Kenapa ye kita perlu shopping raya? Asal raya je mesti nak shopping. Beli baju baru, songkok baru, kasut baru, langsir baru, cat rumah baru, pendek kata semuanya serba baru la.
Mungkin kita salah faham dengan Hadith Nabi yang menyuruh kita memakai pakaian cantik masa menyambut Aidilfitri. Pakaian cantik tak semestinya yang baru. Tak semestinya juga yang baru itu cantik. Setuju tak?
Budaya shopping raya ni cuma kat negara kita je. Cuba tengok kat negara lain, ada diorang shopping sakan masa musim perayaan? Ada, tapi tak sehebat kita. Di Malaysia ni dah macam satu kewajipan pulak menukar semuanya serba baru bila tiba hari raya.
Sebenarnya budaya ni bermula sejak ratusan tahun dulu. Masa tu tok nenek kita tak la sesenang kita. Mereka membeli atau membuat baju setahun sekali. Baju yang ada tu dipakai la sampai lusuh. Tahun depan buat baru. Itu yang sebenarnya. Tak macam kita.
Zaman sekarang ni, kita beli baju baru setiap bulan. Pantang dapat duit gaji je mesti beli baju baru. Jadi masa raya ni, tak perlu kot nak shopping lagi. Cukup la baju yang dah ada. Ingat pesan Nabi, pakai yang cantik diantara baju-baju cantik yang kita ada. Usah membazir.
Jadi apa perlunya shopping raya? Ada yang kata taknak masa ni ada SALE. Eh, Merdeka pun ada SALE apa. Awal tahun pun ada SALE apa. Beli la pada waktu tu.
Apa yang menjadi isu sekarang ni, shopping raya tak menepati tuntutan Ramadhan. Kita kan nak rebut Malam al Qadar. Kita kan nak rebut sebanyak-banyak ganjaran dari Allah. Kalau kita sibuk mengejar SALE di Sogo, rugi la. Rugi sangat-sangat.
Saya tak halang, cuma nak ingatkan diri sendiri jugak. Kadang-kadang kita ni lalai dari tugas sebenar kita sebagai orang Islam. Nak dapat redha Allah, tapi akhirnya dapat murka Allah. Oklah.. selamat beramal wahai sahabat. Tingkatkan ibadah, kurangkan juadah.. Cheowww..
perempuan biasa suka shopping giler2 dekat raya nih, laki boleh tahan skit la.
ish.. marah orang pompuan kang..hehehe
Peringatan untuk yang selalu lupa ni.. 😀
untuk diri sendiri jugk bro. kita kan manusia, selalu je lupa
Hehe saya suka tengok kemeriahan hari raya.. tapi tak suka tengok orang beli berlebihan dan membazir.. Cukup syarat pun dah kira ok..
selagi masih ada yang cantik dan boleh pakai, saya suka pakai yang lama. 2 tahun sekali mungkin ok la kalau nak tukar pun.
Semoga kita semua tidak terus alpha….
shopping online je la..senang..terus ke pintu…hehehe
Shopping online lg bahaya. Duit mengalir tanpa batas.. hehe
shopping pun tak lagi nie, bila pun aku tak tahu lagi..
Sabtu ahad ni pun masih sempat.
Tak beli sangat yg penting budak2 je…
saya palng jarang beli baju untuk diri sendiri.. tak reti la nak shopping.. beli jika dah tak muat je..
ala kadar jer berbelanja…..
Setuju 100%. Terima kasih berikan peringatan !
gua baru teman mak gua pergi membeli belah. Hadap ajelah. haha..
Anak emak.. layankan je.
Dah igt2 lupa isu nie… terima kasih kerana
kembalikan kenangan saya dalam hal nie .. 🙂