Bismillahhirrahmanirrahim.
Junaio ialah satu app dalam iPhone dan Android yg boleh membaca kod QR dan memaparkan content media digital. Disebabkan kod QR biasa kita temui di papan iklan, teksi dan media cetak; Junaio ialah app penghubung antara media fizikal dengan media digital. Contohnya:
1.Kod QR di Papan iklan di stesen LRT boleh diimbas dengan iPhone. Hasilnya ialah iPhone dapat buka URL website tanpa perlu menaip.
2. Artifak muzium boleh diimbas dengan iPad. Hasilnya kisah tentang artifak diterangkan dalam bentuk digital di iPad berbanding cara lama, yang ada label di tepi bekas artifak berkenaan.
3. Business card boleh diimbas dengan iPhone atau Android. Hasilnya model 3D kelihatan berdiri di atas kad. Malah link ke akaun media sosial dan profil syarikat dapat dimuatkan semua dalam sekeping kad kecil.
4. Majalah juga dapat diimbas dengan android atau iPhone. Hasilnya pembaca turut boleh menontot video dan animasi seakan ia di atas halaman majalah.
Kesimpulannya, Junaio merapatkan jurang media fizikal dan digital. Satu dari pengalaman yang perlu dicuba oleh pengguna telefon pintar dan tablet.
Ini ialah antara penggunaan Junaio di Malaysia yang dibangunkan sepenuhnya oleh kumpulan Bumiputra.
Ani Haryani says
Bangganya Bumiputera yang buat. Junaio memudahkan kerja kita!
Amar says
Pencerahan: Benda dlm video tu dibangunkan oleh bumiputra. Implement teknologi Junaio atas kad nama. Junaio tu app dari luar.
onlajer says
ok nak pasang juga lah Junaio ini
Amar says
Betul tu. Tekonolgi, jangan kita ketinggalan.
Inspirasi Huda says
Teknologi digital semakin berkembang. Dengan kemudahan yang disediakan akan membantu bumiputra memanfaatkan kemudahan yang disediakan ini.
Ikhwan Fahmi says
satu lagi pencapaian terbaik teknologi hari ni.