Komputer banyak memberikan manafaat kepada manusia. Malahan boleh dikatakan manusia tak boleh hidup tanpa komputer. Itu semua orang tahu. Satu perkara manusia kena tahu. Komputer juga boleh memberi mudarat kepada manusia. Itu yang orang jarang ambik tahu.
Ini bukanlah satu kajian saintifik. Siapalah aku nak buat kajian kan. Ini berdasarkan kepada pengalaman sendiri dan kawan-kawan. Kajian juga boleh dibuat menggunakan pemerhatian kan? (ingat lagi methadologi dalam kajian? heheheh). Kiranya kebolehpercayaan kepada pemerhatian ini teramatlah rendah. Bukan tahap katik.
Setelah berbelas tahun menggunakan komputer, otak, mata dan tubuh badan akan cepat lesu. Ini kerana tumpuan yang berlebihan kepada skrin akan menyebabkan otak dan mata juga menumpukan sepenuhnya kepada skrin. Sehinggakan persekitaran juga tidak dipedulikan. Isteri panggil atau anak panggil kadang-kadang juga tak kita dengar. Bahaya tu.
Lama kelamaan, persekitaran (isteri, suami dan anak-anak) akan merasa sakit hati dengan perangai kita yang suka mengadap komputer. Iyelah kena panggil buat bodo je. Mana orang tak sakit hati. Penyakit hati seumpama ini boleh dikatagorikan sebagai penyakit hati separa kronik.
Selain daripada penyakit hati, Jantung juga boleh terjejas terutamanya apabila usia komputer yang kita gunakan sama usia dengan kita. Orang tua, sana-sini reput, sakit sendi dan urat. Macam-macam la perangai yang komputer ni tunjukkan. Masa ini serangan jantung tahap tinggi akan menyerang penggunanya. Kesabaran yang tinggi selama berbelas tahun dipupuk akhirnya tersungkur di bawah meja komputer tua. Rasa nak hempas pun ada. Serangan jantung tiba-tiba berlaku.
Penyakit jantung adalah penyakit yang sering menyerang pengguna komputer. Lagi-lagi kerja di sektor kerajaan. Umum tau, bukan setakat komputer, sistemnya juga terlalu lembab. Sebab tu orang yang bekerja atau berurusan dengan kerajaan akan cepat fedup dan membawa kepada sakit hati serta jantung.
Untuk mengelakkan serangan penyakit ini, aku nasihatkan supaya kita semua menggunakan komputer baru dan tidak bermasalah. Usia remaja komputer seawal setahun dah boleh dikorbankan untuk ditukarkan dengan komputer baru. Apalah sangat nilai RM1200 kalau dibandingkan dengan penyakit yang terpaksa kita tanggung sepanjang hayat.
Tulisan ini adalah tulisan hasil daripada pemerhatian. Tiada kajian sistematik dibuat. Untuk maklumat tambahan sila berjumpa doktor anda bagi mengesan punca-punca sakit jantung yang anda alami setelah membaca tulisan ini. Sekian terima kasih.
anif says
Walaupun sinis, permerhatian itu memang ada meritnya!
Cikgu Hairul says
Mod geram dengan komputer acer aspire 3680. Tetiba keluar blue of death. Perhhh..
ayu jamal says
miahhhaaa…tajuk mcm seram..
tp sy stuju 100%..situasi2 mcm ni memang boleh undang pelbagai rasa sakit n penyakit ..kan..
Cikgu Hairul says
Seram ke? heheheh. Sebab tu la kena beli pc baru.
titan says
hoho..maknanya aku ada potensi gak nih. hehe..
Cikgu Hairul says
Kurangkan potensi dengan membuat servis berkala terhadap semua pc kita.
Mejuez says
Seram sejuk baca entri ni… sbb sy ni memang kaki komputer…. huhhhhh
Cikgu Hairul says
Komputer baru dan canggih takpe. Masih tak menyesakkan jiwa.
Pacifista says
haha…aku asyik mengadap komputer sekolah setiap ari rasa macam nak tercabut jantung ni pun ada 😛
Cikgu Hairul says
Maunye tak tecabut jantung. Kat sekolah kan biasanya PC lama. Tak pun baru tapi banyak virus dan lembab tahap gaban.
Achik ezz says
Hehehe..suke ngn entry ni.macam lawak jer tapi mmg hakikatnyer begitu.kajian melalui pemerhatian dan pengalaman…;D
Cikgu Hairul says
Suke je?
Dulu Lain Sekarang Lain says
adeh.. kawe pakai komputer lagi lama… zaman Apple Gedabak and then lepas tu IBM computer yg masuk floppy besar tu.. then ke DOS, then windows………
Harap2 jangan ler kena sakit jantung.. palis palis..
Cikgu Hairul says
Owh ye ke? Komuter lama kalau dijaga sempurna kurang sikit risiko sakit jantung.
tehr says
sabar2
aku pun tengah bermasam muka dengan komputer ni
moga2 tak membawa ke jantung
Cikgu Hairul says
Tu la.. Kena banyak besabar dengan perangai komputer tua nih.
ohcikgu says
hoho..bahaya nih..bahaya..
Cikgu Hairul says
Cikgunyer komputer pun ada ragam cam ni ke?
Jai says
Kerja aku 12 jam tiap2 hari ngadap komputer.. uuuu..
Cikgu Hairul says
Kalau komputer elok takpe. Yang jadi masalah ni bila pc da uzur..
hanif says
wah bhaye jgak ni..nak kena bnyakkan bersenam
Cikgu Hairul says
Sakit jantung yang ni ubatnya bukan bersenam, cuma tukar baru je pc tu. hehe
blackrosehunter says
sokong-sokong..aku kalau seharian ngadap laptop kekadang rasa nak muntah..hahaha
Cikgu Hairul says
itu penyakit baru tu. aku pun baru tau kalau ngadap komputer seharian sampai boleh nak termuntah. setakat ni aku belum lagi terkena penyakit tu.
blackrosehunter says
just a joke bro..hahaha..takde la sampai muntah..
Cikgu Hairul says
Hehehe..
Shack@AnjungMaya says
aku di sekolah msa free je dpn komputer,di rumah hahaha time tido je x menghadap komputer,thanks info berguna utk di renungkan
Cikgu Hairul says
sama-sama
b3njy says
Komputer B3njy baru berusia 4 tahun agaknya ia masih ok lagi kot … bab2 nak tukar komputer baru tu yang masalah tu … belum ada lagi ongkosnya … jika kita kerap menghadap komputer salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan dengan bersenam 3 kali seminggu selama 45 minit satu sesi … ia akan memberi kesan baik pada badan kita dan juga peraliran darah ..
Cikgu Hairul says
Lepas bersenam, mengadap komputer bermasalah.. Jantung juga boleh sakit kembali..hehe
shah blogger says
Wahh seram membaca ni. Aku selalu boleh kata dpn PC 16jam sehari… KAdang2 main imbang2 dalam rumah pun (berpeluh sikit je) aku dah pening. huhu bahaya2..
Cikgu Hairul says
Kena prevent dari awal.. Takut melarat.