Dua belas tahun kita duduk di alam persekolahan. Lepas tu kebanyakkan kita masuk universiti, kolej-kolej atau mana-mana institusi pengajian tinggi. Tapi yang sedihnya sekolah atau universiti tak mengajar kita cara survive dalam hidup bila keluar nanti. Kat sana cuma ajar kita mengejar gred dan pointer.
Agak kasar tuduhan itu. Namun hakikatnya begitulah. Bila ditenung direnung dalam-dalam, cuma berapa peratus ilmu yang diajar di sekolah ada kaitan dengan kerja kita. Berapa banyak pulak subjek² di sekolah boleh kita guna dalam kehidupan seharian?
Berapa ramai kawan-kawan yang 4flat masih struggle cari kerja? Berapa ramai kawan-kawan yang sekelas dengan kita di universiti, kerja dalam bidang dipilih? Berapa ramai pula yang terpaksa menjalani latihan semula di tempat kerja untuk memenuhi kelayakkan sebagai seorang pekerja di tempat kerjanya?
Untuk survive dalam hidup, sekolah dan universiti bukanlah satu-satunya tempat untuk kita belajar. Berhenti menghukum orang yang tak nak belajar di sekolah dan universiti sebagai orang yang tiada masa depan. Sekolah dan Universiti tak sesuai untuk semua orang mendapatkan pelajaran.
Takpe lah kalau kita rasa nak ubah keadaan. Yang belajar teruskan belajar. Yang nak cari kerja, sedia dengan bermacam dugaan. Ini bahagian korang disebabkan oleh mak ayah yang kurang kesedaran. Dizaman pointer dan A yang diukur sebagai kejayaan.
Sudah semakin ramai majikan tak pandang pun sijil kita & CGPA nanti bila apply kerja. Belajar bagai orang gila, tak masuk persatuan, tak join aktiviti kemasyarakatan semata-mata mengejar pointer akhirnya ko juga terkontang kanting nak cari kerja.
Paling sadis, ko habiskan duit untuk belajar kat sekolah dan universiti. Bukan sikit-sikit yuran terutama kat sekolah swasta. Untuk apa sebenarnya tu? So berbaloi ke berhabis ratusan ribu sampai hutang keliling pinggang untuk masuk universiti semata-mata nak dapat kerja?
Mulai sekarang ajar waris korang untuk survive dalam hidup, jangan ajar semata-mata nak dapat gred tinggi je. Tolong jangan bandingkan zaman anak korang dengan zaman kita. Anak ko sekarang lahir kat era yang mana persaingan makin kuat, perkauman makin kuat, ekonomi makin tak menentu.
Masih belum terlambat untuk kita ubah. Pokok pangkalnya, kesedaran mesti ada. Mindset kena ubah. Kemudian semuanya akan berubah. Percayalah…
Amar says
1. Boleh lah kita anggap sebagai masuk sekolah rendah, masuk sekolah menengah sebagai tempoh bertenang untuk menanti cukup masak, sebelum mengenal dunia. Bangku sekolah ialah tempat membuat persedian. Disamping itu diajarkan lah sukatan2 pelajaran yang kita kira sebagai pengetahuan umum.
2. Namun ada orang yang telah sedia dan ada keperluan untuk meninggalkan bangku lebih awal atas pelbagai sebab. Samada orang tuanya yang telah sangat tua, uzur, sakit atau faktor kemiskinan. Dan dia terpaksa meninggalkan bangku sekolah lebih awal.
3. Bagi yang masih di bangku sekolah itulah peluang membuat persiapan.
4. Banyak kesilapan berlaku ialah selepas SPM. Ramai yang sambung belajar ke Universiti dan Kolej2 yang dah disusun untuk mengayakan golongan tertentu. Pendidikan itu telah jadi perniagaan. Di sinilah perlunya ia dicermati dengan memilih kursus yang sepadan dengan belanja dan sepadan dengan strategi. Untuk apa ambil kursus itu? Apa perancangan selepas itu. Jika hanya dengan harapan tanpa strategi, eloklah terus dengan kerjaya.
5. Sejak zaman kita lagi kita tak diasuh, tak diset di kepala supaya selepas tamat belajar, tempoh untuk bekerja dengan orang hanyalah untuk tempoh lima tahun. Selepas itu ialah suatu keperluan mustahak untuk bekerja sendiri.
6. Bila bekerja sendiri selepas lima tahun bekerja di bawah orang, industri sentiasa perlukan pekerja baru. Jadi tidaklah kena tunggu senior mati, baru boleh dapat kerja. Dan dengan cara ni invention akan lebih pesat berkembang.