Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Kerja Lepas SPM

Kerja Lepas SPM

30 November 2012 by Cikgu Hairul

Semalam secara rasminya SPM dah berakhir. Lepasan SPM nak buat apa? Ada yang terus nak bekerja. Tak tunggu tahun depan, lepas habis periksa semalam, terus keluar dengan kawan-kawan untuk cari kerja.

Macam saya dulu, lepas je habis SPM terus kerja kilang. Kat KL mana nak cari kilang kan? Kecualilah duduk dekat-dekat dengan kawasan perindustrian.

Kerja lepas SPM : Boleh ke?

Ketahuilah hakikat sekarang zaman susah nak cari kerja. Orang yang betul-betul ada komitmen dan nampak kematangannya je akan dapat merebut peluang pekerjaan yang ada.

Kebanyakkan syarikat susah nak ambil lepasan SPM untuk bekerja. Lebih-lebih lagi kerja yang memerlukan komitmen tinggi. Jadi carilah kerja-kerja sementara macam di KfC, pasaraya, kedai-kedai di pasaraya atau kat gerai-gerai makan.

Pengalaman saya tahun lepas, anak saudara saya yang baru lepas SPM tidak diterima bekerja di beberapa tempat atas alasan tak cukup umur. Ini juga satu isu. Majikan sekarang agak takut untuk mengambil pekerja tak cukup umur 18 tahun bekerja kerana itu menjadi kesalahan besar.

Kerja lepas SPM : Bisnes minded!

Waktu inilah nak tambah pengalaman. Jadi usahawan dengan mengaplikasikan semua yang telah dipelajari selama 5 tahun. Kat sekolah kan ada belajar pasal keusahawanan. Buka minda sikit untuk meneruskan kehidupan. Belajar berdikari dan berusaha untuk tidak menyusahkan mak bapak.

Siapa yang ada komputer, boleh mulakan bisnes kecil-kecilan secara online. Carilah barangan yang tak guna lagi di rumah, masukkan di laman ebay, lelong atau mudah. Jangan jual barangan yang masih digunakan sudah lah.

Bila dah ada pembeli, gunakan duit yang ada untuk buat modal. Pilih satu barang yang kita nak jual, cari supplier dan jual di internet.

Kenapa kerja sendiri?

Macam yang saya cakap, banyak majikan tak nak ambik lepasan SPM bekerja atas sebab-sebab undang-undang dan macam-macam kerenah lagi. Jadikan kelemahan ini sebagai kekuatan untuk kita membina empayar perniagaan.

Terdapat ramai mentor yang boleh kita contohi. Cari je di google. Tak kurang dari 50 orang bersedia menjadi mentor kejayaan.

Dah.. cepat cari kerja. Jangan tunggu sampai esok. Cari idea nak kerja apa dan buat tindakan. Keputusan SPM lama lagi nak keluar. Sempat sebulan dua kerja tak kiralah kuli atau kerja sendiri dah cukup bagus. Sekurang-kurangnya dapat menampung beli topup handset korang.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Leeza Dayasari says

    30 November 2012 at 18:56

    dulu lepas spm … leeza kerja gsc jew…..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      30 November 2012 at 21:15

      Mesti pengalaman kerja kali pertama tu sangat bermakna kan.

      Reply
  2. SamDaddyCool says

    30 November 2012 at 20:44

    Seeloknya ibu bapa, abang atau kakak, bimbinglah lepasan SPM ni. Bagi tips, nasihat atau panduan. Maklumlah masing-masing baru nak kenal hidup. Tak ramai yang dah matang. Pengaruh rakan sebaya memang kuat pada ketika ni.

    Reply
  3. donnyien says

    30 November 2012 at 21:13

    hai cikgu,

    saya dulu terus bekerja selepas tamat SPM, mengurangkan beban keluarga.. terima kasih perkongsian ini..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      30 November 2012 at 21:15

      Samalah kita. Saya dtg dari keluarga susah. Jadi kena kerja juga sebab cita-cita nak masuk universiti.

      Reply
  4. Fahmi Raazali says

    30 November 2012 at 21:24

    Cari kerja sementara menunggu keputusan spm merupakan satu langkah bijak. Dapat juga menambah pengalaman dan jika bekerja di tempat yang betul, pengalaman yang diperolah boleh membantu kita membuat keputusan pilihan kerjaya di masa hadapan.

    Reply
  5. BUATBEST ? says

    30 November 2012 at 22:11

    Lepas habis spm memang elok bt bisnes sambilan..sekurang2nya dapat menampung kehidupan seharian sebelum membuat keputusan seterusnya..tapi memang betul, pengalaman selepas spm mengajar erti hidup yang sebenar kan..

    `

    Reply
  6. TehR says

    1 December 2012 at 00:07

    kerja sementara tunggu keputusan keluar
    aku dulu pun kerja kat kilang kain batik
    upah murah pun ok je asal saja dapat pengalaman yang mahal

    Reply
  7. Zulhilmi Zainudin says

    1 December 2012 at 23:12

    Sekarang ada macam-macam peluang untuk bisnes di internet. Yang belum tamat sekolah pun sudah boleh mula. Saya ingat lagi ketika saya di sekolah menengah, saya mula terima job untuk servis graphic design pada usia 15 tahun.

    Bermula dari hasil pertama, saya teruskan usaha sehingga sekarang. Alhamdulillah, belanja universiti sedikit sebanyak ditampung daripada hasil kerja ‘depan komputer’ ini. 🙂

    Reply
  8. Ibu Mifzal Arsyad says

    2 December 2012 at 08:42

    eh dah abih ke SPM..? sekejapan je..

    sy lepas SPM x de kerja pun..lepak kat rumah je..hehe

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      5 December 2012 at 07:32

      belum lagi.. ada sesetengah beberapa subjek je belum habis.

      Reply
  9. Jebeng Otaiâ„¢ says

    2 December 2012 at 14:10

    bg lahir yg bulan satu mungkin x dak masalah utk bekerja..sbb dh cukup umur awal tahun depan…tp rasanya kerja stesen minyak pon dah kira ok dah..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      5 December 2012 at 07:30

      Kat stesen minyak banyak benda boleh belajar. Paling penting ialah hilangkan sifat malu berurusan dengan pelanggan. Kalau ada keyakinan jumpa dengan orang, dah masuk u nanti takde masalah nak buat presantation. Aset berguna tu.

      Reply
  10. latif says

    3 December 2012 at 16:28

    salam semua pada sahabat2 yg budiman saye mohon pertolongan utk meneruskan dlm contest iphone 5 bersama denaihati oleh itu mohon utk memberi undian di laman web denaihati ataupun klik di link saye undilah saye heeeeeeeee

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      5 December 2012 at 07:28

      insyallah

      Reply
  11. Aree says

    3 December 2012 at 16:54

    Topik yang cukup bagus dengan idea yang mantap…peranan yang perlu ada dalam setiap ibubapa untuk menjadikan anak apa sahaja..dan cuba hilangkan di dalam minda bila dapat segulung ijazah nak makan gaji…sikap yang tidak perlu ada….adalah lebih baik buat perniagaan sendiri…

    Walaupun kecil tapi lebih baik dari nak mengharap pada orang lain..insyallah akan berjaya kalau lakukan bersungguh-sungguh…

    Reply
  12. Achik Ezz says

    3 December 2012 at 17:19

    Dulu lepas habis spm saya ambil kelas kompiter. ye la, dulu kat rumah mana ada kompiter…memang buta IT. Nak keje mak ayah tak galakkan lagi. Katanya, takut kalau dah biasa pegang duit sendiri, nanti kurang minat nak sambung belajar.. Memang ada betulnya. Anak yang taat,ikut je la nasihat mak ayah..alhamdulillah, berkat taat mak ayah, senang jugak..syukur.

    Reply
  13. wanayu says

    3 December 2012 at 23:50

    bagus juga bekerja selepas SPM, mana tau keputusan SPM bagus boleh guna duit masa kerha tu sebagai belanja nak masuk ke IPTA atau IPTS nanti, xmenyusahkan ibu bapa.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      5 December 2012 at 07:25

      itulah yang diharapkan. kena ada bimbingan dan kawalan dari mak bapak juga.takut-takut, dapat duit ke lain peginya.

      Reply
  14. zool says

    3 December 2012 at 23:55

    Sekarang ni lepasan SPM ada banyak peluang untuk berniaga atau cari pendapatan online. zaman saya dulu abis SPM keje kilang. tu pun kelentong keputusan percubaan

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      4 December 2012 at 10:08

      kita sezaman bro. sekarang ni orang dewasa kena guide lepasan spm untuk belajar lebih berdikari. untuk survival mereka akan datang juga.

      Reply
  15. jann says

    5 December 2012 at 03:02

    salam cikgu,saya masih mghadapi spm examination…..belum brakhir lagi…haha… december 6th is my last paper…pray for me……

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      5 December 2012 at 07:22

      Owh ye ke.. Insyallah

      Reply
  16. shraqs says

    5 December 2012 at 12:47

    Memang digalakkan sangat2 utk buat kerja sementara menunggu result SPM keluar. Satu lagi tips utk dapat kerja sementara ni cari area yang hampir dengan pusat pengajian macam universiti atau kolej.. memang banyak peluang utk kerja part-time.

    Reply
  17. Aya says

    26 July 2013 at 02:23

    Dulu pun dalam dilema gak nak jadi apa..nak kerja apa…sbb byk sangat nak jadi.. nasib baik tak jadi CATWOMAN.. hahaha
    Sesiapa berminat jadi doktor.. boleh tanya kak Aya.. hehe..

    Reply
  18. Muaz says

    27 August 2013 at 12:15

    kerja blogging selepas SPM pun bleh jugak

    muehehhe

    Reply
  19. Leon says

    29 July 2015 at 11:13

    My name is Leon from Lincoln University College. I can help you to select what course that fit you based on your SPM results. Don’t worry about the payment, we can help you to apply PTPTN loan. If your family got received BRIM, then you are 100% entitle for the PTPTN loan. You just have to pay the Registration fees RM500 or with discount given.
    Those who fail SPM or without any qualification also can enrol in Food &Beverage, Bakery, Pastry, Culinary Arts program. Monthly allowance RM400 per month. Job secure at hotel upon completed the program. This program is offer by Sijil Kemahiran Malaysia, PTPK.

    We provide free hostel and transportation for your entire Diploma Course.

    Our college address is :-
    Lincoln University College
    Taman Mayang Campus, Mayang Plaza
    Block A, No 1 Jalan SS26/2 Taman Mayang Jaya
    47301 Petaling Jaya, Selangor.

    Medical courses in Kelana Jaya campus.

    Anything you can give me a call or whatapps me at :- 012-7071903.
    Thank you.

    Reply
  20. Riezlan says

    23 January 2018 at 13:16

    Salam, sebetulnya kita berehat terlebih dahulu semasa menunggu keputusan spm supaya nanti kita tidak malas untuk menyambung pelajaran, maklumlah duit dah banyak dan buat apa nak sambung belajar lagi? Itu lah sikap para lepasan spm yg sudah berkerjaya, malahan ada juga alasan yang mengatakan beliau perlukan rehat kerana penat bekerja sebelum mendapat keputusan spm hari itu, akhir sekali, ini juga mendorong mereka menjadi malas untuk belajar kerana sudah biasa hidup sebagai seorang pekerja dan lebih2 lagi bila dab berduit macam2 lah budak2 sekarang, ubahsuai motor, beli gadjet dan sedekah jarang sekali. Adakah kerja memberi manfaat? Simpan duit untuk sambung belajar? Tapi tetap pinjam ptptn dan mohon biasiswa. Akhir kata, masa belajar, belajar dan masa kerja, kerja dan jangan nak berselang selikan antara dua itu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in