Apa akan jadi kalau saya benci BERSIH? Mungkin tak ada apa-apa kesan. Mungkin juga kesannya amat besar. Gambar di bawah ni akan jadi kalau semua orang benci BERSIH! Bukankah menggelikan? Best ke tengok suasana macam ni?
Semalam hari Jumaat, di sekolah ada perhimpunan khas. Antara isi penting yang cuba disampaikan adalah larangan kepada murid-murid dan kakitangan sekolah menyertai perhimpunan haram. Ada juga disebut mengenai bertapa buruknya BERSIH. Ada baiknya peringatan itu untuk orang dewasa macam saya.
Bayangkan murid-murid sekolah di bawah umur. Umur dalam lingkungan usia 6-12 tahun masih mentah dan belum mengerti apa-apa tentang politik. Jika pergolakan politik dihalalkan masuk dalam sekolah secara terang-terangan, bagaimana tanggungjawab pemerintah tidak dipertikaikan?
Cerita bab toharoh pun murid masih lagi mengangga, inikan pula certia pasal keburukan BERSIH. Murid tak faham apa-apa mengenai BERSIH versi politik. Secara mudahnya murid akan faham cikgu suruh benci BERSIH. Bila benci BERSIH akan ada kesan jangka panjang. Murid tak suka masukkan sampah dalam tong sampah, kelas dibiarkan kotor, ludah merata-rata, kencing tak fulsh. Itu kesan jangka masa panjang yang akan kita dapat. Percayalah kata-kata saya ini.
Buktinya, tidak berapa lama lepas perhimpunan tersebut, ada gurauan dan mainan dari murid-murid mengenai kebersihan. Mereka sengaja buang sampah dan kertas dari atas ke bawah. Kesan depan mata cikgu. Bila ditanya mereka jawab bukan ke cikgu tadi suruh kami benci bersih? Nah apa nak jawab?
Ini budaya yang akan kita lihat suatu hari nanti. Buang sampah atas tong sampah. Dah tahu sampah tu penuh, buang la tempat lain. Tak pun bukak penutup tu padatkan la sikit. Orang dah benci dengan BERSIH macam ni la. Sapa yang akan tanggung semua ni? Sistem Pendidikan dan guru besar yang jadi kuda tunggangan parti politik akan tanggungnya di akhirat.
Zaini says
Jom BERSIH kan yang tak bersih.
Cikgu Hairul says
jom
titan says
bab sampah ni..memang susah nak cakap la. kat mana-mana pun tak bersih..geram gak kekadang pikir hal nih..
Cikgu Hairul says
memang susah nak membina mentaliti kelas pertama. nak jadi pembersih pun susah kan. kadang-kadang sampah depan mata pun kita malu nak kutip.
sayacomel says
saya pun tak suka sampah-sampah nih..
Cikgu Hairul says
samalah kita
Zil-el-Saif @ The Encik Saif says
saya tak suka kotor…
Cikgu Hairul says
saya pun benci Kekotoran. Tapi ada yang suka.. jangan tak tau.. hehehe