Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Kisah Penjual Ubat

Kisah Penjual Ubat

8 November 2014 by admin

UBAT DARAH TINGGI
Berjaya juga promoter tu mempromote kat mak mertua aku!

Bismillahhirrahmanirrahim.

“Hai obat hai obat mari beli obat. Kalaulah terlambat tak dapat.”

Itu antara dendangan dalam filem P.Ramli yang masih boleh kita tonton hingga hari ni.

1. Hari ni kita boleh temui penjual ubat dimana-mana. Mereka bukan sarjana dalam bidang perubatan, tapi mereka menjual begitu banyak ubat dengan rekod pesakit (keahlian MLM) yang ramai. Klinik mereka ialah dewan orang ramai dan dewan hotel-hotel berprestij.

2. Kita juga boleh temui penjual ubat dalam klinik persendirian. Mereka mempunyai kelulusan dalam bidang perubatan. Khidmat nasihat mereka mahal, dadah pelali mereka juga mahal.

3. Kita hanya temui doktor di hospital kerajaan. Mereka mengalami godaan yang hebat untuk transform jadi penjual ubat. Ada yang tewas, ada yang masih bertahan dengan prinsip membantu masyarakat.

4. Doktor juga mengalami tekanan cemuhan penjual ubat yang membawa rawatan alternatif. Doktor banyak gunakan dadah. Memang betul pun, itulah acuan dan agenda Britain ke atas Tanah Melayu. Setiap doktor, dadah itulah saja yang mereka mampu beri.

5. Menuding jari ke sana ke sini tak menyelesaikan masalah. Siapa nak mengaku salah? Mana ada kan?… Yang penting kita jaga kesihatan. Kena ambil berat perihal makanan dan sumber air. Jangan makan jajan, jangan makan riba, jangan makan harta anak yatim, jangan makan babi. Tapi makanlah cara sunnah Rasulullah. Apa Rasul buat kita ikut. Itulah contoh yang kita takkan tersesat.

Maha suci Allah yang menggerak ibu jari kananku ke atas skrin iPhone.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. ringantangan says

    8 November 2014 at 16:40

    Doktor juga manusia biasa, digoda untuk membuat banyak untung, menjadi seperti penjual obat. 🙂

    Reply
  2. blogger lelaki says

    9 November 2014 at 22:28

    dalam isu menyembuhkan penyakit ni kita kena rajin berusaha

    Reply
  3. titan says

    12 November 2014 at 05:45

    dulu pernah nak jadi doktor.

    tapi sangkut kat matrik.

    tu yang bertukar profesion jadinya. haha..

    Reply
  4. TehR says

    12 November 2014 at 12:17

    setiap penyakit ada ubatnya
    sila makan ubat yang sesuai
    dan minta sembuh dengan allah

    Reply
  5. NOREHAN SAAD says

    12 November 2014 at 22:56

    makanan sunnah mmg terbaik utk kesihatan….suplemen semulajadi pun bagus..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in