Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Keretaku Nyaris Dihempap Pokok

Keretaku Nyaris Dihempap Pokok

4 May 2011 by Cikgu Hairul



Keretaku Nyaris Dihempap Pokok, originally uploaded by KHAIRUL AMRAN.

Dah seminggu hujan turun kat KL ni. Kalau tak pagi, ujan petang. Kalau tak petang, ujan malam pulak. Sana sini jem bila hujan. Lagi parah kawasan berbukit tanahnya jadi longgar. Banyak pokok menyembah bumi.

Kawasan rumah aku dah dua hari berturut-turut ada pokok tumbang menimpa parking. Mula-mula tu kat parking kereta jiran aku. Tapi tak ada kecederaan atau kemusnahan kereta. Cuma bumbung parking je yang ranap.

Malam tadi sekitar jam 3pagi, masa aku balik kerja, aku tengok lain macam je tempat parking aku. Ada pokok tumbang. Cepat-cepat aku menarik nafas lega bila tak ada apa-apa kemusnahan harta benda.

Oh terima kasih Ya Allah kerana menyelamatkan aku. Sipi-sipi pokok tu nak kena bumbung.

Semua penduduk kat sini mula gusar. Banyak lagi pokok tinggi di belakang bukit sana. Bila-bila masa je boleh tumbang. Apa je yang boleh dibuat kecuali berdoa. Letak keta jauh dari pokok. Tapi sampai bila?

Filed Under: Dari Hati

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in