Nak masuk kiri ke kanan? Ada papan tanda, jadi papan tandatanya. Napa tunjukkan diri tu sangat kurang cerdik? Letak iklan kecek-kecek kat papan tanda tu bukannya orang nampak.
Sekarang sapa yang susah? Pagi tadi saya dah silap masuk jalan sehala. Apa lagi, berbakul la dapat hon. Jalan tempat yang tak biasa kita lalu la katakan. Itu pentingnya papan tanda jalan.
Betul la bak kata ariffshah, fasiliti kelas pertama, mentaliti kelas kedua. Ada papan tanda jalan, dipasangnya iklan. Kadang-kadang langsung tak nampak apa yg ditunjukkan. Alah, iklan yang diorang pasang tu bukan jelas sangat pun. Saja nak punah harta negara. Susahnya nak memandaikan bangsa!
Bukan tak pernah diingatkan. Bukan tak ada tindakan. Kalau hati dah tahap hitam taknak terima nasihat, macam ni la jadinya. Jenis orang tak makan saman. Kalau ada kecemasan, kesian kat bomba dan ambulan. Selagi tak kena kat diri sendiri, sampai bila-bila la perangai camni.
anif says
Mahu mengiklan dengan cara mudah tetapi akhirnya menyusahkan masyarakat! Mentaliti yang tiada kelas langsung ni!
Cikgu Hairul says
Kenapa la susah nak menyedarkan orang cam ni? Banyak dah duit dihabiskan untuk kempen. Masih juga jadi.
fiezaradzi says
dah byak kes tgk mcm ni.. mmg nyusahkan orang.. kat tempat kerja pun, ada je selit2kan iklan dorang, sampaikan pintu pun penuh tampalan, jenuh mengoyak.. yg tanggal, tak pe, yang tertinggal? sakit kepala…
kdg2 tu mmg tak de perasan,main tampal je..
Cikgu Hairul says
Tak tau nak kata apa lagi kan. Nak dibiarkan makin menjadi2.
Jebeng Otai™ says
dah tmpal satu hal..nk bersihkannya pon payah gak..
Cikgu Hairul says
PBT biasanya yg akan bersihkan. Kesian juga pd mereka. Tak pasal2 bertambah kerja.
sweetkurma says
banyak tempat iklan, yang menyusahkan orang awam jugak yang depa pilih…ishhhh bila lah nak sedar….
Cikgu Hairul says
susah nak sedar org camni. mungkin tunggu terkena kat batang hidung sendiri
shraqs says
Pemilihan ruang iklan yang memang orang akan tengok. “Pandai” diorang ni pilih. 🙂 Yang penting, iklan diorang orang nampak.! Hampeh!
Cikgu Hairul says
tak nampak pun. tampal berlapis-lapis.
titan says
sabarkan ajelah..kita yang kena lebih pandai berfikir lepas ni.
Cikgu Hairul says
alert ngan sekeliling
alieza dayasari says
vendalisme…. what can i said is…. teruk!!!!!!!!!!!!!!
Cikgu Hairul says
36X terukkk
Sara says
Ni bukan mentaliti kelas kedua dah ni, ni mentaliti kelas ketiga. Langsung tak guna akal. Yang menampal tu sbenarnya amik upah utk tampal, tak kisah la kat mana dia tampal.
Cikgu Hairul says
Kalau tampal kat muka dia mesti best..
ohcikgu says
ambil jalan tengah la teruss..
Cikgu Hairul says
jalan tengah menuju kehancuran. hahaha 🙂