Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Kelebihan upload video di Facebook

Kelebihan upload video di Facebook

31 May 2011 by Cikgu Hairul

Banyak ruang dan tempat percuma dan berbayar untuk kita upload video yang kita hasilkan. Selain daripada yahoo dan google, tempat biasa kita upload video ialah youtube, vimeo, box dan facebook. Semua storan ini membenarkan kita untuk “menghoskan” video kita dan memaparkan di dalam blog.

Terdapat perbezaan ketara diantara semua penyedia perkhidmatan ini. Ada yang berbayar dan ada yang percuma. Masalah utama ialah dari segi masa. Kalau percuma biasanya tak boleh lebih 3 minit atau mungkin terhad kepada beberapa MB sahaja.

Sepanjang mengenali dunia video ini aku rasa facebook memberikan perkhidmatan terbaik setakat ni. Walaupun rata-rata kata youtube adalah yang terbaik tapi aku kata sebaliknya. Kelemahan ketara adalah masa video. Untuk mengupload video di youtube, video anda seharusnya kurang dari 10minit. Jika di facebook, anda boleh mengupload video sepanjang 20 minit.

Begitu juga dengan vimeo. Di sana kualiti mungkin lebih baik kerana ada menyediakan perkhidmatan membuat video secara online. Tetapi video yang dihasilkan mestilah kurang dari 3 minit. Ini adalah kelemahan ketara pada vimeo.

Dengan facebook ada kelebihan yang tiada pada penyedia lain iaitu viral. Lepas anda uploadkan video tersebut, semua kawan-kawan yang anda ada akan dapat menontonnya. Penyebarannya juga amat mudah berbanding dengan lain-lain penyedia perkhidmatan.

Ini adalah contoh video yang aku upload di facebook.

http://www.cikguhairul.com/wp-content/uploads/2011/05/2120406256715

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Amar says

    31 May 2011 at 21:19

    Jika muat naik ke FB, boleh tak orang yg tak ada kena mengena dengan kita jumpa dan tonton video tu? Senang jumpa tak kalau buat carian di google?

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      31 May 2011 at 22:33

      Yg tu kurang pasti la. Tapi kalau kita embed kat blog, sesiapa pun boleh view walaupun tak login fb.

      Reply
  2. aimannajmy says

    1 June 2011 at 00:33

    wah selama ni saya memang setia upload di youtube je hehe..dah lama tak try upload kat fb hehe, skang pun fb video dah leh embeded ek huhu baru tau hehe

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 June 2011 at 08:44

      cuba la upload kat fb. nanti leh share..

      Reply
  3. yusri says

    1 June 2011 at 01:41

    ohh macam tu…biasa upload video ke youtube,gambar biasa ke flickr,gambar untuk blog di photobucket, kalau malas tak upload2..haha

    Reply
  4. Zil-el-Saif @ The Encik Saif says

    1 June 2011 at 09:47

    bab paling malas sekali dalam blog ialah video la (“,). Blog saya takde satu pun video.. pasal kat kampung ni line tersngat slow…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 June 2011 at 11:55

      buat video ikut keperluan. kalau malas nak buat video, letak gambar pun ok.

      Reply
  5. Ayabizz says

    1 June 2011 at 14:26

    terima kasih untuk info ni..Aya kena cuba gak ni..:)

    Reply
  6. Acik says

    2 June 2011 at 14:26

    Ahaaa … time kasih kerana perkongsian ini. Memang membantu. thanks again! 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      2 June 2011 at 17:23

      Sama-sama. nanti kalau upload video leh la share2..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in