1. Sebab iOS. Sistem Pengoperasian iPhone direka untuk menyokong beberapa generasi sebelumnya. iOS 13.2.3 yang terkini (2019) masih menyokong iPhone 6s (2015).
2. Bagi yang beruang (ber-wang) boleh dapatkan iPhone terbaru iPhone 11 Pro Max dan dijangka iOS-nya boleh ditingkatkan lagi sehingga 2023.
3. Bagi yang bukan beruang (ber-wang tapi ciput) boleh dapatkan iPhone 6s dan masih berpeluang up-to-date dengan iOS 13.2.3.
4. AppleID dalam iPhone membolehkan ia dikunci terus sekiranya hilang atau dicuri orang. Data yang tertinggal dalam iPhone bukan mudah diambil orang. Jangan lupa password sendiri. iOS 13.2.3 membolehkan kedudukan iPhone dikesan walaupun tiada sambungan Wi-Fi dan Simcard.
5. Pengguna iPhone tak perlu terkejar-kejar dengan teknologi terkini. Ketika Apple pasarkan iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max; iPhone 8 masih juga dijual. Dan iPhone 8 tidaklah ketinggalan dari iOS 13 yang digunakan dalam iPhone 11. Banyak teknologi terkini diperkenalkan dalam Android Phone, dan lewat selepas itu diperkemas dalam versi iPhone.
6. Kena ada iPhone kalau nak guna Apple Watch. Minimum untuk Apple Watch Series 5 ialah iPhone 6s.
Leave a Reply