Tanggal 4 Dis 2010 semua rasa lega. Lega kerana dah tak perlu mengadap exam dan kelas di hujung minggu. Rata-rata kengkawan aku termasuklah aku merasa sayu. Tiba-tiba sayu sebab lepas ni semakin susah nak jumpa. Lepas ni dah tak ada lagi usikkan manja abg an kat fara, dah tak ada lagi gurauan kak ana ngan hani, dah tak ada lagi gelak ketawa dalam kelas… semuanya tinggal kenangan. Kenangan yang tak mungkin kami lupakan.
Dulu pernah juga aku belajar. Duduk bersama kawan-kawan dalam kelas. Tapi kenapa kelas SPH ni betul-betul meninggalkan kesan bila ada perpisahan? Dulu takder la pulak camni. Mungkin bila dah dewasa tu perhubungan sahabat terlalu akrab menyebabkan rasa benar-benar kehilangan. Nasib baik zaman sekarang ada Facebook, email, blog yang boleh menghubungkan kita semua. Harap-harap kita boleh berkumpul macam ni lagi sambil berkongsi cerita.
Lepas ni hujung minggu mesti masing-masing akan mengelupur keboringan. Nak buat apa yerk hujung minggu tanpa majlis ilmu? Mudah-mudahan selama 4 tahun hujung minggu kita dipenuhi dengan majlis ilmu memberi dorongan kepada kita untuk meneruskan aktiviti menimba ilmu. Ilmu yang dapat meningkatkan keimanan dan keyakinan kita hidup dimuka bumi ini.
Sahabat, kenangan indah bersamamu takkan ku lupakan…..
Leave a Reply