Seekor keldai telah terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Tuan keldai susah hati. Berhari-hari keldai merintih, namun tuannya ibarat kebuntuan mencari jalan penyelesaian. Mahu ditarik menggunakan tali, takut menyakiti, mahu dicapai guna tangan, tapi tak sampai. Pendek kata pelbagai usaha telah dibuat untuk menaikkan keldai kesayangannya itu. Akhirnya dia dapat satu akal. .
Dipanggil orang kampung datang membantu. Ada yang membawa tali, ada yang membawa cangkul, ada yang membawa tangga. Tiba-tiba tuan keldai berkata. “Ahh.. Kenapa nak susah-susah. Apa kata kita timbus je keldai ni. Kalau mati lagi senang. Tak la terseksa keldai aku.” Cadang tuan keldai kepada orang kampung. “Betul jugak” Kata orang kampung bersama-sama.
Maka ditimbuslah perigi buta itu sedikit demi sedikit. Sang keldai yang bising di dalam perigi terfikir, kenapa ada tanah jatuh atas kepala aku ni.. ini bukan nak tolong aku keluar, ni nak biar aku mati. Lantas keldai mengoyang-goyangkan kepalanya supaya tanah jatuh ke lantai. Bila tanah semakin tinggi, keldai juga semakin tinggi memijak tanah.
Orang kampung hairan kerana tiba-tiba keldai itu diam. Dengan perasaan sedih, tuan keldai menjenguk ke dalam perigi. Dia berasa hairan kerana keldainya sudah berada di atas permukaan perigi. Tanah yang dimasukkan ke dalam perigi itu dipijak untuk menjadi tangga keldai itu naik.
Begitulah juga dengan kita.
Kadang-kadang masalah yang kita ada perlu dipandang dari sudut lain. Berbekalkan otak yang Allah beri, jadikan ia sebagai satu alat paling berguna untuk menyelesaikan masalah. Macam keldai tadi. Kalau dia berfikir mati tanpa memikirkan jalan keluar, maka dia akan mati la dalam perigi tu.
Oleh itu, ada masalah kita pijak dia. Kita buang dia ke bawah. Cari penyelesaian walau dengan cara yang tak kita terfikir pun sebelum ni. Biarkan orang kata kita gila dalam menyelesaikan masalah. Jangan jadi gila sebab ditimpa masalah.
Jangan pula kita berputus asa dengan penganayaan orang yang mengharapkan kegagalan kita. Jadikan harapan musuh itu satu batu loncatan untuk kita berjaya.
titan says
pandai yek kedai itu. bagus.
Amran says
Memang pandai. Kalau keldai pun bijak, kita tak patut bertindak kurang bijak pulak.
Mizz Aiza says
setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.. yang penting usah berputus asa..
Amran says
Yup, betul tu. Putus asa boleh tapi tu pun bila dah putus nyawa.
Bahrain says
niat nak membunuh tapi lain jadinya. Jadikan pengajaran.
Amran says
Relatekan dgn kehidupan seharian. Ramai yg cuba bunuh kita. Kalau kita bijak, mesti kita berjaya.
Mus says
nasib baik keldai tak mudah menyerah kalah.. kalaulah ia menunggu sahaja, sudah pasti ia sudah mati..
Amran says
Nampak tak keldai dah semakin bijak sekarang?
zik says
Nasib baik tak ditimbus laju sekaligus tanah banyak2…
Amran says
kalau camtu mesti tak sempat.. nasib baik la jugak orang kampung tak terfikir buat camtu. kalaulah mereka terfikir, agak2 apa lagi keldai cerdik tu boleh buat ye.. always think out from the box..
maza says
errr . . . kata mat saleh, think out of box.. hehehe
kata mak solehah, problem is kinda prism..
jadinya, dgn kenaikan kos barangan sekarang ini, kita perlu mencari kesempatan dlm penyelesaian…
Amran says
Biar kita ambik kesempatan.. jangan diambil kesempatan pulak. 🙂
Hafizul says
Hehe..terima kasih..sebuah cerita yang ada kaitan dengan kehidupan seharian..
Amran says
Harap2 ia boleh dijadikan sedikit pengajaran bro.
TehR says
lepas ni
tak boleh lagi nak kata
bodoh macam kaldai
Amran says
Hahaha.. tukar sket. Bodoh cam lembu. Baru ada yg sentap.
blogger lelaki says
kadang kal kita perlu licik untuk lepaskan diri daripada masalah
Amran says
Yup.. kalau diikutkan sgt masalah tu, tak kemana kita.