Tuan/puan mungkin biasa cari lirik lagu di Internet. Mungkin sebab liriknya indah atau kerana liriknya laju sangat atau mungkin liriknya terlalu berkias tak dapat diambil faham.
Bila jumpa lirik pula ada web tertentu yang mengunci fungsi save lirik tu atas sebab tertentu. Mungkin juga kerana lirik lagu orang lain tu ialah lirik kepunyaan dia. Tak kisahlah apa pun sebabnya, lirik tak dapat di kopipes.
Dulu-dulu bila kita buka web, right-click kita boleh view source. Hari ni payah sikit. Tapi masih ada caranya. Mudah sangat.
Bagi pengguna Chrome, buka Settings, More tools, Extensions. Kemudian click Get More Extensions. Di ruang carian, type “View Source”. Pilih “Awesome View Source Button” dengan click Add to Chrome. Di bahagian atas hujung URL Chrome akan ada satu button tambahan View Source.
Sekarang buka satu tab baru dan pergi ke web yang ada lirik yang tak benarkan right-click tu. Contohnya http://www.1liriklagu.com/lirik-aku-maafkan-kamu/. Dah siap load page tu, click button View Source tadi. Tada… sekarang dah dapat source untuk page tu. Scroll saja pelan-pelan sampai jumpa perkataan yang ada dalam lirik tu.
Select dan copy lirik tu termasuk dengan code <br /> dihujungnya sekali. Tak apa, copy saja. Kemudian tampal dalam notepad dan save as file notepad tu dengan tambahan .txt di hujungnya. Contohnya macam ni “Aku maafkan kamu.txt”.
Lepas tu cari file tadi dan buka semula dengan Chrome. Dengan sendirinya dapat lirik tu sekali lagi tapi kali ni boleh select, copy dan paste. Binggo.
Selamat mengopi.
Ikhwan says
Teringat dulu masa guna Winamp, siap pasang plug in untuk paparkan lirik.