Filem kita semakin carca marba, merapu, mengarut dan tak berkualiti. Itu kata orang. Ramai yang marah dan beremosi bila karyawan kita menonjolkan cerita-cerita sebegitu. Macam sekarang, dari cerita gangsterisma, khurafat, cintan cintun, sex 18 SX dan macam-macam lagi. Alasan yang diberikan oleh penerbit ialah mendidik masyarakat. Sejauh mana nak mendidik aku kurang pasti.
Bila ada kontervesi penayangan filem, semua orang bukak mata. Namawee yang hina Islam tu pun bila buat filem semua orang bukak mata. Ada yang mengeji, ada yang menghina, ada yang menyokong. Agamawan, ahli politik termasuklah mantan PM kita juga menyuarakan kebimbangan mereka terhadapa pengeluaran filem-filem ini.
Dari satu sudut, pendidikan sebegitu tidak kena. Matlamat tidak menghalalkan cara. Adegan ganas, kasar, seram dan berunsur tahyul sememangnya salah. Kalau ditonjolkan akan menjadi ikutan. Tengok jer filem-filem yang ada, dari awal sampai akhir berapa peratus unsur kejahatan ditonjolkan. Biasanya unsur jahat itu sendiri menguasai filem. Yang jahat-jahat digambarkan sebagai hero dan selesa. Untuk beroleh kesenangan watak jahatlah pilihannya. Cuma pengajaran atau heppi endingnya tak sampai 20%. Mana mungkin filem sebegitu dapat mendidik masyarakat. Malahan ianya akan menjadi ikutan. Contohnya memang terbukti dalam cerita aku yang lepas “Ustazah, Juboq tu apa?”.
Bagi yang melenting tak pasal-pasal cuba fikir di sebalik penerbitan filem tersebut. Kita marah dengan penerbit sebab apa? Adakah kita malu atau tak mahu terima hakikat? Sebenarnya kita malu dan tak boleh terima hakikat bahawa masyarakat kita telah jauh tersasar. “Filem Kita Cermin Kita”. Takkan semua cerita-cerita yang pengarah buat tu hanya imaginasi? Sebenarnya itulah cermin masyarakat kita. Amalah tahyul dan khurafat…ada, gangsterisma…ada, sumbang mahram…ada, bersekududukan… ada, pendek kata apa yang dipaparkan dalam filem tu semuanya masyarakat kita ada buat. Sooo adakah kita malu?
Kenapa kita tak berfikir semula? Apa salah silap masyarakat kita sampai jadi macam ni? Apa kita dah buat sampai masyarakat kita jadi macam ni? Muhasabahlah diri supaya apa yang ditonjolkan dalam filem itu dapat kita ubah semula. Seluruh masyarakat kena berubah. Jangan saling menyalahkan pihak lain diatas kegagalan institusi masyarakat kita. Masyarakat kita, tanggungjawab kita.
Aku teringat kesah pengharaman lagu “Warisan” satu masa dulu. Disebabkan terkena kat batang hidung sesetengah pihak, maka diharamkan lagu tersebut. Silapnya kita tak mahu berfikir. Cuma nak menyembunyikan kesilapan sendiri sampailah mati tanpa berubah.
Hayatilah bait-bait lagu ini agar kita berfikir.
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orangNenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zamanIndahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiriJangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantaraKita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia
Pacifista says
aku suka lagu tu.lagu masa zaman kanak2 tu 😀
Cikgu Hairul says
Lagu masa pengakap dulu. Nyanyi dgn penuh semangat. Cuma tak tau maksud tersirat je..
titan says
lagu warisan tu memang kena dengan batang hidup diorang. tu yang diorang haramkan lagu tu..
Cikgu Hairul says
Taknak terima hakikat pun susah juga.
Amar says
Remeh Temeh (Pak Pandir), Aku Bukan Musuh Harta (Kopratasa), Angguk Angguk Geleng Geleng (Ahli Fiqir).
Dulu masa Hellboy nak tayang di Malaysia, kena tukar tajuk jadi Super Sapien. Hellboy 2 tak perlu tukar, boleh jer guna Hellboy. Orang yg menapis dah tak sensitif. Dia sendiri dah terpengaruh.
Cikgu Hairul says
Antara lagu-lagu yang disenyapkan. Takut terima hakikat.
apaajanews says
berbaik berpada pada buat jahat jangan sekali….
Cikgu Hairul says
like..