Pernah tak nampak fanpage yang kita letak di blog kita tak muncul? Apa yang keluar cuma macam gambar di atas tu. Untuk nampak gambar kawan-kawan yang like di blog tu kita kena login facebook dulu. Abistu kalau kita tak ada akaun facebook macam mana. Buat rugi je upah orang manage fanpage bayo mahal. Tak dapat mempromosikan fanpage yang dibuat dengan harga mahal tuh. Lagi parah bila keluar cuma kata-kata fanpage restricted or unavalable macam yang pernah saya kena dulu.
Kalau kita klik Facebook Public Profile tu pun tak akan muncul juga. Lagi sedih bila kita masukkan alamat fanpage tu pun dia tak akan muncul. Maknanya kalau kita ada sebuah fanpage dengan alamat http://www.facebook.com/KHAIRULAMRAN dan dipasang di blog, bila gambar di atas tu keluar, fanpage kita takkan muncul. Kenapa? Hahaha.. ada satu seting kat fanpage tu kita dah lupa buang. Saya pernah kena macam tu. Alhamdulillah setelah digodek-godek dapatlah mewujudkannya semula. Tapi sekarang dah tak letak fanpage kat blog. Merajuk dengan facebook..
Caranya mudah je.
Login facebook dan bukak fanpage yang berkaitan. Sila cari butang edit page dan klik untuk mengedit.
Pada menu di sebelah kiri cari manage permission. Pada bahagian yang saya bulatkan warna merah tu sila kosongkan. Kalau diletakkan nama negara, facebook akan memastikan kita dari negara mana dulu untuk dimunculkan fanpagenya. Sebab tu la keluar paparan login to see this content.
Senang je kan? Lepas ni boleh mencuba sehingga berjaya.
terima kasih info yg msh rmai yg x sedar… haha..
Banyak gak blog yg saya terjah jadi camtu. Dapat berkongsi info sikit-sikit ni jadilah kan..
fan page ni dah macam 1 kewajipan dah sekarang
betul tu.. tapi saya macam tak mampu nak pasang lagi je.. heheheh
ooo…mcm tu rupanya..ptut la ade fanpage yg tak kluar..ingt kot dia lambat load ke..ape ke.. emmm…btul ke ade sesetgh org ckap ini akn mmberatkan blog kite..? any amswer…
kadang-kadang kita tak perasan pun benda ni jadi. sebabnya kita bukak blog masa tengah online fb. kalau offline fb baru la tak keluar.
yang tu saya kurang pasti la. saya pun pernah dengar orang kata camtu. masa saya pasang dan masa tak pasang loading sama je.
masa mula2 terkena dulu, tertanya-tanya juga knp jd mcm tu.. cek punya cek, rupanya sbb set country restriction tu.. yer la, masa mula2 taknak bg indonesian like takut fan page kena hack.. tp fikir balik, kalau mcm tu je manjang, smpai bila fans nak bertambah.. last2, kuatkan pswd dan open utk semua.. huhu.. anyway, perkongsian bijak 🙂
ramai lagi yang belum perasan benda ni. sebab banyak juga blog yang saya masuk jadi camni.