia..orang dengki la tu.
Cikgu Hairul says
Aaah.. kena hack sampai semua blog dalam server dia kena hack jugak.
hafizmd says
Ok. So yg nilah yg “kecewakan” cikgu tu yer. Noted.
Shameem says
saya tak da masalah. cuma dengan wordpress.
ada masalah , selepas hantar trouble ticket , dapat
diselesai tetapi ada juga problem lain seperti feedback
form tak hantar email. kena trouble shoot lepas tu tahu masalah
hosting, lepas tu hantar ticket, ambil masa