Buat salah, tak buat juga salah. Bila start kelas online ni, cikgu sudah mula stress dengan kerenah parent dan pentadbir. Apa tak nya, 40 orang murid sekelas kali 5 kelas kali 2 (ibu dan bapak) punya perangai nak layan.
Sebelum ni, ada parent perli-perli cikgu, untunglah cikgu… tak mengajar pun dapat gaji. Makan gaji haram la camtu. Sesedap mulut diorang mengata.
Sebenarnya masa mula-mula PKP dulu, sudah ada cikgu-cikgu buat kelas online secara sukarela. Kelas berjalan lancar. Sapa nak ikut, ikutlah. Sapa tak nak, memang tiada paksaan. Cikgu-cikgu pun faham masalah semua.
Tapi sejak awal minggu ni apabila KPM mengedarkan Garis Panduan Pelaksanaan PdP Semasa PKP, cikgu-cikgu mula mendapat tekanan daripada pentadbir untuk membuat PdP secara online. Daripada rasa seronok, sekarang dah rasa terbeban.
Kenapa terbeban? Sebab orang-orang yang memberi arahan tak pernah pun menjalankan kelas secara online. Tak faham rentaknya, tak faham caranya. Mereka ingat kelas online macam kelas konvesional. Cikgu cakap kat depan, murid-murid dengar dan buat kerja yang diberikan. Maka, jadual-jadual diedarkan kepada cikgu supaya dipatuhi.
Masalah mula timbul apabila ada parent tak cukup device nak beronline. Telefon cuma satu. Anak ada 4. Cuba bayangkan macam mana nak buat kelas online? Internet juga main peranan sekarang. Setakat 1GB sehari dan speed kejap macam siput kejap macam Sloth, sangat menyukarkan untuk sesi PdP.
Kemudian, acara membawang dikalangan cikgu dan dikalangan parent pun bermula. Ada segelintir cikgu tak faham situasi parent. Bila buat kelas, tak bagi kerjasama. Dah masuk dalam group whatsapp, dia left. Suruh install google meet, tak nak. Lalu dikatakan parent dan student tak nak bekerjasama. PdP GAGAL!
Parent pun tak lepas dari membawang. Kalau sebelum ni sesedap mulut kata cikgu makan gaji haram, sekarang mereka mengata cikgu buat kelas online tu semata-mata nak kata cikgu buat kerja la. Sudah!.. Kau nak apa Hanat? Cikgu macam tak faham-faham pulak. Henpon yang ada ni kami nak pakai buat layan fb tau tak. Bila ko dah suruh anak online, kami mak pak ni takkan nak belikan anak-anak sorang satu phone. Macam tu la parent punya bawangan.
Sebenarnya semua tak perlu nak stres. PdP secara online ni dulu cuma inisiatif cikgu nak bagi anak-anak murid supaya tak leka dengan layan astro 24jam. Ini cuma inisiatif cikgu untuk kurangkan stress parent nak kawal anak-anak yang dah macam gorila memekik setiap saat. Tiba-tiba macam ni pulak jadinya.
Masing-masing perlu berlapang dada. Cikgu ada tugas dia, dan parent ada tugas dia. Kalau ada masalah, bincang elok-elok. Jangan menjadikan dunia ini bertambah gawat dengan perangai pelik kita. Perangai biar matang. Kita kena pastikan anak-anak kita tak lupa yang mereka sedang belajar. Bukan dalam tempoh cuti yang sangat panjang.
Mungkin Online PdP masih belum biasa untuk kita. Nanti lama-lama akan biasa dan boleh terima la. Kena ingat, dunia dicipta bukan untuk memuaskan hati kita. Tapi kita yang kena menyesuaikan diri dengan situasi dunia masa kini.
Okey, please stay at home dan senyum-senyum selalu.
aziana says
cikgu, mak pun stress kat rumah suh anak buat kerja cikgu bagi melompat sana sini. Lari mengelat. tak taulah cam mana ni.
sunah sakura says
macam-macam jugak ya karenah ibu bapa musim pkp ni..agaknya semua pun stress asbab virus COVID-19 ni…huhu
semoga dipermudahkan urusan para guru..cepat2 lah semua ni berlalu…
Cikgu Hairul says
Insyallah. Aminnn