Kita dah merdeka 54 tahun. Ada yang kata tak pernah terjajah. Apapun hakikatnya kita telah bebas dari orang asing yang menaungi kita. Sebagai warga pasca merdeka, tanggungjawab kita ialah mengisi kemerdekaan ini dengan sesuatu yang bermanafaat.
Biasalah, hidup dalam sebuah negara yang diperintah oleh pemimpin juga warga pasca merdeka, banyak cabarannya. Cabarannya tak sama dengan orang yang hidup zaman pra merdeka.
Walaupun aku sudah mula bosan dengan politik masa kini, namun tanggungjawab tak pernah aku lupakan.Hak kita pada negara tu der.. Kalau kita tak ambik port bab politik langsung, jangan menyesal kalau kebajikan kita dihenyak. Masa tu nanti nasik dah jadi bubur. Se sen pun tak guna.
Sempena kemerdekaan Malaysia yang ke 54 ni jom ramai-ramai mendaftar jadi seorang pengundi. Syarat utamanya dah cukup umur 21 tahun dan ada ic. Senang jer nak daftar. Tak payah isi apa-apa borang pun. Cuma kena pegi pejabat pos, berikan ic dan cakap nak daftar sebagai pemilih. Itu jer.. Takkan sesenang tu pun tak boleh buat kan.. Jomlahh..
Untuk yang dah mendaftar, korang boleh cek pendaftaran tu kat web SPR. Kot-kot ada yang terlupa tempat mengundi atau tetiba kena mengundi tempat lain pulak. Aku pernah kena masa pilihanraya 2008 haritu. Alamat tempat lain, kena undi kawasan lain. Tapi apa nak buat, tanggungjawab kan…kena la buat jugak.
Kena ingat ye, spr hanya akan menggunakan data pemilih yang telah mencapai usia matang iaitu 3 bulan. Maknanya kalau kita daftar tak sampai tiga bulan, kita tak boleh mengundi. Jadi kenalah cepat. Semoga kita j adi warganegara yang bertanggungjawab.
Amar says
Aku pernah ditanya, “Sudahkah kita merdeka?”. Jadi aku jawab, “Aku dah merdeka.” Samada orang tu faham atau sama blur macam N.D.Lala lantak dia lah.
Pacifista says
nasib baik la tempat mengundi aku dekat je dengan rumah aku.boleh balik kampung sekali.hehe 😀