Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Kesan Upload Dan Share Gambar Ngeri

Kesan Upload Dan Share Gambar Ngeri

24 October 2013 by Cikgu Hairul

padangParah akhlak. Mungkin itu gelaran mereka yang suka upload dan share gambar ngeri. Mungkin tujuannya nak berkongsi kesedihan, namun di sebaliknya terdapat kesan paling jahanam kepada masyarakat.

Tak semua orang mampu hadam benda-benda macam tu. Ada yang boleh pengsan tengok gambar ngeri. Ada yang boleh termuntah bila tengok gambar darah. Mungkin kita tak rasa, tapi macam mana dengan perasaan orang lain?

Dalam tak sedar, ada yang tersebar aib orang. Gambar mangsa terselak kain, gambar mangsa terdedah dada.. Tak rasa bersalah ke? Apa nak jawab depan Allah nanti kalau mangsa tu mengadu ada orang sebarkan aib dia?

Facebook,twitter, whatsapp memang terbaik sebagai medium penyebar berita. Nak sebar aib dan fitnah pun terbaik juga. Maklumat terus ke depan mata. Sapa yang cepat percaya terus share tanpa fikir panjang.

Impaknya sangat besar kepada masyarakat. Pernahkah kita terfikir satu waktu dulu, sebelum gambar-gambar mudah disebar.. Masa tu bila ada sesuatu kejadian ngeri masuk tv, semua orang rasa ngeri.

Berita-berita keganasan rumah tangga, berita-berita peperangan beserta gambar tercabut kepala sangat asing pada masa itu. Tapi bila sekali sekala ada, kita rasa ngeri, kesian dan pelbagai perasaan yang sangat mendalam kepada mangsa. Wujud ketakutan di situ.

Namun bila benda dah jadi biasa semua tu tak bermakna lagi. Contoh nyata, gambar ngeri pada kotak rokok tak memberi kesan langsung kepada perokok tegar. Begitu juga gambar kemalangan, sedikit pun tak menginsafkan pemandu.

Paling kritikal manusia dah tak rasa apa-apa tengok gambar saudara seislam kita kena penggal. Sikit pun tak rasa simpati. Itulah bila kengerian sudah sebati dalam diri. Hati kita jadi keras dan kering.

Diakhirnya, hukum Allah sudah bukan menjadi kengerian lagi. Cerita-cerita azab Allah dalam alQuran menjadi seperti cerita-cerita biasa dalam kehidupan. Hudud rejam, potong tangan dan pancung langsung tiada terkesan dalam jiwa.

Inilah kehendak mereka yang mahukan kesesatan manusia. Terciptanya medium penyebaran yang dilihat baik, rupanya ada agenda tersembunyi. Tapi apa-apa pun semuanya bergantung kepada kita. Ada akal pakai, jangan ada bijak pi gadai plak.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Irwan Alessa says

    24 October 2013 at 10:38

    media sosial yang wujud pada sekarang ni memang ada pro dan kontra dia.. lagi-lagi penyebaran benda2 yang mengaibkan.. memang cepat la.. lagi satu benda ini pun boleh menimbulkan pertelingkahan sesama kita.. Pelik.. di alam maya penuh dengan maklumat ni boleh begitu.. Hanya mampu berdiam dan cuba hadam..

    Reply
  2. Angga says

    24 October 2013 at 11:45

    sebelumnya maaf jika interpretasi saya kurang baik karena saya kurang terbiasa bahas melayu ya bro.

    yang saya tangkap ‘gambar ngeri’ yang dimaskud kategori ‘disturbing picture’ yang suka di post di forum. saya rasa memang kurang baik menyebarkan gambar semacam itu, apalagi di media yang bisa dilihat oleh semua orang termasuk anak-anak

    salam

    Reply
  3. Anak Askar Pencen says

    24 October 2013 at 15:53

    Jiwa kemanusiaan dalam hati masyarakat zaman sekarang ni makin terhakis. Lama kelamaan semakin hilang pandangan tentang nilai nyawa manusia itu pada pandangan umat zaman sekarang. Moga kita dihindarkan dari bencana jiwa rosak sebegini.

    Reply
  4. pahan says

    24 October 2013 at 20:07

    setuju bro. banyak kesan negatif asanya. lebih baik, JANGAN. hehe.

    p/s : Cantik dan smart blog ni.hehe

    Reply
  5. Bahrain says

    24 October 2013 at 21:27

    lagipun menyebarkkan gambar mereka yang mati dengan penuh tragis tak elok dan diharamkan kerana membuka aib seseorang. Elakkan share gambar yang tidak sepatutnya..

    Reply
  6. Shubhi says

    25 October 2013 at 00:07

    memang sedih dengan masyarakat media sosial kita jenis yang suka upload share gambar ngeri, mati, pukul, gaduh dan lain-lain seumpamanya…entah apa nak jadi tak tau lah!

    Reply
  7. blogger lelaki says

    25 October 2013 at 07:45

    aku sokong pendapat bro…mungkin ada yng berniat baik nak sebarkan berita..tapi kalu boleh bab gambar tu kena jaga la

    Reply
  8. hafiz says

    25 October 2013 at 08:32

    Aku tak suka nak tgk gambar mcm tu..,

    Reply
  9. suri says

    25 October 2013 at 12:27

    rasa sakit mata bila tengok gmabar seksi kat fb..apa lagi gambar tak pasti sumber sahihnya

    Reply
  10. ema says

    25 October 2013 at 12:57

    perlu hormat pada keluarga jika gambar melibatkan sesuatu tragedi…nak post tak perlu terang-terangan…blurkan sikit gambar..

    Reply
  11. kakiblog says

    25 October 2013 at 14:19

    tak baik mengaibkan orang lain..

    Reply
  12. annassul says

    26 October 2013 at 00:41

    hai..informasi yang menarik..sudi2kan la follow blog saya..trima kasih…

    Reply
  13. Amar says

    26 October 2013 at 14:07

    Itulah kemampuan “mata satu” melihat. Bermula dengan level VGA hinggalah 12MP. Penglihatannya lebih jelas, dengan Geo-tagging location. Semua aib masuk ke mata kita terus ke dalam hati.

    Reply
  14. Zik says

    27 October 2013 at 13:46

    saya setuju cikgu… kesannya kepada keluarga si mangsa… kalau boleh elakkanlah…

    Reply
  15. hafizmd says

    31 October 2013 at 02:44

    Bila ada yg terlampau teruja utk berkongsi smpai lupa tanggungjawab sesama saudara…parah jugak jadinya

    terima kasih cikgu berkongsi peringatan ni

    Reply
  16. Rina says

    2 November 2013 at 06:59

    masing2 dari kita harus tahu batasan2 dalam men-share aapapun di internet sebab kelak akan dipertanggungjawabkan di akhirat. jangan sampai kita merugi besar di akhirat karena urusan kecil ini …

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in