Saya dapat seorang kawan baru. Nama dia Toyooka. Seorang trainer dari Jepun. Ada cerita menarik untuk saya kongsikan di sini.
Terlalu banyak saya belajar dari dia. Lapan hari bersama dia banyak ilmu baru saya dapat. Malahan banyak juga budaya dan info tentang negara Jepun dia ceritakan.
Ironinya, dia seorang yang kurang pandai berbahasa Inggeris. Macam kelakar pulak bila dia cuba sedaya upaya mengeluarkan kosa kata yang dia ada semasa bercerita untuk bagi saya faham.
Sepanjang dia bercerita, dia senyum angguk dan kadang-kadang bukak iphone untuk cari perkataan sesuai untuk dia keluarkan. Saya pun bukan pandai sangat berbahasa inggeris. Saya kagum dengan kegigihan dia.
Saya terfikir, bagaimana dia yang kurang mahir berbahasa inggeris boleh dihantar oleh majikannya untuk menjadi Trainer di luar negara. Bukan sahaja di Malaysia, malahan dia juga dihantat ke Thailand, Philipine dan Singapura untuk mengajar. Kalaulah saya, belum tentu saya sanggup menggalas tanggungjawab itu di negara orang.
Ada satu cerita yang sangat menyentuh hati. Saya tanya dia, dah banyak ke tempat menarik di Malaysia ni dia lawat. Dia kata tak banyak tapi dia tunjukkan saya gambar tempat yang dia dah pegi. Sebuah masjid pink di Putrajaya.
Toyooka bukan seorang Muslim. Malahan dia adalah seorang yang tiada agama. Dia mengaku sangat suka melawat masjid. Memang cita-cita dia bila sampai negara Islam Malaysia ni dia nak tengok masjid. Rupa-rupanya bagi dia, masjid tempat paling tenang dalam dunia. Dia tak pernah jumpa tempat setenang itu.
Giliran saya angguk dan senyum dengar cerita pengalaman dia melawat masjid. Dia dah atur lawatan ke masjid biru. Mungkin hujung minggu ni. Dalam hati cuma mampu berdoa Allah turunkan hidayah buatnya. Mungkin ini satu permulaan untuk dia mengenal apa itu Islam.
ira says
bila orang bukan islam berkata sedemikian buatkan kita rasa tersentuh kan dan moga dia diberikan hidayah daripadaNya. In shaa Allah.
ema says
orang bukan muslim pun tenang tengok masjid..mudah-mudahan Allah bagi hidayah untuknya.
dedauncomel.com says
Bestnya ada kawan dari luar negara. Banyak cerita boleh kongsi..
Amar says
Hari ini orang jepang lebih tinggi dari dulu. Masa askar jepang mendarat di Tanah Melayu dulu, orangnya pendek-pendek.
Khabarnya sebab mereka dah ubah cara pemakanan. Kita pun kalau tak buat kerja berat, elok makan benda lain selain nasik, bagi otak cergas sikit.