
Ramai dari kalangan kita bercita-cita nak jadi kaya. Harta banyak, duit berkepok-kepok. Bila jadi kaya macam-macam juga yang diimpikan. Kalau Aku Kaya…
1) Buat rumah besar atas bukit. Duduk sorang-sorang tanpa jiran.
2) Beli kereta dan tukar-tukar kereta mewah dua tahun sekali.
3) Membeli belah sampai ke Bandung, Viatnam, China macam la kat Malaysia tak cukup shopping mall.
4) Pegi melancong seluruh dunia. Dah nak mati baru teringat Mekah belum tiba.
5) Pakai baju mahal-mahal. Pakai dua-tiga kali pastu hantar kat pusat pelupusan sampah.
Kalau Aku, idak le nak pikir macam tu. Cukup la dengan kereta Grand Lavina 1.6. Boleh bawak 7 orang jalan-jalan keliling kampung. Minyak jimat, selesa dan bermanafaat.
Rumah tak la besar sangat. Cukup 3 bilik ada ruang tamu dan dapur untuk masak sendiri kat rumah. Hujung minggu boleh panggil keluarga dan kawan-kawan makan-makan sekali.
Shopping pulak cukuplah kat tesco atau giant. Baju pun beli kat pasar malam je. Asalkan selesa dan cukup menutup aurat sudah. Asal saja boleh makan makanan yang halal sudah. Tak perlu bersusah shopping sampai oversea.
Mungkin juga latarbelakang kehidupan Aku berasal dari golongan yang layak dapat bantuan zakat. Tak biasa berbelanja mewah. Takut pulak nak pakai pakaian mahal. Kuilt alergi..
Walau apa pun cita-cita kita, terpulanglah. Tak salah menjadi kaya dan punya harta banyak. Tak juga salah berimpian macam yang kalian impikan. Sebaik-baiknya biarlah kekayaan kita itu boleh menjamin kita hidup tenang di dunia dan akhirat. Takde la nanti di akhirat ada yang menuntut haknya dengan kita.
Kalau aku kaya… Aku nak bina kilang membuat parang dan panah; kilang memproses minyak kelapa dara dan jintan hitam; generator pam air dari bumi tanpa klorin. Dan aku nak sempurnakan jenazah Pusat Zakat. Statement terakhir tu dalam maksudnya.
Besar cita-cita.. insyallah berjaya la tu nanti. Yg penting tawakkal dan usaha seiringan.
InsyaAllah. La hau la wala quwwata illa billah.
kekayaan banyak membutakan mata, hati..
kena berhati-hati bila kaya
Itu la yg kena diingatkan selalu.
saya pun ada perancangan seperti bro bila sudah kaya… insyaallah..
Mudah-mudahan Allah permudahkan.
kalau kaya apa kelas shopping di Bandung or Vietnam , terus shopping di Paris atau Rome jer lah…hehe
Pasport tak mampu nak buat. Nama blacklist tak bayo ptptn.. hahah
Tak salah nak jadi kaya. Tapi biarlah kekayaan tu digunakan di jalan yang betul.
Mungkin itu betul bagi mereka yang berfikiran macam tu.
Bila dah kaya, kadang-kadang kita lupa segala. Kalau saya kaya banyak perkara yang saya mahukan tapi dalam pada yang sama, saya tetap akan ingat jatuh bangun semasa susah dulu.
Bagus-bagus.. ingat masa lalu untuk dijadikan pengajaran supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.
kekayaan sebenar di duniawi ialah tiada bebanan hutang… errr rasa2 betol ke tak tu.. hehehehe…
betul la tu. kalau kaya, tapi hutang keliling pinggang pun tak guna juga. duit habis ke bank je.
jangan biarkn diri kita nnt digelapkan dengan harta kemewahan…ada juga ujian tuhan ni dgn harta kekayaan yang melimpah-limpah
Seharusnya begitu.. sebab tu kita kena saling ingat mengingati. takut ada kengkawan yang terjerumus tanpa sedar.
Kalau aku kaya, aku pengennya mendirikan sekolah gratis bagi anak2 kampung dna membuka lapangan pekerjaan bagi yang muda2 di sana …
Kalau aku kaya, cukuplah aku ada rumah atas tanah lot dengan 3 bilik dan perusahaan memproses padi yang lengkap dengan sawah yang mampu tampung makan untuk satu negeri. Hahaha