Tiba-tiba aku rasa sudah tua. Entah bila waktu muda berlalu. Aku tak berapa ingat. Muda itu bagai terlalu singkat untuk aku. Adakah ini kitaran Hidup Yang Akan dirasai oleh semua orang hidup?
Dulu masuk kereta, sebelum kereta berjalan radio mesti on. Layan saja apa-apa bunyi yang keluar dari corong radio. Telinga waktu itu semacam boleh menerima apa sahaja bunyi.
Hidup dengan hiruk pikuk di kota, bersesak di jalan raya mahupun di pasar raya, steady. Hati boleh happy walau hanya seorang diri.
Pulang saja ke rumah, radio, movie, ceramah agama yang ustaz punya volume tinggi, aku tiada masalah. Malahan sebelum tidur pun telinga boleh sumbat lagi dengan earphone.
Pendek kata, hidup tak boleh nak sunyi.
Tapi….
Sejak akhir-akhir ini, telinga langsung tak dapat menerima kebisingan biasa. Suara yang keluar dari radio semuanya tak kena dengan jiwa. Dj dan penyanyi seperti melontarkan kata – kata yang menyesakkan jiwa. Aku langsung tak boleh nak terima.
Kebisingan kota yang selama ini biasa pada telinga aku, semakin membuat aku sesak nafas. Bisingnya, muzik dan cakap-cakap mulut di sekeliling membuat aku cepat resah dan pening kepala. Nak dihalang dengar, telinga tak ada penapis. Apa lagi yang mampu aku buat kecuali menjauh.
Inikah dia rasa di usia tua. Suka bersunyi-sunyi mungkin persediaan untuk mati. Iya, kubur itu tempatnya sepi. Hidup sorang diri. Tiada siapa yang sanggup menjadi peneman diri.
Anuar says
Muhasabah diri untuk diri ini… Betul tanpa kita sedari kita sudah semakin dimamah usia..
Amar says
Yang aku perasan aku ni makin hari makin boroi.
Gum Arabic Al-Manna says
Kesunyian diperlukan juga untuk memikirkan kembali perjalanan hidup yang dilalui. Memikirkan permasalahan dan jalan penyelesaian.
Mohd Aswad says
Zaman dah berubah… bila dah berumur ni.. semua benda nak tenang-tenang je..
baru la tekanan darah tak jadi tinggi..huhuhu
Khairul Zamri says
Sedih pula baca penulisan bro kali ini, tak pa memang usia kita akan meningkat. Apa yang kita lalui hari mungkin dah dilalui oleh orang sebelum kita dan akan dilalui juga oleh anak cucu kita. Kita cuba buat yang terbaik dan beramal salih.