Kompleks Keramat Mall yang dibina bagi mengantikan Pasar Keramat yang telah uzur kini telah siap. Setelah pembinaannya terbengkalai selama beberapa tahun kini ia siap sedia untuk digunakan. Kompleks ini menempatkan medan selera, pasar basah dan kering, kedai serbaneka serta dewan serbaguna. Macam-macam konterevesi timbul sewaktu pembinaannya. Sehingga menteri-menteri juga masuk campur dalam kemelut antara pihak DBKL dan peniaga Pasar Keramat.
Setelah dibuka awal bulan ini, masih juga keadaannya seperti ini. Kosong tak berpenghuni. Yang ada pun cuma beberapa kedai baju dan beberapa kedai aksesori. Kedai makan ada juga buka. Mungkin masih buat persediaan nak pindah. Pasar Keramat yang asal pun masih beroperasi. Tak tau bila akan pindah sepenuhnya.
Walaupun peniaga masih belum berpindah sepenuhnya, dewan serbaguna kompleks keramat mall telah beroperasi. Dua minggu aku tengok orang buat majlis perkahwinan di sini. Harap-harap apabila tempat parking percuma dan peniaga dah siap pindah ia akan memberikan nafas baru kepada Pasar Keramat. Keramat Mall yang baru ni diharapkan lebih bersih dan terjaga. Takde la nanti orang gelarkan pasar tikus.
titan says
emm..jauh benar dengan tempat aku. so..tak leh la melawat. heehe..
Pacifista says
cuba jusco yang baru bukak,confirm ramai yang dah terjah ๐
Cikgu Hairul says
Mungkin nanti kalau dah siap, ramai juga macam jusco.. Mungkinkah? Hehehe
Oh! budu says
ruginyer… ๐
Cikgu Hairul says
Macam2 kerenah bro..
syahrilhafiz says
tempat dah cantik dah
sayang la kalau tak dak orang..hmm
sollehahn says
bangunan lawa..tapi sayang kalau xde org
ohcikgu says
tak buat promosi ni. tu yang tak ramai orang tahu.
pak aji says
Yg tak nak pindah ialah penjaja pasar basah. Menteri dan datuk bandar takut dgn mereka. Saya cadangkan Keramat Mall dijadikan Hub Pasar Tani atau diberikan kpd Maideen untuk dijadikan kedai satu malaysia atau suruh datuk Jamal bukan pasar ikan 1 malaysia disana.
Cikgu Hairul says
Pasar ikan dah dibuka di setiawangsa..
wandisini says
dah ada tempat cantik pun tak nak pindah. ni musti mahukan sesuatu. atau munkin tempat yang dibina kurang sesuai. tapi macam mana nak puaskan hati semua orang kan? pembeli mahukan tempat yang selesa, peniaga mahukan ruang niaga yang luas lak
Cikgu Hairul says
Ada dengar cita.. Tokei2 yang mengalibabakan perniagaan tu yang tak mau pindah. Bayangkanlah satu stall di tempat lama disewakan dengan harga sampai RM3000. Kalau 5-6 stall dah berapa kan. Di tempat baru cuma dapat satu stall je untuk satu nama. Fuhhhh mana tak hangin.
pak aji says
kalau dipasar keramat mereka ada 2 atau 3 lot – dikeramat mall juga mereka dapat jumlah yg sama. Ada juga yg melobi DBKL jika ada lot kosong. Tapi mereka ini tak mahu pindah dan tidak mahu DBKL beri kpd orang lain. Mereka yg menyewa dari tokei-tokei tidak dpt lot dikeramat mall. Kesian DBKL kerana tidak mampu memindahkan peniaga pasar keramat.
Wawa says
Seram sya dgr nma tu.. hahah.. Ingat’n citer antu td..
Cikgu Hairul says
hahaha ๐