Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Konoha

Konoha

21 December 2013 by Cikgu Hairul

Bismillahhirrahmanirrahim.

Kampung tempat tinggal saya ni walaupun bukanlah namanya Konoha tapi dari satu sudut pandang ia sama dengan Konoha.

Ada yang hilang keluar masuk ke alam bunian macam pergi ke pasar. Ada yang bercakap dengan orang mati. Ada ramai yang suka hati menggerakkan rawan. Ada yang berkhadam dan ada yang teguh dengan diri batin. Ada juga yang “telanjang”.

Kalau bergaduh pula masing-masing gunakan jurus. Ada yang gunakan khidmat khadam. Ada juga yang guna batin diri. Ada banyak juga khadam yang mati disembelih dan dibom.

naruto-hilang-diri

Penulis ni pula bagaimana? Saya orang biasa yang tinggal dalam Konoha. Jauh sekali dari Naruto. Ke sana-sini tanpa “baju”. Hanya berseluar menutup malu. Tak gaduh dengan sesiapa. Bertumbuk tidak. Berjurus pun tidak. Berjalan malam macam siang juga. Selalu berjaga-jaga bimbang terserempak dengan babi hutan sebesar kambing bower, tak sempat elak kalau tersua. Kalau hantu bertenggek, saya suluh. Kalau ada nampak kelibat, saya cari. Saya usya. Kalau berjalan tiba-tiba roma berdiri, saya berenti dan toleh belakang. Kalau masa rajin, saya tunggu beberapa minit. Kalau mood tengah tak baik saya kata, “kalau hang nak tunjuk diri, mai ah. Bukan hari ni, hari apa pun takpa. Elok bawak tok nyang hang mai sekali. Bawak geng hang ramai-ramai. Aku cabar. Aku cabar. Aku cabar. Aku cabar hang tiga kali dah aih. Mai ah.”

Sifat dan perangai saya ni menunjukkan sayalah penduduk kampung ni yang paling penakut. Sebab rakan kenalan saya yang lain masuk ke hutan terus cari kalau diberitakan ada. Bermalam dalam hutan berhari-hari. Saya memanglah penakut, tak pakai “baju” kan… ๐Ÿ™‚

Kawan-kawan saya tu… Lari? Mereka lebih rela mati dari melepaskan “kebanggaan sebagai khalifah”. Belum ada dalam sejarah anak jati di sini lari dikejar hantu. Belum ada. Rasanya tak mungkin ada. Pelik kalau ada.

Nama sebenar kampung ini ialah Felda Sungai Kemahal, Triang, Pahang.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. hafizmd says

    22 December 2013 at 20:15

    Kampung Konoha yg Naruto tinggal memang lebih kompleks masyarakatnya =)

    tp kampung yg kita diami tak kurang kompleksnya….hoho..

    p/s-iklan kat header tu keluar iklan seksi…nota utk admin

    Reply
    • Amar says

      23 December 2013 at 04:56

      Hidup sememangnya kompleks. Sarapan cornflaks juga memikat hati.
      p/s: iklan kat header tu random. Cikgu Hairul dah pening dah tu. ๐Ÿ™‚

      Reply
  2. ohcikgu says

    22 December 2013 at 22:33

    hoho..konoha la plakk..

    Reply
    • Amran says

      24 December 2013 at 10:45

      Sekelumit persamaan dari hidup yang nyata.

      Reply
  3. kakiblog says

    23 December 2013 at 02:25

    KB suka word konoha…macam loghat N9

    Reply
    • Amar says

      23 December 2013 at 04:59

      Ontahmano University raso eh kek Somban.

      Reply
  4. Irwan Alessa says

    23 December 2013 at 11:41

    Wahh best woo kejar hantu.. memula pengalaman demam juga.. Alah dia kan syaitan.. yang penting dalaman kita kuat..

    Reply
    • Amar says

      23 December 2013 at 14:49

      Dalaman kena kuat, tapi selepas tu dia akan upgrade.
      Masa dia repeat tu yang selalunya kita boleh tergolek. Tapi kalau masih menang mudah, kena lebih hati-hati, sebab itu mungkin sebahagian dari muslihat. Muslihat iblis sangat halus.

      Reply
  5. Ahmad Ijat says

    24 December 2013 at 06:00

    Saya tak berapa tahu pasal Konoha.. tapi kalau Kame Hame Ha saya memang terer. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Amran says

      24 December 2013 at 10:44

      Peminat tegar kartun ler ni.. hahaha

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 ยท BG Minimalist on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in