“Haris, kenapa bising-bising kat belakang tu?”
“Leman ni cikgu, taknak tolong saya buat kerja.” Jawab Haris.
“Leman, apa yang Haris mintak tolong tu?”
“Dia suruh saya siapkan kerja yang cikgu bagi tadi.” Leman tunduk sambil matanya berair.
“Haris! Kerja awak, awaklah kena buat. Kenapa awak suruh kawan awak buat? Dah, pegi siapkan kerja awak”. Panas hati je tengok perangai mereka.
Haris bangun dan bertanya, “Cikgu, kenapa dia tak boleh tolong saya? Kerja dia dah siap, apa salahnya dia tolong saya? Nanti saya berilah dia upah.”
“Amboi banyak cantik. Kerja tu kerja awak, takkan nak suruh kawan awak siapkan. Kalau tolong ajar mana yang awak tak faham tu boleh la. Tapi ni awak suruh kawan awak buatkan kerja rumah tu. Itu dah menipu diri sendiri dan menipu cikgu.” Tiba-tiba darah terasa naik ke muka.
Inilah ragam murid zaman sekarang. Sampaikan kerja dalam kelas pun nak upah kawan buat. Mungkin di rumah atau persekitarannya membentuk peribadinya menjadi insan seperti itu.
Apa yang cikgu mampu buat? Paksa murid siapkan kerja di sekolah? Haram nak buat. Kalau disuruh bawak balik, sure ada kawannya yang akan jadi mangsa dan buruh paksa.
Fadhil says
Budak-budak sekarang dah terlebih pandai. macam – macam ragam sekarang ni.
Amran says
Hasil didikan ibu bapa juga..
titan says
pernah gak jumpa macam ni..
aku cakap..kalau kawan suruh minta tolong, lain kali minta upah RM100 untuk 1 kerja.
Terus..sampai hari ini..semua buat kerja sendiri. haha..
Amran says
Idea yang baik juga ni. Tapi kalau dia bagitau mak bapak dia, tak ke masuk suratkaba nanti.. hahahaha
onlajer says
pergh budak – budak rajin boleh buat bisnes nih , oppsss.
Amran says
Hahahah.. nak bisnes sila berenti sekolah. wahaha
Izzuddin Fauzi says
Mak ai… Kecik2 dah pandai mengupah2… -_-
Amran says
ramai yang macam tu. sampai nak menulis pun malas. dah diajar camtu, nak wat camna.
smbotak says
Bahaya ni, bila dah besar, jadi kontraktor ali baba! Hehehee…
Amran says
Yup.. kecik2 kita dah nampak dah apa dia nak jadi besar nanti.. Biasanya perangai seseorang tu susah nak diubah. Cuba tengok kengkawan sekolah rendah dulu. Sekarang ni sedikit sebanyak mesti ada persamaan perangai. Betul tak?
kakiblog says
sekarang dah dunia materialistik…semua perkara perlukan upah!
Amran says
Upah pun biarlah pada benda yang masuk akal.
zik says
dekat universiti pun ada gak.. buatkan assignment upah… secara online tuh pun ada …
Amran says
Yang tu saya pun pernah jumpa. Buat tesis pun dah ramai yang outsource sekarang ni. Kesian masa viva.. terkulat2 nak menjawab. Rupanya lecturer pun dapat bau kalau kita upah orang ni..
ema says
selalu pesan kat anak-anak utuk siapkan kerja sekolah di rumah…