Alhamdulillah hari ini masuk fasa terakhir berpuasa. Menanti debaran lailatulkadar yang entah bila akan tiba. Semua umat Islam yang beriman pastinya akan menantikan malam yang lebih baik dari malam seribu bulan itu.
Sepanjang berpuasa apakah yang kita rasakan? Adakah perubahan pada tubuh badan kita? Makin kuruskah, makin gemukkah. atau makin lemah longlai? Semua perubahan pada diri akan berlaku bila kita mula berubah cara hidup.
Ada yang pelik kenapa dah berpuasa 20 hari tapi masih tak turun berat badan. Makin naik ada la. Orang yang dulunya sihat, tiba hari ke 20 mula sakit-sakit. Adakah berpuasa memudaratkan? Pastinya tidak. Ramai saintis barat dah buat kajian yang berpuasa ini akan menyihatkan badan. Tapi kita sebaliknya. Di bawah ini dinyatakan beberapa amalan yang menyebabkan berat badan kita tak turun walaupun dah berpuasa.
- Cara pemakanan salah.
Salahnya kita apabila tiba bulan Ramadhan adalah serbu bazar. Pembaziran berlaku apabila kita melayan nafsu. Nafsu yang sepatutnya dikurung kita suburkan di waktu berbuka. Kita berbuka sampai tersandar. Perut yang penuh akan merangsang kita untuk menjadi malas.Begitu juga waktu malam kita penuhi dengan makan. Macam-macam kita makan lepas berbuka sampai lupa solat terawih. Lagi parah bila lepas makan tidur sampai pagi. Waktu sahur pulak makan macam orang kebulur. Macam-macam lauk ada. Lepas sahur pulak tidur. Macam mana berat badan tu nak turun. - Banyak tidur.
Ini lagi satu tabiat buruk kita semasa bulan puasa. Pantang ada waktu terluang mesti nak tidur. Sambil kerja pun boleh tidur. Lepas sahur tidur, lepas buka tidur, waktu rehat tengahari tidur.. tak habis-habis tidur. Kan elok waktu terluang tu baca alQuran. Tidur ni akan jadikan kita bertambah penyakit. Kalau banyak tidur, percayalah kita masih rasa mengantuk. Itulah penyakit tidur namanya. - Kurang aktiviti.
Bila tiba bulan Ramadhan je, semua aktiviti riadah beku. Hujung minggu yang biasanya kita jogging akan dipenuhi dengan aktiviti tidur dan berehat. Pengurangan aktiviti hidup hampir 50% akan menyebabkan kita naik lemak. Naik lemak bermakna kita bertambah berat. Keluar office pun awal masa bulan Ramadahan ni kan. Nampak sangat bulan Ramadhan ni mengurangkan produktiviti kita.
titan says
hoho..lebih ramai jadi gemuk berbanding yang berisi.. 🙂
Cikgu Hairul says
Banyak makan & Banyak tidur = gemuk dan berisi.. ehehhe
Sobri Mansor says
Setuju sangat. Berpuasa bukan halangan untuk kita teruskan aktiviti harian. Kalau asyik tido sahaja, semua benda tak masuk. Berat badan kompom la naik sebab tido sahaja.
Cikgu Hairul says
Boleh batal puasa kalau tidur telebih ni.
Pacifista says
entri ni macam untuk aku je.huhu…
Amar says
Berpuasa tu cuma jasad yang tahan makan. Ruh terus makan selamber jer (zikir). Kalau dua-dua (jasad dan ruh) tahan makan… Nasik tak makan, zikir pun idak… Memang lembik cam sotong ler sepanjang berpuasa.