18600 kekosongan jawatan guru diumumkan oleh menteri pendidikan baru-baru ini. Banyak isu yang timbul bila pengambilan secara one-off ini dikatakan akan dibuka kepada semua pemegang ijazah.
Seperti biasa warganet akan berhujah laksana mereka pakar. Dalam banyak-banyak isu, aku nak sentuh bab Persaingan Yang Adil. Inilah yaang jarang orang pertimbangkan.
Menjadi adil dalam pemilihan guru kali sangatlah dituntut. Selama ini graduan pendidikan cuma mampu menelan air liur apabila guru interim, guru sandaran tidak terlatih (GSTT), cikgu KPLI dan guru ganti diserap masuk dalam perkhidmatan setelah didesak oleh situasi politik. Sedangkan beribu graduan ISMP dari universiti awam dan swasta tidak dijanjikan penempatan.
Kali ini biarlah 18702 guru diambil dari kalangan pemegang Ijazah Sarjanamuda Pendidikan. Biarkan graduan yang bukan dalam bidang pendidikan bersaing sesama mereka di dalam sektor yang tidak sama sekali majikan akan ambil graduan pendidikan.
Ada mulut puaka kata, graduan pendidikan ni takut untuk bersaing. Biarlah semua graduan sama-sama berebut untuk jadi guru. Kalau mereka layak, apa salahnya.
Netizen Malaysia
Oh! itu yang kau kata persaingan yang adil? Kau tahu tak, tiada satu pun bidang pekerjaan selain cikgu yang menerima graduan pendidikan untuk bekerja di tempat mereka? Kau pernah dengar Engineer di kilang datang dari graduan pendidikan pengkhususan mekanikal? Kau pernah dengar doktor diambil bekerja dari kalangan lepasan Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains? Tapi kau biasa dengar cikgu datang dari bidang kejuruteraan.
Aku taknak cerita apa subjek yang graduan pendidikan habiskan selama 4-5 tahun di universiti. Semua pun maklum silibus pendidikan mereka. Dengan latihan dan pendedahan kepada pengajaran dari tahun pertama lagi, maka layak la mereka diambil bekerja. Selama ini mungkin perjawatan ini nampak kurang penting. Tapi disebabkan pendemik yang berlaku, ada pihak yang telah mula buka mata tentang isu ini.
Jadi aku berharap sangat, dan aku percaya ramai bijak pandai di luar sana juga berharap agar pengambilan guru secara one-off kali ini hanya dari kalangan graduan pendidikan. Jika ada kekurangan, barulah calon dari bidang lain diambil. Itu pun perlu melalui latihan semula seperti untuk mendapatkan kelayakkan ikhtisas pendidikan kerana bidang ini bukanlah satu bidang yang boleh ambil orang sebarangan.
ahmadyani says
Adik saya ada menjadi guru, tapi dia bukan graduan pendidikan. Ada ijazah seni dari UiTM. 4-5 tahun baru menganggur baru jadi guru. Itu pun tidak sangka dapat jadi guru sebab bukan graduan pendidikan. Itu rezeki dia.
Tapi sokong yang guru mestilah dari lulusan perguruan. Kalau guru ambil merata, apa gunanya kerajaan wujudkan pusat pendidikan unuk melatih guru ni.
Cikgu Hairul says
Di IPG atau IPTA tiada lagi pengajian pendidikan bidang seni. Kalau ada pun cuma elektif. Saya pun setuju kalau cikgu bidang seni atau apa-apa saja bidang yang tiada ditawarkan di ipg atau ipta jadi cikgu. Cuma masa di sekolah tu nanti akan ada sedikit penyesuaian dengan silibus. Mungkin di UiTM tak belajar secara spesefik apa yang ada dalam silibus sekolah. Dengan latihan, insyallah dia akan layak jua mengajar. Kalau ikutkan, kaedah mengajar ni jika diajarkan secara insentif, tak lama pun. 9 bulan insyallah dah kompetent untuk mengajar.
MOHD SUHAIMI BIN SEMSUNUDIN says
Boleh ke nak sambung belajar perubatan@pharmacy …kalau xde spm ,laluan apa patut untuk capai cita cita dan ingin bantu masyarakat…saya cadangkan program belajar kepada yang gagal ingin bangkit semasa kini….
Cikgu Hairul says
Rasanya tanpa SPM tak nampak jalan untuk sambung belajar perubatan. Tapi kalau bidang lain tu, tanpa SPM memang banyak ruang dan peluang terutama dalam bidang kemahiran. Itu pun boleh bantu masyarakat juga. Sekarang bidang kemahiran atau TVET juga banyak yang dah diiktiraf oleh MQA. Nak sambung ke peringkat lebih tinggi pun boleh.