Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Kisah Si Pemecah Batu

Kisah Si Pemecah Batu

1 October 2013 by Cikgu Hairul

Picture : idriskuari.blogspot.com
Kisah Si Pemecah Batu

Dalam sebuah negeri, tinggal seorang pemecah batu. Hidupnya dirasakan sangat malang. Hari-hari hanya memecahkan batu tanpa kenal erti penat dan jemu. Tetapi hasilnya cumalah cukup-cukup makan.

Sedang dia berehat kepenatan, dia melihat matahari panas terik di atas kepala. Panasnya membakar segenap inci kulitnya. “Alangkah bertuahnya menjadi matahari. Cahayanya sahaja membuatkan seluruh alam kepanasan. Malangnya nasib aku, hanya seorang pemecah batu”. Bisik hati si pemecah batu.

Tidak lama kemudian, datanglah awan berkepul-kepul menutupi matahari. Suasana gelap seketika. Cuaca yang tadinya panas membahang kini sejuk. Tiada lagi cahaya matahari menyinari alam. “Hebatnya awan, matahari yang kuat itu pun mampu ditutupinya. Malangnya hidupku sebagai seorang pemecah batu”. Detik hati pemecah batu. “Alangkah baiknya andai aku menjadi seperti awan”.

Sedang khusyuk melihat awan, tiba-tiba awan yang berkepul-kepul itu terbelah dan berkecai berselerakkan di atas langit pabila melanggar puncak gunung batu. “Wah hebatnya gunung itu”. Pemacah batu berbisik lagi.

Tiba-tiba seketul batu kecil menghempap kakinya. Dalam keadaan kesakitan, pemecah batu mula tersedar. Dia sedang mengelamun rupanya. Batu-batu kecil yang menghempap kakinya adalah hasil dari usahanya. Walaupun gunung itu besar, tapi dia mampu menghancurkannya menjadi ketulan-ketulan batu kecil.

Sejak dari peristiwa itu pemecah batu baru sedar akan kekuatan yang dia miliki.

Kadang-kadang kita sentiasa melihat kehebatan orang lain sehingga merasa terlalu merendah diri. Kita jarang sedar kehebatan diri sendiri. Selalu merasakan diri tidak berupaya menjadi hebat.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Amar says

    1 October 2013 at 09:00

    Alah panglima kepada mengantuk.
    Alah mengantuk kepada risau.
    Alah risau dengan mengingati Allah.

    Alah perkasa dengan ilmu.
    Alah ilmu dengan petua.
    Alah petua dengan langkah.
    Alah langkah kepada yang hak.

    Reply
  2. Mus says

    1 October 2013 at 09:18

    kadang kala kita tidak perasan dengan kelebihan diri..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 October 2013 at 11:53

      sesuatu perlu menyedarkannya. samada kita sendiri atau orang lain.

      Reply
  3. blogger lelaki says

    1 October 2013 at 09:43

    kita rasa rendah diri apabila jiwa kita kecil..kita terlalu hormat rang lain yang lebih hebat daripada kita melebih dari yang sepatutnya..sehingga kita takut untuk dongakkan kepala kita

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 October 2013 at 11:53

      yee.. kita perlu besarkan jiwa. macam dunia ni, berputar dengan laju pun tak terasa.. begitulah juga dengan kita.

      Reply
  4. Irwan Alessa says

    1 October 2013 at 10:47

    Kita cuba jadikan orang hebat di luar sana sebagai pendorong semangat untuk kita sentiasa berjaya..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      1 October 2013 at 11:52

      itulah yang sebaiknya. bukan hanya mengondem diri sendiri.

      Reply
  5. titan says

    1 October 2013 at 12:48

    yap, agak setuju. Setiap orang, ada kehebatan yang tersendiri.

    Reply
  6. Denaihati says

    1 October 2013 at 13:30

    sebaiknya kita tahu kehebatan diri sendiri, kagumi kehebatan orang lain untuk motivasikan diri biasanya bagus, cuma kita makhluk Allah sebenarnya tak hebat mana. Agungkan kuasa dan kehebatan ALLAH SWT

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      2 October 2013 at 16:18

      bila terasa diri hebat, ada lagi yang hebat. bila terasa diri lemah, ada lagi yang lemah. sentiasa syukur dan terima seadanya. jangan sampai kehebatan diri menjadi kemurkaan Allah. Jangan juga jadi kelemahan diri jadi kemurkaan Allah.

      Reply
  7. Bahrain says

    1 October 2013 at 21:23

    Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      2 October 2013 at 16:18

      Sangat setuju..

      Reply
  8. Hazmin Hamudin says

    1 October 2013 at 21:56

    Terlalu merendah dri sangat ni. Setiap orang memang ada kelebihan dan kekurangannya. kita sendiri kena tahu mana kelebihan dan kekuirangan kira.

    Reply
    • Naziman Azlye says

      2 October 2013 at 12:34

      Betul tu bro, ini terlalu merendah diri ni.

      Reply
  9. sukma says

    1 October 2013 at 22:43

    selalu kena jadikan kejayan orang lain bagi motivate diri kita sendiri…..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      2 October 2013 at 16:15

      khas kepada yang mampu berfikir macam ni. kebanyakkan orang menjadikan kejayaan orang sebagai sumber kedengkian.

      Reply
  10. Naziman Azlye says

    2 October 2013 at 12:32

    Saya lebih suka ambil sikap tengah-tengah. Tidak terlalu rasa hebat, tidak terlalu rendah diri.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      2 October 2013 at 16:14

      Kembalikan kehebatan itu kepada yang memiliki kehebatan. itu sebaiknya.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in