Haii.. pernah tak korang ditanya pasal keikhlasan dalam berkawan? Tiba-tiba ada yang tanya kita, adakah kita berlaku jujur dengannya. Kita ikhlas berkawan dengan sesiapa pun. Tak ada udang di sebalik mee bandung tau. Cerita ni adalah kisah persahabatan di dalam facebook.
Sahabat dalam facebook takde la ramai sangat. Kita bersosial dalam talian. Sikap jujur mesti ada. Kalau tiada kejujuran maka jadilah macam-macam perkara yang tak diingini macam penceraian, rogol dalam rela, cinta lama bertaut kembali dan macam-macam lagi.
Tersangatlah pelik bila ada yang beriya-iya tanya, “wife, isteri, tunang, makwe awak tak marah ke awak berfacebook dengan saya ni?” Please la.. bukan ko sorang je yang aku layan dalam facebook ni. Semua kengkawan dalam facebook aku layan sama rata.
Aku tak bersosial untuk merogol orang, aku tak bersosial sebab nak mengorat orang, aku bersosial bukan nak mencari isteri lagi. Aku bersosial untuk menambah kawan. Tapi kenapa curiga dalam membina hubungan kawan? Tak payah la persoalkan ada yang nak marah ke tidak. Berkawan je la selagi mana ianya tidak melanggar batasan agama.
Kisah seterusnya persahabatan dalam facebook. Masa kita click request untuk bersahabat dengan sesiapa saja dalam facebook tu dah tentu semuanya kita tak kenal. Sebabnya tujuan facebook ni untuk bersosial dan menambah kawan. Jadi kalau dah kenal eloklah kita bersosial secara nyata. Nak bersosial di alam maya buat apa lagi kan?
Persoalannya kenapa ada lagi yang siap hantar massage tanya “awak kenal saya ke? Kalau tak kenal taknak approve”. So apa guna korang berfacebook? Kalau setakat nak add kengkawan dalam office je baik tak payah. Nak approve jadi kawan pun berkira. Masih ada sifat curiga dalam berkawan.
Aku tak kesah kalau kengkawan dalam facebook curiga akan aku. Curiga akan keikhlasan aku dalam mengadd kalian. Kot ada yang perasan yang aku ni nak ngorat ke, aku taknak ambik tau. Tegur menegur pun kalau nampak tak kenal haram nak berjawab. AKu tak kesah semua tu. Tengoklah pada niat masing-masing. Kalau rasa nak tegur kawan yang dikenali je dalam facebook tu baik tutup je account. Buat group tertutup dalam akaun yahoogroups ke. Takde sesiapa nak add kamu.
Yes memang kita kena memilih kawan. Kena curiga dengan persahabatan. Takut tertipu dengan janji manis sahabat maya. Tapi jangan sampai la dah add dan approve baru nak tanya menda-menda semua tu. Kalau taknak accept biar ignore je request tu dari awal. Takde la kita terasa hati atau sakit hati.
Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan
Leave a Reply