Adakalanya kita berjaya dalam apa yang kita buat dengan sekali percubaan. Seseorang yang berjaya dengan situasi sebegitu sering leka. Walaupun kejayaan itu sangat bermakna, namun kejayaan tersebut bukanlah satu petanda yang baik untuk kita.
Menjadi seorang yang berjaya dalam jangka panjang, adalah hasil dari usaha dan kegigihan serta amalan bijak yang dipraktikkan secara konsisten. Kejayaan sebegini dirasakan lebih manis, lebih bermakna dan lebih dihargai.
Ingatlah, seorang kanak-kanak tidak berjalan pada hari pertama dia mampu berjalan atau pemain piano yang hebat tidak memenangi pertandingan pada usia seawal lapan tahun. Kita bukan terus cekap memandu di hari pertama kita pegang stering kereta, tetapi perancangan dan usaha yang berterusan yang menjayakannya. Dalam usaha untuk berjaya, banyak luka-luka kesan dari jatuh berbekas di seluruh tubuh badannya.
Teringat saya satu cerita masa duduk dengan seorang kawan yang bekerja sebagai jurujual buku direct selling. Sangat besar motivasinya. “Setiap orang yang kita jumpa, akan mendekatkan lagi dengan kejayaan menjual sebuah buku”. Maknanya kalau kita ditakdirkan bertemu 10 orang dan orang ke 11 adalah pembeli, bermakna setiap orang yang ditemui sebelum orang ke 11 adalah jalan kejayaan. Indahnya iktikad macam tu.
Orang – orang yang berjaya dalam jangka masa panjang pernah gagal sebelumnya, terutama di permulaan perjalanannya. Oleh itu, apabila kita gagal dipermulaan, mungkin itu adalah pembelajaran yang berharga yang menjadi sebahagian dari kejayaan kita. Itulah harga yang perlu dibayar untuk menjadi seorang yang berjaya. Ini hukum alam. Tiada siapa mampu menolak kebenaran itu. Gagal sekali dalam SPM, tak apa. Gagal satu matapalejaran first semester, tak apa. Itu satu pelajaran untuk kita lebih berjaya.
Setiap penolakan atau kegagalan adalah hadiah yang berharga. Inilah sebuah kesempatan untuk kita belajar dan untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya adalah satu peluang untuk mencari bagaimana untuk bangkit dan terus melangkah tanpa menoleh ke
belakang lagi.
Jangan sia – siakan apa yang berlaku. Bersyukur dan sentiasa berfikiran positif. Kadang kala,kejayaan di peringkat permulaan menjadikan kita seorang yang gagal untuk belajar ketahanan dan ketabahan untuk menjadi lebih hebat dan lebih baik di masa akan datang.
Salam kejayaan, salam Jumaat, selamat bekerja dan teruskan berfikiran positif walaupun esok dan lusa cuti..
amirulfaiz says
Yup, kejayaan yang hadir setelah mencuba banyak kali, pasti memberi satu kepuasan yang luar biasa.
Hairul Azni says
Orang berjaya yang pernah mengalami kegagalan akan lebih menghargai kejayaan yang sedang dikecapinya..
Amran says
yup.. setuju sangat.
ahmadyani says
Tetapi kejayaan terus tanpa disusuli dengan kegagalan, janganlah pula ditolak! Tapi jarang mendapat kejayaan kecuali ia ‘mesti’ diawali dengan kegagalan. Itu sunnatullah.
Amran says
mana mungkin menolak.. kan itu rezeki. tapi biasanya manusia cepat lupa dengan kejayaan diawal waktu. masa tu akan datang rasa hebat, melebihi hebatnya kuasa Allah.
Saljuhumairah says
sentiasa istiqamah dan tidak putus asa juga kejayaan yang bukan semua perasan…
Amran says
kunci kejayaan.. tak putus asa.
zik says
tanpa kegagalan.. mungkin kita tidak akan rasa kemanisannya pabila kejayaan itu sudah datang..
Logeswary says
Kegagalan merupakan satu kejayaan. Kenapa saya berkata demikian, kalau kita tak cuba kita tak boleh belajar dari kesilapan. Jadi kita belajar untuk gagal.